Menjadi penghuni hospital sebagai penjaga pesakit ni perlu menerima apa seadanya.. keadaan tidur dan makan tentu semua faham situasinya kann. Demi Abah ku lakukan apa saja.. selesalah juga bila setiap malamku dapat rezeki tidur di atas tilam empuk... ;) Walaupun ku tak bawa tilam atau bantal untuk tidur selesa di hospital.
(Di hospital penjaga biasanya tidur atas lantai atau kerusi sahaja.)
Bila sudah berada di hospital memang tak boleh elak dari menggunakan tandas ialah dah duduk sementara'di hostel spital' kan... Al-maklum wad lelaki dan tandasnya pun tentunya khas untuk lelaki jadi ku tak berasa selesa untuk menggunakannya... walaupun kulihat penjaga-penjaga wanita menggunakannya... tetapi ku sanggup berjalan ke wad wanita rasanya lebih selamat dan selesa.
Nak di jadikan cerita pada hari terakhir ku di hospital terserempaklah dengan seorang 'Cleaner' ni di tandas wanita.. Seperti biasa ku masuk ke bilik air.. belum sempat ku berbuat apa-apa 'Cleaner' ni bertanya dengan slang bahasa negara dialah, "Kak, kakak dari wad mana?"
Di dalam bilik air mana ku tahu dia bercakap dengan siapa.. jadi ku keluarlah... tak de sesiapa di luar... dan "Cleaner" tersebut pun sedang menyelesaikan "hajatnya" di dalam tandas.. (ku harap bunyinya tak lucah ya).
"Awak bertanyakan saya ke?" tanyaku. Ku sebenarnya tak suka melayan orang yang sedang dalam tandas ni kerana telah melanggar etika adab-adab dalam tandas.. Oleh kerana menghormati pertanyaannya ku jawablah juga.
"Iyaa!! Kakak dari wad ICU ya". tanya 'Cleaner' tersebut.
Dengan jujur ku mengatakan, " Tidak, saya dari wad 4*"
"Oh Kakak dari wad lain tak dibenarkan gunakan tandas wad ini... tandas di sini hanya untuk pengguna di wad ini sahaja... walaupun wad perempuan tapi orang lelaki yang jaga di wad ini pun gunakan ini...kalau kakak dari wad lelaki kakak kena gunakan tandas di situ...Lelaki perempuan campur..." 'Cleaner' tersebut terus berceloteh dalam tandas..
Sebelum ku berlalu ku berpesan, "Neng, dalam tandas ngak boleh bicara...ngak manis!" Ku segera berlalu pergi kerana tak mahu layan lama-lama dia bercakap dalam tandas tu..
Mungkin dia tak tahu ku sudah berjalan keluar... agak jauh juga ku meninggalkan kawasan tu masih terdengar lagi pot..pet..pot..pet dia berceloteh sendirian..
Dalam hati ku hendak tergelak kerana memikirkan jika ada orang lain masuk ke kawasan tandas dan menyedari dia bercakap sendirian... apalah perasaannya.. Ku tak dapat bayangkan.. Tentu orang fikir dia ni okay ke tak kannn!!!
Sampai di wad... ku tak tahan dari tergelak...ku ceritakan apa yang berlaku di tandas wad berkenaan pada Kak Ros yang menjaga suaminya di hadapan katil Abah. Ku ingat tak nak ceritakan hal ini tapi ku tak tertahan dari tergelak..jadi ku bercerita pada Kak Ros..nanti Kak Ros pulak sangka apa padaku jika tergelak sorang diri.. Kak Ros pun tergelak sama bila dengar ceritaku ini.... tapi kami gelak perlahan je.. menjaga santun di hospital ni... Sekumpulan doktor yang sedang mengelilingi pesakit lain memandang kami.. sambil tersenyum-senyum tenguk gelagat kami.. Mungkin doktor-doktor tersebut fikir ku terlalu gembira kerana Abah telah di benarkan keluar hospital pada hari itu..
Yalah sejak berada di hospital selama 5 hari tak pernah dihalang sebegini... nurses yang bertugas di wad tersebut pun tak pernah bersuara dan menghalang dari menggunakan tandas tersebut. Nasib baiklah hari tersebut hari terakhir.. jadi selamat ku kerana bebas dari bertemu dengan 'Cleaner' seorang ni..
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Monday, May 10, 2010
Apa khabar?
Ku terkenangkan Pak Cik yang di rawat di hospital beberapa minggu yang lalu... Apa khabar Pak Cik tu sekarang.. Kami dah seperti keluarga dengan pesakit juga penjaga-penjaganya sepanjang berada di hospital ni.
Isterinya begitu setia menanti suaminya disisi... dialah yang meminjamkan tikar setiap kali untuk solat di verandah hospital.
Pada 14hb. April, doktor pakar bedah menumpukan perhatian ke atas Pak Cik ni untuk segera melakukan pembedahan kerana penyakitnya doktor jelaskan hanya ada satu dalam sejuta di dunia ni dan perlu di selamatkan segera.. kerana kondisinya ketika itu adalah 50-50.
Ku pun tak tau apa nama penyakit tersebut... ia berkaitan dengan darah merah dan darah putih.
Lebih kurang jam 11.30 malam Pak Cik tersebut terus di bawa ke bilik pembedahan selepas anak lelakinya tiba untuk menanda tangan kebenaran pembedahan yang akan di laksanakan segera.. Ku memberi kata-kata semangat pada Pak Cik tersebut dan juga kata-kata semangat buat isterinya yang sudah mula kelihatan lesu bila melihat situasi suaminya kerana beliau juga mempunyai penyakit darah tinggi.
Ku segera mengiringi Mak Cik dan keluarganya di luar kawasan bilik pembedahan itu dan membacakan surah Yassin bersama menantunya dan mendo'akan agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Selesai ku pulang ke bilik wad dan beradu. Agak lena juga ku tidur .. sebab bila ku terjaga di awal pagi sebelum waktu Subuh barang-barang Pak Cik dan Mak Cik dah tiada di tempatnya.
Keesokannya ku berjumpa Mak Cik tersebut di luar bilik ICU dan bertanyakan keadaan Pak Cik... beliau beritahu pembedahan malam tu hanya mengambil masa beberapa jam dan limpa Pak Cik telah di keluarkan.. kerana ia telah rosak dan tidak berfungsi lagi.
Oleh kerana bapaku pulang pada 15hb. tiada kesempatan bertemu lagi dengan Mak Cik tersebut.. Ku do'akan Mak Cik tersebut berada dalam keadaan sihat dan ku berharap suaminya akan segera pulih.

Sunday, May 9, 2010
Love From Mya
"There is no one
who loves as deeply
protects as fiercely
understands as readily
and gives as generously
as a mother
and there is no mother quite like you"
*With thanks, mum for all the things you do and all the love you give
You have a way of showing love that means so very much and adds a lighter,
brighter note to all the lives you touch.*
From MYA
Terima kasih bebanyak Mya.. Ummi do'akan agar segala yang di cita-citakan akan tercapai dan akan memperolehi kebahagiaan yang di cari selama ini.
Salam sayang dari Ummi dan Abah serta seisi keluarga.
Dari anakku Hannah di sini.
Dari anakku Nabilah di FB dan anakku 'Ain
Nurul 'Ain HAPPY MOTHER'S DAY. ESPECIALLY 4 MY BELOVED MOM Norahah Asfandi. U'RE THE BEST MOM IN THE WOLRD. I LOVE YOU UMIE. ((BIG HUGSSS)) MMMmuaaahhxx..
Ummi sayang semua anak-anak Ummi sesangat...XOXO
♥I LOVE MY FAMILY MORE ♥
Subscribe to:
Posts (Atom)