Pages

Sunday, May 16, 2010

Tarikh yang sentiasa di kenang >> 10.05.20l0

Tarikh ini 10hb. Mei, 2010 akan cuba ku ingat sentiasa dalam memori..
Sedia maklum tarikh tersebut adalah tarikh Abah daftar masuk wad.. tetapi..... segala-galanya memang bukan perancangan manusia.. Allah SWT yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui..


Pada hari tersebut sepatutnya Ku dan anakku 'Ain menghantar Abah ke hospital ... waktu pendaftaran jam 8.00 pagi. (pagi itu ntah mengapa berat hati untuk pergi awal sebab kebiasaannya ku akan ikut jadual yang di beri).  Atas kelewatanku bersiap Abang Ngahku yang sepatutnya bertolak ke Muar (ada tugas out station) pagi itu menangguhkan sebentar perjalanannya kerana menunggu Abahku bertolak ke hospital.  Memandangkan jam sudah melebihi jam 9.00 pagi, ...  Abang menawarkan diri untuk hantar Abah ke hospital..  kesian tenguk Abah menunggu lama sejak jam 7.30pagi..


Bila Abang Ngah nak menghantar itu lebih baik lagi.. sekurang-kurangnya beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki.. Sebelum bertolak sepupuku memberitahu bapanya juga berada di wad di hospital yang sama.. bila dia beritahu ku rancang untuk menziarahi Pak Cikku (adik kesayangan Abah kerana mereka adik beradik memang akrab) selepas pendaftaran masuk Abah ke wad..

Dalam perjalanan hanya tinggal beberapa jarak lagi dari hospital sepupuku telefon dan memberitahu, "Yang, Abah dah tak ada".  
Aku rasa terkejut dan cuba kuatkan hati menerima berita mengejut , hanya Allah jua yang tahu perasaanku ketika itu..bercampur baur .. "Ya Allah, Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un". Ku memandang Abang Ngah kemudian toleh memandang wajah Abah dengan rasa sayu...

Adik kesayangan Abah sudah pulang ke Rahmatullah terlebih dahulu sebelum sempat kami tiba ... "Perlu ke ku beritahu Abah ..?" hatiku berbisik..
Bagaimana pula reaksinya nanti?... ku resah sekiranya Abah akan menjadi lemah bila menerima berita ini... tapi ku rasa ianya lebih baik untuk di beritahu... kerana takkan perlu disembunyikan pula.. lambat laun Abah akan tahu juga..

Ku kuatkan hati dan bermohon pada Allah agar Abah tabah mendengar berita sedih ini... dengan nada perlahan ku beritahu Abah..
"Abah, Maman dah meninggal dunia baru sekejap ni.." (lebih kurang jam 10.00 lebih). Dengan wajah Abah yang sememangnya cengkung dan wajah lesu menerima berita itu dengan tenang.. 
Terdengar suara perlahan Abah menyebut "Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un". kemudian Abah hanya mendiamkan diri... tak tahulah ku bagaimana perasaan Abah ketika itu..


Abang Ngah memberi isyarat mulut... "Nape beritahu dulu?"
Ku jadi serba salah.... patut ke apa yang ku dah buat ni..
Tetapi ku pandang lagi wajah Abah ... tenang saja.. risau pulak bila Abang Ngah cakap cam tu..


Aku hubungi Suami, dan anak-anak akan berita kehilangan seorang yang amat di kasihi... bapa saudaraku dan isterinya yang mengajar mengaji Al-Qur'an anak-anakku semua..  Semoga segala amal  dan ilmu yang di perturunkan akan menjadi amal jariahnya di alam barzah dan di Akhirat kelak.. Jasamu terlalu banyak Maman..  terima kasih atas segala-galanya bantuan dan kasih sayang yang selalu di curahkan.. 


Setiba di hospital, Abah dan Abang Ngah menunggu di kereta sementara ku uruskan segala urusan.. Ku ke kaunter pendaftaran di tingkat bawah dan memohon untuk menunda tarikh pendaftaran dan petugas mengarahkan ku terus ke wad.  Ku menaiki lif ke tingkat 4 terus menuju ke wad 4* lalu  berjumpa Ketua Jururawat untuk menjelaskan situasi yang berlaku memohon penundaan tarikh tersebut. Sementara mereka menguruskan permohonan itu ku minta izin untuk bertemu Arwah di wad 8..


Ku segera bergegas ke wad 8 di tingkat 8 dan dari kejauhan ku telah melihat tirai putih.. melindungi pandangan katil Arwah.  Ku cuba menahan sebak... semakin dekat hati semakin pilu. Ku selak tirai dan bertemu dengan Mak Cik, anak sulongnya yang sedang membaca surah Yassin dan Nazri anak ke 3 Arwah berada di verandah. 


Ku ucapkan takziah buat mereka dan ku tak dapat menahan hiba, lalu berjurai airmata mengalir dengan deras... kucuba menghentikan esakkan dan membuka selimut yang membaluti sekujur tubuh yang terbaring dengan wajah tenang... wajah tidur selamanya  bertemu Pencipta Yang Maha Agung...


Ku mengeringkan airmata, dan menadah tangan menghadiahkan surah Al-Fatihah semoga rohnya di cucuri rahmat dan di himpunkan bersama para solehin.  Ku mencium Arwah buat kali terakhirnya.

Ku lihat Ibu saudara ...Wajah ibu saudaraku yang lesu ku pandang sayu kerana sepanjang 4 bulan mengorbankan masa rehatnya dengan tidak tidur lena menjaga suami kesayangannya setiap masa.. tak boleh berenggang.. Sesungguh ibu saudaraku seorang yang penyabar dan redha atas apa jua yang telah di lakukan atas khidmat sucinya berbakti sepanjang hidup bersama.. amat ku sanjung tinggi pengorbanannya.  Semoga Allah SWT melimpahkan Rahmat dan kesejahteraan buat Ibu saudaraku Hajjah Zaharah.


Ku mohon diri seketika untuk segera kembali ke wad 4 dan petugas mengarahkan Abah di bawa naik ke wad untuk di ambil darah bagi memudahkan Abah bila masuk ke wad kelak.. Ku turun dan bawa Abah menggunakan kerusi roda.. dan terus membawa Abah ke wad 8 bertemu jenazah Arwah adiknya terlebih dahulu.


Sungguh sayu bila pertemuan dua beradik ini.. tapi Abah tabah dan redha atas pemergian adiknya. Wajah Abah tenang sekali.. Setelah Abah memanjatkan do'a pada Illahi buat Arwah adik kesayangannya kami mengucapkan takziah sekali lagi dan berharap mereka tabah menghadapi saat duka tersebut lalu kami mohon diri dari keluarga Arwah untuk beredar dan menguruskan urusan Abah di wad 4 untuk mengambil sample darah.  Mereka juga memahami situasi kami ketika itu... 


Setelah selesai segala urusan di hospital ku bawa Abah pulang ke rumah.. dan pada petang itu juga Arwah bapa saudara ku selamat di kebumikan.


AL-FATIHAH.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapa saudara ku.


Abah kembali ke wad dan pendaftaran pada keesokan paginya .. (11.05.2010)

 

2 comments:

bell said...

Takziah auntie, Abah auntie memang tabah.

Nora Asfa said...

Terima kasih Bell. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham.

Alhamdulillah Abah Auntie juga telah selamat menjalankan pembedahannya seminggu kemudian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails