Foto ku upload dari album fb/instagram.. adikku Norzie.... ngeeeee ... jangan marah akak share kat blog!!!
Petang Khamis 15 Mei, 2014... 3 ekor arnab comel.. tak tau dari mana dan siapa tuannya tetiba muncul bermain-main di halaman rumah kami...
Mudah di dekati dan manja bila di belai.. Anak-anak saudaraku tersangatlah happy dapat bermain dengan arnab-arnab ni..
Bukan sahaja anak kecil, anak-anak gadis remajaku pun ikut cuit-cuit .. apatah lagi adik bongsuku emak budak pun join sama.. sambil snap gambar.. hehehe. Dah lama tak main dengan arnab la tu!! (30 tahun lebih dulu pernah juga keluargaku memelihara beberapa ekor arnab yang di beri oleh majikan arwah Abah).
Nampaknya arnab seperti kelaparan.. jadi anak-anak saudaraku hulurkan daun salad dan lobak sebagai hidangan mereka....
Hari dah malam tapi kelihatannya arnab masih berada di luar.. risau juga jika ianya jadi habuan anjing yang berkeliaran di waktu tengah malam atau biawak yang sedang mencari mangsa..
Kawasan persekitaran rumah kami luas dan tiada berpagar.. Di harap arnab-arnab ni pandai mencari tempat selamat untuk berlindung atau pandai mencari jalan pulang...
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Friday, May 16, 2014
Wednesday, May 14, 2014
Peti kayu Cedar koleksi kesayanganku.
Peti kayu ini di perbuat dari kayu Cedar yang harum baunya. Keharumannya masih kekal sehingga kini.
Peti kayu cedar ini ku perolehi dari U.S Airforce Base Museum, Dayton Ohio, U.S.A pada tahun 1987 maknanya dah berusia lebih kurang 27 tahun.. (Mei, 2014).
~ Koleksi kesayanganku - peti kayu cedar dan kepingan duit syiling dari luar negara dan juga syiling lama Malaysia. ~
Cuci Buah Pinggang dengan hanya RM 1.00
Jumpa petua ni di FB... Semoga hamba Allah yang kongsikan petua ini memperolehi keberkatan dari Allah s.w.t. .
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang
dalam proses biologi badan.
Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu berapa
banyak jumlahnya.
Kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah
sahaja.
Tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu
mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.
Caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP:
Cuci bersih,
- potong kecil-kecil ,
- masukkan ke dalam periuk ,
- masukan air bersih ,
- didihkan untuk sepuluh minit sahaja ,
- sejukkan ,
- tapis ,
- masukkan kedalam botol yang sesuai
dan
- disimpan dalam peti sejuk .
Amalkan meminumnya segelas sehari. Insyaa-Allah anda
akan rasa perubahannya.
Segala kandungan garam dan racun-racun akan di
kumuhkan melalui air kencing.
Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan
pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dengan
tumbuhan sayuran yang mudah di dapati.
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang
dalam proses biologi badan.
Kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu berapa
banyak jumlahnya.
Kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah
sahaja.
Tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu
mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.
Caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP:
Cuci bersih,
- potong kecil-kecil ,
- masukkan ke dalam periuk ,
- masukan air bersih ,
- didihkan untuk sepuluh minit sahaja ,
- sejukkan ,
- tapis ,
- masukkan kedalam botol yang sesuai
dan
- disimpan dalam peti sejuk .
Amalkan meminumnya segelas sehari. Insyaa-Allah anda
akan rasa perubahannya.
Segala kandungan garam dan racun-racun akan di
kumuhkan melalui air kencing.
Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan
pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dengan
tumbuhan sayuran yang mudah di dapati.
Subscribe to:
Posts (Atom)

