Pages


Friday, May 16, 2014

Hi bugs bunny... di mana rumah kamu? 3 Arnab comel sesat di halaman rumah...

Foto ku upload dari album fb/instagram.. adikku Norzie.... ngeeeee ... jangan marah akak share kat blog!!!


Petang Khamis 15 Mei, 2014... 3 ekor arnab comel.. tak tau dari mana dan siapa tuannya tetiba muncul bermain-main di halaman rumah kami... 

Mudah di dekati dan manja bila di belai.. Anak-anak saudaraku tersangatlah  happy dapat bermain dengan arnab-arnab ni..  

Bukan sahaja anak kecil, anak-anak gadis remajaku pun ikut cuit-cuit .. apatah lagi adik bongsuku emak budak pun join sama.. sambil snap gambar.. hehehe.  Dah lama tak main dengan arnab la tu!! (30 tahun lebih dulu pernah juga keluargaku memelihara beberapa ekor arnab yang di beri oleh majikan arwah Abah).

Nampaknya arnab seperti kelaparan.. jadi anak-anak saudaraku  hulurkan daun salad dan lobak sebagai hidangan mereka.... 

Hari dah malam tapi kelihatannya arnab masih berada di luar.. risau juga jika ianya jadi habuan anjing yang berkeliaran di waktu tengah malam atau biawak yang sedang mencari mangsa.. 

Kawasan persekitaran rumah kami luas dan tiada berpagar.. Di harap arnab-arnab ni pandai mencari tempat selamat untuk berlindung atau pandai mencari jalan pulang... 

Wednesday, May 14, 2014

Peti kayu Cedar koleksi kesayanganku.




Peti kayu ini di perbuat dari kayu Cedar yang harum baunya.  Keharumannya masih kekal sehingga kini. 

Peti kayu cedar ini ku perolehi  dari U.S Airforce Base Museum, Dayton Ohio, U.S.A pada tahun 1987 maknanya dah berusia lebih kurang 27 tahun.. (Mei, 2014).  


~ Koleksi kesayanganku - peti kayu cedar dan kepingan duit syiling dari luar negara dan juga syiling lama Malaysia. ~

Cuci Buah Pinggang dengan hanya RM 1.00

Jumpa petua ni di FB... Semoga hamba Allah yang kongsikan petua ini memperolehi keberkatan dari Allah s.w.t. .


Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang 


dalam proses biologi badan.

Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu berapa 

banyak jumlahnya.

Kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah 

sahaja. 

Tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu 

mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.


  



Caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP:


Cuci bersih,

- potong kecil-kecil , 

- masukkan ke dalam periuk , 

- masukan air bersih , 

- didihkan untuk sepuluh minit sahaja , 

- sejukkan , 

- tapis , 

- masukkan kedalam botol yang sesuai 

dan 

- disimpan dalam peti sejuk .



Amalkan meminumnya segelas sehari.   Insyaa-Allah anda 

akan rasa perubahannya.

Segala kandungan garam dan racun-racun akan di 

kumuhkan melalui air kencing. 

Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan 

pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dengan 

tumbuhan sayuran yang mudah di dapati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails