Alhamdulillah berkat do'a semua ahli keluarga dan insan-insan dermawan yang di kasihi dengan keizinan Allah s.w.t. misi semurni kasih adindaku Norzie yang di jadualkan pada 30hb. Mei, 2014 hari Jumaat telah berjalan lancar setelah tertangguh sebelum ini.. (sepatutnya tarikh dalam n3 .. Misi semurni kasih - pembedahan di jadualkan pada hari Rabu 21 Mei, 2014..)
Misi semurni kasih ni membabitkan 2 famili yang amat kami kasihi dan sayangi... Iaitu cucu sulung dan adik bongsu kami.
Cucu sulung saudara kami iaitu cucu sulung abang keduaku, anak sulung kepada anak saudara sulung ku Adzrie dan isteri Liz.. Mereka telah di kurniakan anak yang sangat di nanti-nantikan sejak mendirikan mahligai rumah tangga pada 9 Disember, 2011 di Kangar, Perlis.
Puteri sulung mereka lahir pada 24 Julai, 2013 dan di beri nama Adra Afieya.. Kelahiran yang amat bermakna buat Adzrie dan Liz juga Mak Tok dan Tok Abah seisi keluarga.. kami ahli keluarga semua teruja dengan kelahiran cucu sulung ini..
Moyang Thom perolehi cicit pertama.. dapat menimang dan memangku dengan penuh mesra penyambung susur galur keluarga..
Alhamdulillah si comel penyeri dan pengerat kasih sayang.. lahirnya sehat dan sempurna.. jaundice ni perkara biasa bagi kanak-kanak yang baru lahir..
Namun setelah Adra berusia sebulan dan bulan-bulan seterusnya bacaan kuning tidak berkurangan.. Mama Liz.. mula nampak kelainan pada baby Adra... badan dan mata kekuningan dan perutnya semakin mengeras dan agak membesar sedikit demi sedikit... Bila di rujuk kepada PPUM dan melakukan kasai barulah di kesan ianya adalah Biliary Atresia satu penyakit melibatkan bengkak hati yang kronik..
Pehak hospital berbincang dengan kedua ibu bapa Adra bahawa penyakit ini memerlukan pemindahan hati dan kosnya agak mahal.. dan pihak doktor dan hospital mencadangkan ianya di lakukan di Singapura kerana kepakaran boleh di perolehi di situ. Bagi mereka makan gaji adalah sesuatu yang sukar untuk memperolehi dana yang besar dalam suatu masa.. dan ianya sesuatu yang amat mustahil untuk mengumpul wang yang banyak dalam masa singkat..
Inisiatif dari rakan-rakan Liz dan Adzrie maka tertubuhnya Foundation Fund buat Adra melalui FB: Donation For Adra Afieya.
Sambutan dan galakkan dari rakyat Malaysia dan saudara mara dalam membantu saat genting ini amat di hargai sehinggalah misi ini berjaya di laksanakan.
Doktor pakar dan pembantu-pembantu di hospital NUH, Singapura bertungkus lumus memastikan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil sepanjang pembedahan dan pemindahan.. ianya memakan masa setengah hari... masing-masing menanti dengan debaran terutama kedua ibu bapa Adra dan suami adikku..
Kami yang berada di tanah air pun tak senang duduk menanti perkhabaran.. Setelah selesai segalanya di beritakan bahawa pembedahan dan pemindahan telah berjaya dengan pertolongan Allah yang Esa.... Syukur Ya Allah!! Allahu Akbar... hanya Allah jua tempat kami memohon segala-galanya.. Allah jua yang memakbulkan do'a hamba-hamba-Nya yang tak putus-putus berharap kepada-NYA.
Alhamdulillah terkini.. penyumbang hati adindaku dan baby Adra yang masih dalam pemantauan doktor setiap seminggu sekali berada dalam keadaan sejahtera... Badan Adra dah berisi dan aktif seperti kanak-kanak sebayanya.
Buat kedua ibu bapa Adra yang banyak berkorban dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sepanjang Adra memerlukan perhatian sepenuhnya, agar kalian sekeluarga di limpahi Allah dengan kurnia-Nya sebagai keluarga penuh dengan sakinah dan kebahagiaan.
Gembira melihat keluarga mereka ceria kembali. Penuh dengan do'a dan senyum yang sentiasa mengiringi.
Syukur Ya Allah di atas Kasih Sayang dan Rahmat-MU.
-Nota ini di catat pada awal bulan Jun 2014-
(oopsss catatan ni dah lama sebenarnya setelah di edit baru di jelmakan - ingat ke dia muncul ikut tarikh di 'draft'kan.. mmm tak pe la.. ianya adalah tarikh ingatan yang tidak akan mudah di lupakan dalam sejarah keluargaku.
Jumaat 30.05.2014 - 1 Syaaban 1435)
No comments:
Post a Comment