Pages


Sunday, April 22, 2012

Diam

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Qaf: 16)



Jika diri ini sedang di tegur atau di nasihat, adalah lebih baik mendiamkan diri dan dengar.
Walaupun apa yang sampai kependengaran itu pahit di dengar.. terasa ingin menyampuk.. adakah patut diam?
Diam itu lebih baik kerana kemungkinan yang pahit itu adalah penawar hati..

Walaupun diri rasa di pihak yang benar tapi ingin bersuara mempertahankan kebenaran.. jika dengan bersuara juga akan menyebabkan diri di persalahkan.. perlukah patut berdiam juga..
Ya .. sebaiknya diam. Mungkin di situ ada kebenaran.

Adakah diam itu bererti mengalah? 
Tidak. Lebih baik diam dari mengeruhkan lagi sesuatu isu kecil itu menjadi lebih parah.. Dengan mendiamkan diri hati berzikir ingat pada Illahi..

Adakah berdiam diri itu boleh menyelesaikan masalah?
Ya... Bila tiada apa lagi yang nak di lawan bercakap.. akhirnya masalah itu menerima jawapan yang melegakan.. selesai dalam diam.. 

Walaupun ada rasa luka di hati..
Namun kemaafan sedia menanti..
Dalam diam itu ada kesabaran..
Kesabaran itu menguatkan hati.
Berserah diri pada Illahi...
Allah lebih mengetahui.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails