Alhamdulillah berkat do'a semua ahli keluarga dan insan-insan dermawan yang di kasihi dengan keizinan Allah s.w.t. misi semurni kasih adindaku Norzie yang di jadualkan pada 30hb. Mei, 2014 hari Jumaat telah berjalan lancar setelah tertangguh sebelum ini.. (sepatutnya tarikh dalam n3 .. Misi semurni kasih - pembedahan di jadualkan pada hari Rabu 21 Mei, 2014..)
Misi semurni kasih ni membabitkan 2 famili yang amat kami kasihi dan sayangi... Iaitu cucu sulung dan adik bongsu kami.
Cucu sulung saudara kami iaitu cucu sulung abang keduaku, anak sulung kepada anak saudara sulung ku Adzrie dan isteri Liz.. Mereka telah di kurniakan anak yang sangat di nanti-nantikan sejak mendirikan mahligai rumah tangga pada 9 Disember, 2011 di Kangar, Perlis.
Puteri sulung mereka lahir pada 24 Julai, 2013 dan di beri nama Adra Afieya.. Kelahiran yang amat bermakna buat Adzrie dan Liz juga Mak Tok dan Tok Abah seisi keluarga.. kami ahli keluarga semua teruja dengan kelahiran cucu sulung ini..
Moyang Thom perolehi cicit pertama.. dapat menimang dan memangku dengan penuh mesra penyambung susur galur keluarga..
Alhamdulillah si comel penyeri dan pengerat kasih sayang.. lahirnya sehat dan sempurna.. jaundice ni perkara biasa bagi kanak-kanak yang baru lahir..
Namun setelah Adra berusia sebulan dan bulan-bulan seterusnya bacaan kuning tidak berkurangan.. Mama Liz.. mula nampak kelainan pada baby Adra... badan dan mata kekuningan dan perutnya semakin mengeras dan agak membesar sedikit demi sedikit... Bila di rujuk kepada PPUM dan melakukan kasai barulah di kesan ianya adalah Biliary Atresia satu penyakit melibatkan bengkak hati yang kronik..
Pehak hospital berbincang dengan kedua ibu bapa Adra bahawa penyakit ini memerlukan pemindahan hati dan kosnya agak mahal.. dan pihak doktor dan hospital mencadangkan ianya di lakukan di Singapura kerana kepakaran boleh di perolehi di situ. Bagi mereka makan gaji adalah sesuatu yang sukar untuk memperolehi dana yang besar dalam suatu masa.. dan ianya sesuatu yang amat mustahil untuk mengumpul wang yang banyak dalam masa singkat..
Inisiatif dari rakan-rakan Liz dan Adzrie maka tertubuhnya Foundation Fund buat Adra melalui FB: Donation For Adra Afieya.
Sambutan dan galakkan dari rakyat Malaysia dan saudara mara dalam membantu saat genting ini amat di hargai sehinggalah misi ini berjaya di laksanakan.
Doktor pakar dan pembantu-pembantu di hospital NUH, Singapura bertungkus lumus memastikan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil sepanjang pembedahan dan pemindahan.. ianya memakan masa setengah hari... masing-masing menanti dengan debaran terutama kedua ibu bapa Adra dan suami adikku..
Kami yang berada di tanah air pun tak senang duduk menanti perkhabaran.. Setelah selesai segalanya di beritakan bahawa pembedahan dan pemindahan telah berjaya dengan pertolongan Allah yang Esa.... Syukur Ya Allah!! Allahu Akbar... hanya Allah jua tempat kami memohon segala-galanya.. Allah jua yang memakbulkan do'a hamba-hamba-Nya yang tak putus-putus berharap kepada-NYA.
Alhamdulillah terkini.. penyumbang hati adindaku dan baby Adra yang masih dalam pemantauan doktor setiap seminggu sekali berada dalam keadaan sejahtera... Badan Adra dah berisi dan aktif seperti kanak-kanak sebayanya.
Buat kedua ibu bapa Adra yang banyak berkorban dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sepanjang Adra memerlukan perhatian sepenuhnya, agar kalian sekeluarga di limpahi Allah dengan kurnia-Nya sebagai keluarga penuh dengan sakinah dan kebahagiaan.
Gembira melihat keluarga mereka ceria kembali. Penuh dengan do'a dan senyum yang sentiasa mengiringi.
Syukur Ya Allah di atas Kasih Sayang dan Rahmat-MU.
-Nota ini di catat pada awal bulan Jun 2014-
(oopsss catatan ni dah lama sebenarnya setelah di edit baru di jelmakan - ingat ke dia muncul ikut tarikh di 'draft'kan.. mmm tak pe la.. ianya adalah tarikh ingatan yang tidak akan mudah di lupakan dalam sejarah keluargaku.
Jumaat 30.05.2014 - 1 Syaaban 1435)
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Thursday, August 28, 2014
Sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan dari pengetahuan umum
Berkait dengan tajuk di atas.. mengapa perlu kita sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan dari pengetahuan umum. Sebenarnya ada hikmah di sebaliknya.
Pernah dengar tak perbualan seperti ini, "Si gadis atau si teruna ni dulu berkawan rapat dengan si dia.. bertunang dengan si polan tapi akhirnya nikah dengan orang lain".. Itulah resam hidup tidak semestinya tunangan itulah akhirnya menjadi pasangan sah kita..
Sudah menjadi kebiasaan sebelum bernikah setiap pasangan akan di mulai dengan merisik terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada si gadis ni sudah ada yang punya atau masih solo.. Bila telah di persetujui dan kata sepakat, diadakan perundingan antara keluarga kedua belah pihak pasangan lelaki dan perempuan kemudian di susuli dengan ikatan pertunangan.
Pertunangan ni adalah masa untuk suai kenal. Sudah menjadi tunangan orang maknanya pasangan tidak boleh di sunting oleh pihak lain pula.. (itu pentingnya merisik terlebih dahulu untuk pengesahan dari keluarga terdekat). Tetapi ikatan ni masih belum sah lagi.
Dalam waktu bertunang ni banyak ujian dan dugaan.. ada yang kekal hingga ke majlis pernikahan dan ada yang putus sebelum tiba saat. Jika apa pun berlaku perkembangan dalam masa pertunangan hanya di ketahui oleh pihak keluarga sahaja. Sebab itu pertunangan tidak perlu di hebahkan kerana ia belum termaktub lagi..
Menjadi 'trend' kini.. majlis pertunangan di buat besar-besaran.. dah boleh langsungkan majlis nikah sebenarnya kalau gitu.. Ianya terpulang pada budi bicara memasing. Ikut kemampuan.
Pernikahan pasangan perlu di hebahkan pada pengetahuan umum untuk menghindari fitnah.. Perkara yang baik dan telah sah ikatan apa salahnya di umumkan.. Mengadakan majlis keramaian walaupun kecil tapi sudah cukup bererti buat semua dengan jamuan bagi menjamu sanak keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.. meraikan majlis dengan penuh kesyukuran ini dengan hebahan terbinanya ikatan sah sebagai suami isteri.
Tiada perlu rasa takut dan gusar untuk tinggal serumah di bandingkan dengan pasangan yang menyembunyikan 'title' suami isteri sehingga menerbitkan keresahan jiran tetangga bila berdua-duaan tanpa di ketahui hal kedudukan yang sebenar.
Apa tah lagi jika orang itu seorang yang di kenali umum. Menjadi tanda tanya adakah mereka ni suami isteri yang sah atau sebaliknya.. sudah tentu jiran tetangga tidak mahu bersubahat dengan dosa.. Bila 'report' pada pihak berwajib barulah identiti samada bujang atau suami isteri sebenar terungkai. Jika bujang tapi sudah bersekedudukan ... terheret ke mahkamah ... malu di tanggung.. dosa di tempah.. tak tertanggung jiwa lara..
Jika boleh tak nak la sampai sebegitu sekali kannn.. Mempraktikkan adab dalam Islam itu mudah tidak perlu di persulitkan.. Islam itu indah dan penuh dengan keserian.
Jangan lupa sijil perkahwinan perlu di simpan dengan rapi kerana setiap anak yang di daftarkan sijil beranak mereka memerlukan sijil nikah yang sah walaupun anak yang ke 10 sekali pun.. ia tidak hanya wajib bagi anak sulung sahaja.. TAKE A NOTE!!!!
(Nota: Khamis, 28 Ogos, 2014 - 2 Zulkaedah 1435)

Wednesday, August 27, 2014
Pemimpin yang adil dan bijaksana
Bertemu kembali di dunia maya .. salam sejahtera penziarah yang di kasihi..
Hati ini dah tak tertanggung berbicara sendiri... kena luahkan jugak nampaknya..
Kemelut yang berlaku dalam politik negeriku tercinta SELANGOR... amat menghiris jiwa lembutku.. Tak nak banyak bicara ku hanya inginkan pemerintah di tanah tempat tumpahnya darahku ini seorang yang berakhlak mulia, jujur, boleh menjadi imam (maksudku mestilah terdiri dari lelaki yang beriman) dan menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dan peneraju negeri dengan taat dan patuh sejajar dengan perintah Allah dan Rasul-Nya s.a.w.
"Ya Allah kau lindungilah negeri kami ini dengan pemimpin yang bijaksana, beriman dan taat akan perintah-Mu... Hindari kami dari di pimpin oleh penguasa yang sesungguhnya kau lebih mengetahui niat mereka..."
Jika dari awal lagi kedegilan dan keingkaran peribadi yang di tunjukkan ... bagaimana harus ku terima orang yang tidak taat menjadi pemimpin...
"Ya Allah, Kau yang memegang hati-hati manusia.. maka kau kurniakanlah kepada kami pemimpin yang benar-benar berkelayakan memegang tampuk pemerintahan negeri ku ini". Aamiin..
Lagu ni khas di tujukan buat Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim yang meneraju Selangor dengan cemerlang... kami rakyat berterima kasih atas kepimpinanmu.. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu dan merahmati kehidupanmu..
Sedih pulak rasanya.. :'(

Subscribe to:
Posts (Atom)