Pages


Thursday, June 14, 2012

Internet oh internet



Lebih kurang seminggu tak boleh access internet, signal wifi hilang ntah kemana.  Jumaat lalu anakku 'Ain, call TM 100 .. tapi hanya kedengaran suara rakaman saja yang menjawab.. line operator nampaknya busy.. tak pe la kita tunggu hari bekerja seterusnya minggu depan.. hari Isnin.. bila tiba harinya ku buat tak kisah.. biarlah tak berinternet.. adalah hikmahnya!


Pabila internet problem, orang paling 'hepi' adalah Che' Abang!!  Orang sekelilingnya faham sebab apa... hehehe!!

Anak-anak bersuara.. tak report TM lagi ke?

"Tak payah report.. biarkan je.." abah mereka bersahajaaa je!!

"Tak report... sayanglah bil tetap bayar!!", suara sapelah tu?? ehemmm!!

Bila ada problem barulah sibuk nak berblog.. bisik suara hatiku!! Nafsu.. nafsu!!

Nak dail TM 100 ni bukan main bercinta... sebabnya kena tunggu beberapa minit.. baru boleh cakap dengan operator ... itupun tengok keadaanlah.. jika bernasib baik boleh dapat kalau tak terpaksa dail semula.. kadang sama nasib gak.. talian ke operator sedang sibuk.. 

Hari Selasa, 12.06, saja ku dail nombor 100.. ya la anak-anak asyik bertanya je.. internet dah okay ke belum kann.. Nak tak nak ku dail juga la nombor ni..ingat nak biar lagi lama.. tak yah berinternet dulu!!

Alhamdulillah sekali dail.. seperti biasa ada tol dulu (rakaman suara) baru di sambung terus ke talian operator wanita yang menjawab. Setelah beritahu masalah yang di hadapi.. operator tersebut beri panduan secara manual untuk menyelesaikan masalah.. ikut je la apa yang di arah.. tapi hampir 45 minit.. tak juga selesai.. cabut wayar kabel.. sambung balik.. masuk "command prompt" pulak.. pun tak berjaya juga!!

Terdengar di talian operator menguap..nguap.. dia perasan orang dengar kot.. dia minta maaf.. hehehe!! kesian dia...  Ku bertanya okay ke ni.. dia kata okay!! Sambung balik.. usaha masih tak berjaya.. ku bertanya tak boleh terus report je ke? Hantarlah technician ke rumah kami.. 

Operator jawab.. "Tak boleh kak, kena cuba manual dulu, kalau tidak nanti saya kena marah".

Dalam hatiku berkata.. oh begitu rupanya!! Bagus pekerja ni bekerja dengan jujur..

Dah lebih sejam.. usaha tidak menampakkan apa-apa perubahan.. akhirnya barulah operator keluarkan nombor report..

Keesokan harinya (hari Rabu) technician telekom datang ke rumah .. tukar modemn.. kemungkinan modemn yang bermasalah... dah tukar pun masih juga tak boleh nak access internet.. signal wifi pun tak dapat di jejaki.. 

Lebih kurang sejam jugalah dia nak menyelesaikan masalah.. tak berjaya juga..!! Tehnician guna laptop dan henpon beliau.. dia kata tak de masalah... semua okay je kak!! Mungkin laptop akak yang bermasalah ni..  Tak pe la kalau macamtu.. adakah salahku.. Konon nak padam benda-benda yang tak penting dalam fail komputer ni.. adakah benda berkaitan dengan internet ni juga terpadam... hmmmmm... dah mula cuak ni!!  Diriku ni memanglah tidak berapa faham tentang komputer ni.. adeihhh!! Ku berserah pada Allah!!

Setelah usahanya tidak berjaya ku ucapkan terima kasih pada technician ni dengan segelas air oren sejuk.  Setelah beliau berlalu pergi... ku masih tak puas hati.. macamana tak boleh ni.. ku cuba mencari signal wifi di mana pulak dia bersembunyi... ku cari dan cari... open network and sharing center bagai... dan entah apa lagi...klik itu dan ini... tak semena ku dapat kembali signal wifi.... rupanya signal wifi tu "disable".. ku klik ke "enable"... akhirnya usaha ku yang beberapa minit tu berjaya menemukan ku dengan signal wifi kembali.. Alhamdulillah..!!  Maka hasilnya ku nukil blog ini... hehehehe!!

Moral of the story...jangan memandai-mandai padam benda yang tak pasti.. biarkan je.. mana tau benda itu adalah nadi penting dalam komputer tersebut..!!

Begitulah juga dalam kehidupan kita kannn.. sekiranya kita tak pasti akan sesuatu berita.. jangan sebarkan.. kerana kemungkinan benda tak pasti itu akan menjadi fitnah..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails