Pages


Monday, March 22, 2010

You're Not Alone My Dear Baby, Nabilah 'Izzati.





Duhai anakku, Nabilah 'Izzati janganlah bersedih hati.... Ummi, Abah dan keluarga sentiasa mendo'akan kebahagiaan Nabilah.. Hapuskanlah airmata mu... Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar... Janganlah kau berduka dengan peristiwa semalam... Mungkin esok akan lebih baik dari hari ini...
Ujian hari ini adalah untuk mematangkan diri dan mengorak langkah lebih jauh lagi kehadapan..



Janganlah bersedih duhai anakku, Allah sentiasa disisi dan mohonlah ketenangan dan kekuatan diri dari Allah, kerana hanya kepada Allah jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.. Allah sentiasa mendengar do'a hamba-hambaNya.

Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia disebalik peristiwa itu, kita manusia insan yang lemah dan selalu berbuat kesilapan... maka perbaikilah kesilapan itu dengan menginsafi diri dari kesilapan lalu..

Ummi & Abah minta maaf atas apa yang telah berlaku, ini adalah kerana kesalah fahaman, mungkin dia tersalah tafsir diatas teguran yang bukan itu maksud sebenar.. dan dia berprasangka sebaliknya. Teguran itu adalah untuk kebaikan atas nama agama.. Seharusnya dia faham. Tapi apa boleh buat dia dah mengambil keputusan.

Hadapilah dengan tenang anakku..
semoga akan datang sinar bahagia...

Allah kasih pada hambaNya... hadapilah ujian ini dengan tabah dan redha dengan apa yang berlaku..

Tumpukanlah pelajaran dengan sebaik mungkin dan Ingatlah Allah SWT sentiasa..
Kerana Allah sahaja yang dekat dihati dan paling layak di ingati. Serta banyakanlah berzikir dan bersalawat keatas Nabi Muhammad SAW. Semoga hati menjadi tenang.



Salam sayang dari Ummi & Abah buat Nabilah yang amat dikasihi...

Don't be sad, okay, Ummi & Abah love you sooooo much...
Take care & May Allah Bless you.




1 comment:

ace said...

sy jatuh cinta dgn ank makcik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails