Pages


Sunday, May 16, 2010

Pulang sebentar...


Salam sejahtera...,


Baru pulang dari hospital malam tadi (15.05.2010) setelah menghuni di hospital selama 5 hari.  Adik bongsuku Norzie mengambil alih tugas menjaga Abah di hospital untuk hari ini memandangkan dia bercuti hari Ahad.  Beliau beri peluang padaku berehat sebentar bersama Suami dan anak-anak.  Tengahari ini ku akan sambung semula tugas menjaga Abah.

Buat masa ni Abah masih belum menjalani pembedahan lagi kerana tiada kekosongan katil ICU.  Wad ICU sedang di baik pulih.. jadi katil terhad.  Biarlah ianya di tangguh dahulu sebab kondisi Abah selepas di operasi nanti memerlukan rawatan rapi.. jadi kalau tidak ia akan lebih memudaratkan... 

Ada beberapa kes pesakit sepatutnya berada di ICU tapi di tempatkan di wad biasa, kondisinya amat kritikal.. Dapat ku lihat dengan jelas bagaimana doktor dan jururawat bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa pesakit..(Namun nyawa ini hanya Allah SWT sahaja yang menentukan, tiada siapa yang tahu bila ajal menjemput. Nyawa manusia telah tercatat sejak azali lagi berapa lama ia hidup di dunia yang fana' ini).  Manusia hanya berikhtiar dan mohon keselamatan dari Allah jua.

Walau bagaimanapun kesihatan Abah sentiasa di pantau oleh Doktor dan jururawat yang bekerja dengan dedikasinya.. Tapi ada juga yang tak faham dengan tugas mereka dan ada juga yang mengeluh jika terlewat mendapat rawatan kerana mereka perlu menjaga ramai pesakit di wad.. namun sebagai manusia tiada siapa di dunia ni yang sempurna dan sentiasa ada kelemahan. Sabar dan memahami penting buat semua. Tugas doktor dan jururawat makin berat lebih-lebih lagi bila pesakit ICU di tempatkan di wad biasa. Mereka perlu mengambil lebih tumpuan buat pesakit kritikal kondisinya di samping pesakit-pesakit lain.

Tugas mereka terlalu banyak dan ku tak nampak mereka berehat.. sentiasa bekerja dan ada doktor yang tiada kesempatan untuk menjamah makanan.. Begitulah besar khidmat yang di beri untuk memberi jaminan yang terbaik untuk pesakit.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails