Pages


Friday, March 12, 2010

Happy 16th Birthday Nurul Hannah!!!!

Hannah bersama famili di Langkawi, Hannah berusia 8 bulan

Hannah 9 bulan







Happy birthday my sweetie Nurul Hannah.


12. 03. 1994 hari Sabtu malam Ahad, Hannah di lahirkan. Hari lahir Hannah ni jatuh di hari akhir bulan Ramadhan (30 Ramadhan 1414H - mengikut takwim Islam hari baru di hitung mulai waktu maghrib). Dah 16 tahun usia Hannah kini. Umur Hannah ni seusia dengan rumah yang kami duduki sekarang. Kalau ikutkan tarikh lahir Hannah ni dah terlewat lebih seminggu. Tapi di sebabkan nak tunggu rumah ni siap sepenuhnya dan hari raya agaknya.. Hannah pun menunggu dalam perut Ummi dia... tahan tak nak kuar dulu...hehehe!!! Memandai jer buat andaian ... Sudah termaktub kelahiran manusia, jodoh, rezeki dan ajal ni kan telah ditetapkan Allah sejak Azali !



Mengimbau kembali sejarah hari tersebut, pada petang tu adalah hari menentukan tarikh melihat anak bulan Syawal. Sebab tu kami dah tak sabar nak masuk rumah separuh baru (kerana sebahagian darinya gunakan kayu-kayu pemberian Abang ipar - Terima kasih bebanyak Abg. Uddin ~ kerana itulah terdorong terbinanya rumah di atas tanah milik Abah~ buat pun belakang rumah Abah jer!! Alhamdulillah Ya Allah! Kaulah pemberi rezeki).
Walaupun ada yang masih tak siap sana sini.. tapi nak masuk gak sebab banyak kerja yang perlu di bereskan. Apatah lagi nak menjelang raya... (Sebelum tu kami tinggal di rumah sewa Pak Abd. Majid di Kampung Kuantan Klang selama 4 tahun).

Lebih kurang dekat seminggu gak kami dah duduk rumah tu... mencuci lantai, memasang tikar getah,.. mengecat mana yang sempat dulu.., menyusun barang dan banyak benda lagi nak diuruskan.. walaupun dalam keadaan perut sedang sarat,... lasak gak buat kerja.,ya la nak membantu suami... sape lagi yang boleh di harapkan kalau bukan isteri... ;)
Alhamdulillah masih boleh berpuasa sepanjang minggu tu. Sesungguhnya Allah yang memberi kekuatan.

Ketika tu memang tunggu bila-bila masa saja untuk bersalin (memandangkan over due sudah) tapi badan rasa masih bertenaga untuk melakukan kerja...bersemangat biar cepat bersalin!!! Pada pagi tu kalau boleh nak siapkan mengecat rumah.. Seboleh-bolehnya nak siapkan jugak sebelum raya dan sebelum bersalin.

Sedang asyik mengecat dinding ruang tamu bersama suami tetiba terasa sesuatu membasahi kain. Ooow owhhhh!!!... rupa-rupanya tanda-tanda air ketuban dah mula pecah.. telah tiba masa yang dinanti-nanti....tapi belum terasa contraction lagi... Anak-anak kecilku Nabilah (semasa tu berusia 3 tahun 6 bulan) & 'Ain (2 tahun 6 bulan) yang sedang leka bermain kehairanan ??@%#??.. kenapa ngan Ummi ni bila nampak lantai habis basah.
Segeraku meluru ke bilik air..salin pakaian takut si kecil 2 orang tu panik hehehe!!!
Sebab tanda-tanda awal dah ada....apa lagi masa tu jugak bersiap untuk ke hospital. Kerja tergendala.. langsir pun tak sempat pasang lagi. Adikku Nozy tolong menyambungkan separuh kerjaku. Thanks my dear!!
Anak-anak kecilku, ku tinggalkan bersama keluarga yang tinggal berhadapan rumah jer!! Alhamdulillah mudah urusan.



Kami bertolak ke hospital waktu tengahari. Tiba di Hospital Besar Klang, suami ketempat pendaftaran masuk then saya terus di bawa ke wad menunggu. Hari tu kena la batalkan puasa sebab dah 'lencun mencun'.. banyak betul air ketuban.. faham jer la kalau di hospital.. doktor ni check itu check ini...nak tau dah berapa cm pintu terbuka.. Bila air ketuban dah mula berkurangan baru terasa contraction.


Menjelang malam contraction dah semakin kerap, selepas mohon restu dari suami yang sentiasa mendo'akan kesejahteraan saya.. sakit tak terasa lama dengan iringan istighfar dan salawat keatas Nabi s.a.w.. Saya di masukan ke labour room selepas waktu Isya', sementara menanti saat kelahiran dengar-dengar dari perbualan misi bertugas, anak bulan Syawal tidak kelihatan. Maknanya ada sehari lagi umat Islam berpuasa...


Pada tengah malam hampir beberapa minit lagi ke detik 12.00 a.m. sebelum masuk hari Ahad, Hannah pun lahir ke dunia dengan timbangan berat badan 3.2kg. Diantara anak-anakku, Hannah yang paling berat timbangan semasa di lahirkan. Alhamdulillah.. mudah bersalin!! Selepas mendengar tangisan bayi, misi pun letakkan bayi keatas dada ibu buat pertama kalinya selepas lahir jasad kecil ini bagi mengeratkan kehangatan kasihsayang .... selepas dibersihkan lebih kurang sejam kemudian bapa bayi di panggil dan mengiringi isteri ke wad kembali seterusnya mengIqamatkan anak perempuan.
Hannah anak ke 3 dan anak perempuan ke 3. Berderet puteri ku.. Syukur di panjatkan ke hadrat Allah Azzawajala kerana mengurniakan daku dan suami anak-anak yang sihat dan comel.




Keesokan harinya bila di sahkan ibu dan anak sihat... tengahari tu dah boleh pulang dan boleh la kami beraya di rumah.. legaaaaa. Dalam perjalanan balik kami singgah di rumah kakak ipar (Kak Ismah) bertemu ibu mertua (Allahyarhamah Hjh. Zaharah~ibu mertua ku tercinta kembali ke Rahmatullah pada 13 Jun, 2008 di rumah kak Asiah -kakak iparku-, ketika azan Zuhur -solat Jumaat- sedang berkumandang dari masjid berdekatan. Al-Fatihah! semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin).
Hari raya tahun tersebut banyak meninggalkan kenangan manis dengan kehadiran bayi comel..Nurul Hannah, di samping telah memiliki rumah sendiri. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah pemberi rezeki dan memudahkan segala urusan. Amiin.
Meriah sungguh sambutan hariraya ketika itu dengan kehadiran ramai saudara mara mengunjungi rumah (separuh baru yang masih serba kekurangan) dan juga kehadiran insan baru ke dunia.



Berusia sebulan... berbaring bersama 'Ain

Berendoi di rumah Mahsuri, Langkawi (8 bulan)


Hannah usia setahun bersama kakak Nabilah dan 'Ain (terlindung) di Zoo Negara




Usia 9 tahun di Cameron Highland, Pahang





13 tahun Hannah berposing di Gunung Machincang, Langkawi (Hannah minta delete foto ini tapi Ummi suka 'dis foto'... sorry Hannah jangan marah ya anak Ummi sayang ;)))


Meningkat usia remaja... jiwanya agak sensitif. Semoga Hannah tabah mengharungi liku-liku kehidupan dengan semangat kental. Hannah pelajar di tingkatan 4 Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru. Harap Hannah dapat mengatasi ketidak selesaannya di tempatkan di kelas sains (bukan Sains tulin pun - Sains tambahan, Add math, perakaunan - tu yang dia rasa berat sangat nak mengikuti). Ini la namanya cabaran Nak... Usaha itu tangga kejayaan.

"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".

Ummi dan Abah senantiasa mendo'akan kesejahteraan dan kejayaan Hannah yang sangat kami kasihi dan sayangi.


GOOD LUCK MY DEAR SWEETIE!!!!


zwani.com myspace graphic comments




SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH.
INGAT PESAN UMMI & ABAH DAN PALING UTAMA SEKALI PATUH DENGAN AJARAN ALLAH DAN RASULNYA.
SEMOGA BERJAYA DALAM MENITI HIDUP DI HARI-HARI MENDATANG SERTA MENDAPAT KEBAHAGIAAN
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.



Pelbagai gaya Hannah ;)







Bersama Ummi pada Februari, 2010, di Alor Gajah, Melaka






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails