Abah di kelilingi anak-anak gadisnya yang manja....
Teringat mereka yang sanggup mengabaikan ibubapa bila dah berumahtangga dan hidup senang... Sanggup meninggalkan mereka terlantar sakit tanpa perhatian... yang paling sedih ada pulak meletakkan ibubapa di pusat kebajikan.. dan membuang orang tua sendiri di tepi jalan...Astaghfirullahalazim...Nauzubillahiminzalik. Tergamaknya!!! Di mana sifat ihsan mereka???
Apalah perasaan mereka yang sanggup mengenepikan ibubapa sendiri.. Dimanakah naluri lembut kasih sayang itu pergi agaknya... Kita yang kalau tak jumpa ibubapa pun dah rasa resah dan gundah gulana... walaupun pernah di marahi, di tegur bila buat kesilapan... itu adalah kerana sifat kasih mereka pada kita untuk mengingatkan tingkah laku kita.. Sebab sayang lah mereka menegur.. Kita harus terima semua teguran.. takkan nak berdendam dengan benda-benda remeh seperti itu... Jikalah mereka tahu bahawa dengan hanya memandang orang tua dengan penuh kasih sayang itu juga adalah ibadah yang mendapat ganjaran.. Mengapa perlu melepaskannya begitu sahaja.. Alangkah ruginya..
Jauhilah kami dan lindungilah kami Ya Allah dari bersikap derhaka pada kedua-duanya yang telah memelihara kita dari kecil hingga dewasa dengan mengenepikan keperluan diri sendiri terlebih dulu untuk memastikan keperluan anak-anak didahulukan.
"Ya Allah kau lindungi lah kami dari sifat alpa dan tidak bertanggungjawab.. Jadikan lah kami dari hamba-hambaMu yang bersyukur, terpelihara akhlak dan bersifat kasih sayang pada kedua ibubapa kami juga sesama manusia. Cukupkan la rezeki kami dan kesejahteraan tubuh badan untuk beribadah ... Ya Allah! Selamat sejahterakan la keluarga kami dan hindarilah kami dari azab api neraka yang sungguh mengerunkan. Tetapkan lah kami dalam Iman dan beramal dengan suruhanMu dan meninggalkan segala larangan. " Amiin.
Knock..knock!!! "Assalamu 'alaikum"...
"Wa'alaikumusalam",... Suami yang baru masuk rumah pulang solat maghrib dari masjid menjawab salam.
Belum sempat Abah bangun untuk buka pintu, pintu dah terkuak....
"Tadaaaaaaa...." , 'Ain mendepakan tangan terus meluru kat Abah datang terus salam, peluk dan cium Abah..
Saya yang baru nak bersolat terkejut dengan kepulangan yang tak di duga tu.... Ait.. balik jugak budak bertuah ni... kata minggu ni sibuk.
"Surpriseeeeeeeeee!!!!! Saja tak nak bagi tau..eheheee"... dengan perasaan girang.
'Ain datang menerpa terus salam peluk dan cium Ummi pulak... Mmmuahhh pipi kiri, mmuaah pipi kanan.... uikkkkkkkksss... rindu bebenor la dia ni..
Dia cuba nak hide dari kakaknya Nabilah yang berada di dapur.. konon nak kejutkan kakaknya pula.. tapi kakak dah perasan dia balik bila terdengar suara.. ahaha tak dapat nak sembunyi.
Ummi terus mengerjakan kewajiban dulu... 'Ain tunggu dulu ya..
Selesai solat terus ku menghampiri 'Ain yang duduk di sebelah Abahnya sedang bersembang. Manja anakku!!!!!
Ku lihat matanya berair (tidaklah sampai menitis) di sebelah Abah melepaskan rindu sambil memicit-micit bahu Abah yang bersusah payah bekerja keras selama ini.. Abah yang sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri demi mengutamakan keperluan keluarga.. Abah yang menitik beratkan solat dan bertegas dengan anak-anak. Walaupun bersikap tegas tapi anak-anak senang dengan sifat kasih sayangnya terhadap keluarga. Anak-anak teramatlah bertuah memperolehi Abah yang kacak lagi ambil berat... chewaaaahhh. (Jangan Abah terbaca ni.. nanti terperasan pulak...hehehe)
Ummi bertanya, "Ain tak de kelas ke esok? Hari Khamis dah balik."
"Heeeeeee, ada 1 kelas je!", dia tersengih...
"Nape tak masuk kelas esok?", Ummi bertanya lagi.
"Kelas petang nanti lambat, tak de bas pulak. Kelas hari Sabtu tunda, tu yang balik jugak, sebab minggu-minggu seterusnya ada kelas hari Sabtu jadi tak dapat balik. Sampai termimpi-mimpi dah ada kat rumah semalam. Dah rindu nak balik...lama tak jumpa semua. Ni pun tadi tiket bas dah habis.. Bila bas dah nak gerak, driver bas panggil.. bayar tiket dapat lah naik.. duduk tempat duduk conductor." Ceria jer 'Ain bercerita.
Seronok la dia tu dah sampai rumah... kerinduannya dah terubat berjumpa Ummi, Abah dan adik-adik beradik semua... Adik-adik dia apalah lagi..
Bila dah bersua dengan adik-adik riuh rendah la rumah pada malam tu.. dengan gelak tawa mereka..
Selepas makan malam, Kami berkumpul di ruang tamu. Sambil menonton dan bersembang...
Kemudian apalagi dia pun mulakan lah agenda dia dengan notebooknya sambil melayan kerenah kakak dan adik-adiknya. Melepaskan kerinduan pada rakan-rakan melalui cyber pulak kerana line internet di tempatnya belajar amat la lembab jadi di rumah la dia melepaskan gerammm.. eheh!
Tersangat la happy dia dah berada di keliling orang-orang tersayang. Tu yang tak sabar-sabar nak balik... Kami pun gembira juga dapat bertemu tapi yang tak sedap tu dia ponteng kelas semata-mata nak balik rumah.. 'Ain...'Ain.. Macam-macam kerenah anak ni.
Alhamdulillah... Sifat rindu, adalah satu dari sifat semula jadi naluri manusia...anugerah dari Allah.. semoga sifat kasih sayang ini akan berterusan sehingga ke penghujung usia.

No comments:
Post a Comment