Pages

Wednesday, May 5, 2010

BERMOHON HARAP HANYA PADA ALLAH SWT ~ "SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DI SERTAI KEMUDAHAN"~


Surah Al-Insyirah (Solace~peace in the heart~)
~(kelapangan hati)~

 Berkas:Al-Sharh.png
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1)  Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)  Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)  Dan Kami telah meninggikan bagimu:  Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(4)  Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)  (Sekali lagi ditegaskan):  Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (6)  Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh)  maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)  Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)./(8) 


 

Apabila semua serba tak kena, dan anda berada dalam keadaan tidak menentu, ingatlah... anda masih boleh berpaling dan bersandar pada DIA YANG SATU.
  * Apabila h i d u p di selubungi kegelapan semuanya silap, carilah sinar itu, dari DIA YANG MEMBERI CAHAYA.

* Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA YANG MAHA PENGASIH.

* Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, janganlah berputus asa kerana DIA MAHA MELIHAT SEGALA-GALANYA.

* Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi carilah kekuatan dari DIA YANG MAHA PERKASA.

* Apabila h i d u p ini dirasakan seperti beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah IRADATNYA.

* Apabila jalan di depan di gelapi mendung sedangkan tiada sesiapa yang sudi meneranginya, carilah jalan yang lurus dari DIA PEMBERI CAHAYA.

* Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan mu jangan kecewa, kerana DIA MAHA PENDENGAR.

* Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan ingatlah kepada DIA YANG MAHA KAYA.

* Apabila dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada DIA YANG MAHA ESA.

* Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada DIA.... satu-satunya tempat yang boleh di gantungkan harapan.

* Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kembali, ingatlah bahawa DIA SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG SABAR.

B E R U S A H A , B E R D O ' A  
D A N  B E R T A W A K K A L  K E P A D A  TUHAN  
Y A N G  M A H A  B E R K U A S A .



 











2 comments:

bell said...

Betapa saya sentiasa menangis setiap kali membaca cerita cinta yang satu ini. Seolah-olah diri saya ini hamba paling derhaka kerana masih menangis merungut walaupun jelas si Dia memberi selaut kasih yang tiada tepi.

Terima kasih aunty Nora... dah lama hati saya tak menangis begini.

Nora Asfa said...

Bell,

Menangislah kerana Allah SWT..
Tangisan kerana mengingati Allah itu adalah pemadam api..dan orang yang menangis kerana Allah ini lembut hatinya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails