Kasih sayang anak buat kedua orang tuanya dan kasih orang tua terhadap anaknya.. Mungkin ramai dah mengetahui kisah 2 beranak ini (keluarga Hoyt). Ianya menjadi satu contoh untuk memotivasikan diri kita. Kita jangan mudah putus asa atau menyerah kalah.. Sesungguhnya setiap kesukaran itu ada kemudahan dan tiada yang mustahil dalam kehidupan kita.
Namun kita tidak akan lupa sampai bila-bila sumber inspirasi terbaik sejak dahulu lagi adalah kisah pengorbanan besar Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya atas perintah Allah s.w.t.
Bertitisan airmataku menonton video klip ni..
Kisah hidupnya... dan website team Hoyt
"Ya Allah begitu besarnya pengorbanan dan kesanggupan seorang ayah terhadap anaknya yang tiada upaya. Begitulah juga pengorbanan ibubapa kita semasa membesarkan kita... Menurut dan memenuhi permintaan anak-anaknya. Bagaimanakah pula pengorbanan anak terhadap kedua ibubapanya yang sudah tak berupaya nanti ya..? Semoga Allah sentiasa memelihara hati dan kasih sayang kita yang tidak berbelah bagi buat kedua ibubapa dan anak-anak walau dalam keadaan apa jua pun. Kasih sayang buat semua mukminin dan mukminat yang utama sekali sifat cinta kepada KhaliqNya dan para pesuruhNya.
"Ya Allah, Kau berilah kekuatan dan sifat kesabaran pada hati-hati ini dengan sifat kasih sayang hingga ke akhir hayat kami".
Firman Allah: "Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah bertengkar sesamamu, nanti kamu menjadi lemah dan hilang kekuatanmu. Dan tabahlah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang tabah." Al-Anfal: 46.
"Tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan tidak beriman sehinggalah kamu saling berkasih sayang, mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang apabila di lakukannya, kamu akan saling berkasih sayang. SEBARKANLAH SALAM DI KALANGAN KAMU."
~(HADIS RIWAYAT MUSLIM)~
~(HADIS RIWAYAT MUSLIM)~
2 comments:
Last week drop by rumah wak masa jengok Husna....Dia tgh nak makan rojak mamak....
terkenang pd arwah abah, tapi wak x macam arwah abah yg byk cakap....jadi x duduk lama coz x tau nak cerita apa.....
Masa Abah sehat suka bergurau... rindu gurauan Abah.. sekarang Abah memang dah tak banyak cakap.. cuma jawab bila kita tanya je..
Rindu arwah Maman gak!! Sama-sama kita do'akan kesejahteraan rohnya agar di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan di himpunkan bersama para solehin. Al-Fatihah!!
Post a Comment