Ahad, 20hb. Februari, 2011
20.02.2010 - 20.02.2011
Diam tak diam dah setahun ku di blogspot ni.. Tak banyak n3 yang ku dah buat setakat ni.. hanya lebih kurang 140 dan 116 sahaja yang tertera. Kebanyakan n3 adalah berkisar hal diri dan keluarga juga beberapa artikel yang ku copy paste untuk simpanan sebagai rujukan.
Pada mulanya ku tak berhasrat untuk menampilkan diri kerana lebih senang menjadi pembaca senyap. Lagi pun tak banyak idea nak di nukilkan... Ya lah diri pun bergelar suri rumah sepenuh masa kan dan banyak masa terperuk di rumah. Aktiviti harian lebih kurang sama je setiap hari.. Ada setengahnya apa yang bermain di fikiran ku drafkan sebagai simpanan peribadi jer.
Sebenarnya ku suka geledah blog-blog ilmiah dan juga nukilan yang yang sempoi dan santai... Sambil tu menikmati foto-foto menarik terutama dari resepi hidangan dan juga gambar-gambar pemandangan dan pengalaman kisah para bloggers menjalani kehidupan seharian juga pelbagai tips yang di kongsi..
Ku sungguh kagum begitu ramai penulis blog di alam maya ni yang berkaliber.. dan begitu banyak idea mencurah-curah. Bertuah badan mereka-mereka yang di kurniakan Allah kebijaksanaan dan kepetahan dalam berkarya.. Sebab tu bila membaca karya mereka hati ni melonjak untuk komen karya menarik para bloggers ni ... maka dengan itu terpaksa ku keluar dari 'persembunyian'... walaupun sebenarnya ku mula berjinak dengan dunia internet ni sejak Februari 2007 dan mula berkenalan dengan rakan-rakan di alam siber ni.. memang menyeronokkan.. bagi orang sepertiku yang tak ramai rakan di sekeliling... Itupun konon untuk memantau anak-anak yang terbabit di alam siber ni.. maka secara tak langsung terjebak sama.. Anak-anaklah yang mengajar pengunaan url... copy and paste dan mana yang ku tak faham memang anak-anaklah yang mengajar..
Zaman sekolah era 1970an dulu mana kita pernah di dedahkan dengan komputer kann.. paling tidak pun bermain dengan mesin taip 'keletak keletik' yang kadang tersangkut-sangkut dan kadangkala ada masalah pula pada dakwat di riben mesin taip tu.. dari situ ku mula belajar guna 10 jari dengan memahirkan diri mengunakan key word seperti asdf, ;lkj, dan lain-lain tanpa melihat key board..
Kini dalam usia dah nak masuk usia emas ni.. baru berjinak dengan IT (Information in technology) ni.. sekurang-kurangnya tak de lah sampai tak tahu langsung bab-bab teknologi maklumat ni.. ia dak!!! Kerana di sini banyak juga info boleh di layari di website dan bila ada masalah kemusykilan agama ada tempat untuk kita rujuk di sini.. Asal kita dapat menafaatkan benda yang baik dan tidak terbabit atau terpengaruh dengan gejala kurang sehat yang juga terdapat di dunia siber ni.. berpada-padalah ketika menggunakannya.. jangan sampai terlalai dengan tanggungjawab yang di pikul dibahu....
Selamat berkarya duhai rakan-rakan semua.. Terima kasih bagi pengunjung di kasihi yang sudi jadi follower dan para pengunjung budiman yang sudi menziarahi 'teratakku' yang tak sepertinya ini.. Salam kasih mesra dariku.. ~Nora~
No comments:
Post a Comment