Pages


Friday, October 16, 2015

Rindu memblog...

Lama sungguh tak buka pintu blog ni...  Tetiba kotak fikiran mengetuk rindu... bukalah bukalah pintu blog ... lihatlah apa yang tersirat dalam minda dan bakal menjelma di ketik hujung jari ni.. 

Sekian lama menyepi..  pelbagai peristiwa telah di lalui sepanjang tahun ... namun tak tercatat dalam diari blog ini... ada yang masih tersemat dalam ingatan ada juga yang berlalu begitu saja..

Nak kata sibuk tak juga... idea sentiasa bermain di minda... hati berkata-kata bila ada saja peristiwa berlaku.. adakala ingin juga meluahkan perasaan yang terbuku atas apa yang berlaku di keliling kita.. 

Sebahagian hati berkata... "tak perlu la... simpan saja dalam diari ingatan..",  sebahagian hati pula berbisik... "catatlah kamu akan lupa sebahagian dari kenangan tanpa catatan..." 

"Tak pe la.. ikut saja kata hati kamu.."  Begitulah bila hati berbisik... minda berputar memikir... berlegar-legar di sanubari.  Apa yang dilihat yang baik kita jadikan motivasi dan penggalak diri.. mana yang di lihat buruk jadikan muhasabah diri dan iktibar agar terpelihara jiwa dari di belenggu keresahan.

Yang penting jiwa perlu sentiasa bersih dengan lontaran zikir dan ingatan sentiasa pada Allah yang Maha Berkuasa mentadbir alam ini..

Catatan memori: 

1 Muharam 1437H ( 14hb. Oktober, 2015) anakanda bongsuku Muhammad Firdaus - satu-satunya hero dalam 5 beradik.. genap usianya 18 tahun.. umur masihi masih lagi 17 tahun..  Do'a Ummi dan Abah agar kamu tenang dan di lapangkan dada dalam menuntut ilmu.. semoga memperolehi keredhaan Allah s.w.t. sentiasa di bawah perlindungan-Nya.

15 Oktober, 2015 - genap 8 tahun anakanda angkat Nik Daniel Nik Ekhwan kembali di alam persinggahan di alam baqa' .... semoga kau berbahagia di alam sana.. di ampunkan segala dosa dan rohmu di cucuri Rahmat oleh Allah s.w.t. 

Rindu.. rindu... rindu... 











No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails