Pages


Monday, March 7, 2011

Hati di landa pilu

 Kenangan ~ Antara salah satu Kitab dan kacamata peninggalan Arwah Ayahanda tercinta...

Tetiba hari ini hatiku di landa kepiluan yang tak boleh di gambarkan dengan kata-kata...perasaanku mengundang sebak mencengkam kalbu terimbau kenangan bersama Emak dan Abah... Selalu pun rindu gak.. tapi hari ni rasa lain sangat.. nape ya!!! Rindu kat emak, masih boleh di capai tangan ku peluk cium emak erat-erat boleh ku bermesra manja... rindu teramat sangat kat Abah.. hanya do'a yang dapat ku titipkan.. Ya Allah!!! Terasa yang amat sangat Abah tak de di sisi lagi. Kekerapan ku bersama Abah sepanjang sakit selama setahun itulah jadi kenangan pengubat rindu.... Abah! Ayang sayang Abah sesangat.. sekarang anak-anak akan jaga Emak dengan sebaik mungkin... Emak pun rindu Abah gak!!!!

AL-FATIHAH...

"Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang" 


"Ya Allah kau peliharalah  bapa tercintaku dan cucuri rahmat keatas roh Bapaku di samping orang-orang yang di kasihi olehMu.. Ampunkanlah segala dosanya dan terimalah segala amalan baiknya..  Ya Allah... Peliharalah keluarga kami dalam kesejahteraan dan berikanlah kami keampunan.. tunjukanlah kami jalan yang di redhai oleh Mu Ya Allah!! Berikanlah ketenangan ke atas kami..  Sesungguhnya kau Maha Pengampun lagi penuh dengan Rahmat kasih sayang..".


"Ya Allah permudahkanlah tugasan ku hari ini.. dan seterusnya.. Murahkanlah rezeki kami Ya Allah.. Sesungguhnya kau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui isi hati hamba-hambaMu.. Amiin"



Saturday, March 5, 2011

Kempen pilihanraya!!!

Tiba je kempen pilihanraya ... macam tak boleh nak dengar dan baca apa yang akan dorang katakan...  tak tahan sikap kutuk mengutuk dan tuduh menuduh.. mencari kesilapan atau kesalahan.. tak kiralah pihak mana pun ... jika benda tu sekadar fitnah.. bagaimana pula? (tak nak jadi isu politik ..... kita ni pemerhati je kannn dan semestinya kitalah orang awam yang akan menilai mana yang patut kita pilih yang penting kita nak pemimpin yang menunaikan solat berjemaah bukan ketika ada urusan rasmi sahaja tetapi setiap waktu solat 5 waktu.)

Bila baca akhbar ke! di internet ke! berita di tv ke! di radio ke!! menggeleng kepala baca dan mendengar hal politik ni... sekali lagi tak kiralah  lambang politik apa pun... sama je!!! mencari salah lawan dan memuji kelebihan sendiri.. memang itu ya gaya berpolitik..? Silap hari, panas telinga dan hati pun boleh panas juga tau!!!! Padahal tak terlibat sama pun nak berkempen ni... tapi sikap sakat menyakatnya tu tak tahan mendengarnya... paling sensitif bila dikaitkan dengan agama.. jangan salah cakap nanti melibatkan dosa pulak!! Kerana Allah tu lebih mengetahui segala-galanya niat hati seseorang dan apa yang cuba di sampaikan... setiap bait yang di baca.. hati kita pun akan berkata-kata juga kan... "hai hati berbaik sangkalah kamu...bersihkan lah hati-hati kami dari bersikap buruk sangka, ..." 

Bila ku terlayar blog-blog penyokong politik ni pun.. tak kira lambang apa pun asyik cerita keburukan orang.. ishhhh susah nak terima ..  caci maki tak leyh nak kata la..sampai ntang caci maki, carut marut ni ku berhenti membaca dan tak suka nak teruskan...  Boleh jadi panas hati kan baca!!! Tapi kita yang tak de kena mengena ni.. cool je tapi bila melibatkan maruah orang kan tak baik!!! ... yang pelik tu kadang bila kita klik next blog... asyik kena blog politik je??? Sepintas lalu... klik lagi ..politik..klik lagi politik... tak habis orang berkisah cerita politik ni ya!!  Kita ni suka baca blog yang sempoi, santai dan sejuk hati bila membacanya..

Islam tak mengajar kita menyingkap keburukan orang lain dan mengaibkan mereka di depan orang ramai.. jadi bagaimana nak berkempen cara bersih ya???  Ikutlah cara pemimpin Agung kita Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan dan menjauhi larangan yang di tegah oleh Allah s.w.t. dan berbuat baiklah  sesama manusia.  Kenal mengenali hati budi masing-masing.. berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..  Berbicara cara hikmah.. Jadilah pemimpin di hati rakyat dan di redhai Allah s.w.t.

Apa pun di gelanggang politik je mereka begini, seperti musuh.. bila berkumpul mereka ni sahabat!!! Betul tak... Masing-masing ingin meraih kemenangan dengan pelbagai cara dan permainan kata-kata, yang penting janji tu perlu ditunai...."bukan cakap tak serupa bikin".. tapi setakat ni.. dimana tempatku berpijak apa yang di janji telah di kota.. Alhamdulillah.. pemimpin yang bertanggungjawab tidak mementingkan diri sendiri dan mengutamakan masyarakat yang di pimpin.. Inilah namanya kepimpinan melalui teladan.. Sentiasa manis muka, tersenyum dan memulakan pertanyaan dulu.. raut wajahnya nampak keikhlasan ..

Kita yang di pimpin ni sentiasa menjadi pemerhati... kita tidak menilai seseorang itu dari kata-katanya sahaja tapi perlaksanaan apa yang di kata itu di tunaikan... dan sifat tidak bangga diri, tidak bermuka-muka dan ringan tulang untuk sama-sama berbakti kepada masyarakat..tak kira agama atau bangsa sekalipun.. Sebagai orang Islam kita perlu menunjukan teladan yang baik dengan penyampaian yang penuh hikmah dan tidak menyemburkan kata-kata yang tidak enak di dengar... sekali lagi tak kira lambang politik apa pun.... Menjadi pemimpin ini jangan ada niat nak beratkan poket sendiri memang tak lamalah jadi pemimpin... Masyarakat boleh menilai ... betul kan!!! Kita boleh menilai  pemimpin yang bekerja untuk masyarakat atau bekerja kerana mengejar kedudukan dan mengumpul harta... $$$$$!!!!

Walau apa orang kata, ku tetap menghargai jasa Tun Dr. Mahathir atas apa juga pengorbanannya memajukan negara yang tercinta ini... walau sesibuk mana pun beliau waktu jadi pemimpin dulu ku sungguh terharu bila menerima warkah darinya.. Tulisan tangannya yang mahal... Gembira bukan kepalang bila dapat warkah dari pemimpin kannnn!! Tu kenangan silam... Masa diriku masih bujang lagi nun jauh dari tanah air.. 

Tetiba je keluar mood bicara politik.... saja mengambil waktu selepas menjahit jahitan yang tak siap-siap lagi... sambil menjahit dengar berita tv... datang idea pulak nak coret kat blog ni...

Suka tak suka kena ambil tahu juga hal politik... Pemimpin perlu ada dalam masyarakat jika tidak akan pincang pentadbiran.. Pemimpin yang bijak, baik hati, jujur, rajin, ikhlas dan senang di dekati, (ada 'nur' di wajahnya..) akan di hormati oleh masyarakat. 
Bila rakyat sudah bangkit..... lihatlah perkembangan di negara Teluk... "cermin diri.. lihat peribadi!!!"



Thursday, February 24, 2011

Kuat Semangat , Lemah Semangat, Patah Semangat

Semangat datang dari jiwa, hati dan perasaan... melintasi pemikiran yang di nilai oleh akal..


Semangat kita ni kadang turun naik kan... adakala ia naik memuncak dan adakala jatuh terjelepuk.. Seperti kata pepatah "hangat-hangat tahi ayam".  Bila kita sedang bersemangat kita buat dia bersungguh-sungguh tapi bila gagal .. hancur luluh semangat!!! Terkecewa!! Mudah putus asa... Apa yang perlu dilakukan??

Jadi kita perlukan semangat yang kuat.. untuk mengharungi kehidupan.. jika semangat kita lemah ia akan memudaratkan diri.. Badan akan menjadi lemah lesu dan menjejaskan fikiran menjadi ia berkecamuk. Sudah tentu semua kerja tak menjadi... Sebab itu Iman memainkan peranan penting dalam menguatkan semangat di jiwa setiap insan.


Kekuatan mental memainkan peranan dalam apa jua situasi.. terutama dalam keadaan susah atau berduka.. Berdo'a kepada Allah s.w.t dan sokongan dari orang tersayang amat penting di saat ini.. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan yakin sepenuh jiwa sesungguhnya Allah membantu hamba-hambaNya yang patuh dan taat..


Ujian kehidupan merupakan darjat peningkatan iman seseorang.. kita perlu redha dan bena semangat jati diri yang kental disamping meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah s.w.t. Kasih sayang Allah sentiasa disamping hamba-hambaNya yang tidak putus berdo'a samada dalam situasi senang atau susah..


Kita tidak boleh patah semangat jika mengalami kesukaran.. kita perlu teguhkan semangat untuk mengatasi masalah sebaik mungkin mengikut kemampuan.. jika tidak boleh melakukan bersendirian mintalah bantuan dengan orang yang boleh di percayai..

Al-Qur'an adalah pengubat duka bagi semangat yang lemah.. Al-Qur'an kitab suci yang banyak mengandungi hikmah dan ubat mujarab kerana ianya adalah ayat yang di sampaikan oleh Allah buat hamba-hambaNya sebagai panduan dan meningkatkan motivasi.. 


Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 82. 
Mafhumnya, "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Qur'an, ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya..."


Beriman dan beramal dengan Al-Qur'an di samping kita sentiasa berzikir mengingati Allah sepanjang masa dalam apa jua yang kita lakukan.. agar hidup kita sentiasa di rahmati Allah s.w.t dan jiwa menjadi tenang.. Sematkan azam untuk mempelajari ma'ana isi kandungan Al-Qur'an.. Insha' Allah akan terbena semangat yang kuat di dalam diri.. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati usaha hamba-hambaNya yang senantiasa mencari keredhaanNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails