Pages


Thursday, March 25, 2010

Brunei Lebih Takut Laknat Allah - petikan berita Harian Metro



Tajuk berita ini sungguh menarik perhatian saya dan ini adalah antara petikan dari berita tersebut yang bertarikh 24 Mac, 2010 (Rabu). Renung-renungkan...!!!



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti di laknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini."

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak".

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino.Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya - AP



Begitulah tegasnya pendirian mereka tentang hukum Allah.. Ianya patut di contohi... Bolehkah ia di praktikan di Malaysia?
Kes Kartika telah membuka mata banyak pihak, tapi ada juga yang membela untuk membebaskannya dari hukuman sebat sedangkan dirinya sendiri merelakan untuk menerima hukuman tersebut.. Kerana beliau sedar akan seksaan Allah yang lebih hebat di akhirat kelak... Bagaimana nasib orang yang mempertikaikan hukuman ini sedangkan dirinya bergelar Islam? Wallahu'alam.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) ". ( al-Quran, al-Maidah : 90 )


Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Penjelasan mengenai hukum arak boleh di baca di blog Prof. Madya Dr. Ishak Sulaiman di sini dan juga di ruangan ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails