Pages

Monday, May 10, 2010

Minggu ini yang penuh debaran.. Sahabat, do'akan Abahku selamat menjalani pembedahan ya!!



Minggu ini adalah minggu yang mendebarkan kerana Abah akan menjalani pembedahan bagi penyakit 'cancer usus'.  Tarikhnya masih tak pasti.. antara 10hb. Mei - 13hb. Mei... doktor beritahu jika ada kekosongan katil khas ICU.  Diriku yang menggigil bila di beritahu oleh doktor tempohari.. Abah tabah je.. 

Doktor tu cakap, "Bagus Pak Cik kuat semangat.. tapi badan Pak Cik banyak kurus... Pak Cik balik nanti boleh makan apa saja... tak de pantang".


Duhai sahabat ku ... tolong do'akan keselamatan Abahku dan perjalanan pembedahan ni nanti ya.. Ku berdo'a agar segalanya akan berjalan dengan lancar dan Abah akan berada dalam kondisi yang selamat.. Sebab pakar bius tempohari beritahu banyak kemungkinan-kemungkinan akan berlaku selepas pembedahan.. betul-betul menakutkan diri ku mendengarnya. Tapi memandangkan ini untuk kebaikan Abah agar sembuh ku cekalkan hati menghadapinya.. "Ya Allah berikanlah kekuatan diri buat Abah dan diriku.."

Pre-op diagnosis --- Ascending Colon CA.. - transverse colostomy CA

Pagi ni.. 10hb. Mei, ku bersama anakku 'Ain akan menghantar Abah ke hospital. Tak tahulah berapa lama ku dan Abah akan menjadi penghuni hospital untuk kali ni... Ku bermohon pada Allah SWT agar Abah segera sembuh!!   

Jadi sepanjang ku bersama Abah kemungkinan ku tak dapat nak update blog buat seketika..  Janganlah lupakan diriku ini ya sahabat pengunjung semua.. Terima kasih yang tidak terhingga buat sesiapa yang berkesudian singgah di blog yang tidak sepertinya ini dan do'a kalian amat ku hargai dan sanjung tinggi...Catch you all later!!

4 comments:

che mid said...

La.. tak tau pulak akak ada blog, ati tak pernah cakap pun. Apa pun, mid doakan semua berjalan lancar, Akak tenang ya

honeyz said...

Salam. Asfa, Kak honeyz doakan agar ayah as akan selamat menjalani pembedahan tersebut. Kuatkan semangat ye dik..

DR (H) SITI HAMIZAH BT RAMLAY@RAMLY said...

salam nora asfa(tak tau nk panggil apa huhu) saya doakan semoga ayahanda nora selamat menjalani pembedahan dan boleh menjalani rutin harian spt biasa selepas ini.amin.

Nora Asfa said...

Che Mid, Honeyz, Dr. Siti Hamizah ~ Terima kasih atas do'a kalian semua..
Mudah2an Abah tabah menghadapinya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails