Pages


Wednesday, May 28, 2014

DO'A NABI S.A.W. UNTUK TERHINDAR DARI PENYAKIT NYANYUK




 Doa Nabi s.a.w. untuk terhindar dari penyakit nyanyuk 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud...."Dan Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa." (Q. Surah An-Nahl:16:70)

Dan firman Allah s.w.t. (Q. Surah Al-Hajj:22:5)


"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah."

Ayat-ayat ini menunjukkan penyakit nyanyuk berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.   Dengan itu kita diminta memohon dilindungkan dari penyakit ini, bahkan Nabi s.a.w. sendiri memohon berlindung dari-NYA.

# Seperti yang diriwayatkan dari Anas r.a., katanya Nabi s.a.w. sering berdoa:


"Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati."
( H.R Bukhari & Muslim. )

Tujuan kita berdoa ini, adalah untuk menghindari dari penyakit nyanyuk yang boleh menyebabkan kita kurang daya pemikiran, penglihatan dan kefahaman. Juga lemah dalam melakukan banyak ibadat dan meringan-ringankan sebahagian yang lain.

Terdapat ulama yang menggalakkan juga membanyakkan bacaan Al-Quran untuk menghindari dari penyakit ini. Kita memohon dari Allah SWT agar kita semua dilindungkan dari penyakit nyanyuk ini. 


Aamiin Allahumma Aamiin !

Kredit pemilik FB: "Aidah Yazid"

Thursday, May 22, 2014

Cara menggunakan pembalut plastik dan aluminum foil dengan mudah..

Siapa pernah buat kesilapan ini.. hehehehe!!!!!



Lihat video ni....... taraaaaaaaa... rupanya kita menggunakannya selama ini tanpa membaca arahan!!

"Asboleh je" ... asalkan boleh guna.. 

Tapi tu la... asyik nak kena pegang kotak tu ketat-ketat supaya roll pembalut aluminum atau pembalut plastik tak terkeluar dari kotak bila kita nak gunakan ...  

Kita sangka tepi lubang kiri kanan kotak pembalut aluminum atau pembalut plastik tu hanya di guna jika kita ada roller untuk sangkutkan kotak tersebut.. Eermmmm rupanya ada ke tak de benda tu, kita kena ikut arahan supaya tak jadi masalah bila nak menggunakan pembalut aluminum atau pembalut plastik dengan cara yang betul... seperti yang tertera di kiri kanan kotak - (press here to lock end)

Fungsinya untuk pengaliran udara bagi menstabilkan posisi bila kita tarik pembalut tersebut agar tidak berganjak dari dalam kotak....  eyh betul ke pendapat ni.. sains tak berapa nak reti sangat..  hmmm agak-agaklah kot!!! 

Berapa ramai agaknya pengguna yang tak tahu fungsi melubangkan kiri kanan kotak tersebut.. ?  Pengguna bijak sudah pasti tahu mengenainya.. seperti diri ku ni asal boleh buka yang atas dan boleh tarik dan guna tapi dengan kepayahan.. Walhal mudah je.. lalalalala!!!

Sekian dulu tips pengguna untuk kali ini... kot-kot bila merayau kat alamaya ni ada terjumpa lagi tips yang bermanafaat akan ku lekatkan kat koleksi blog ni.. 

Monday, May 19, 2014

MISI SEMURNI KASIH


Kuala Lumpur International Airport, Sepang (KLIA) : 
Ahad - 18 Mei, 2014 (18 Rejab, 1435H).

Setelah selesai menghadiri dua majlis walimah bersama suami di kejirananku, selepas solat zohor ku dengan di temankan dua puteriku Nabilah (driver) dan Syima (co-driver) bergegas ke KLIA.   (Suami tak ikut sama sebab ada tugasan menanti di petang hari..)

Kami bertiga tiba di KLIA lebih kurang pada jam 2.50 p.m.  

Kami menyusul untuk menemui adik bongsuku dan suami di KLIA sebelum beliau berangkat dalam penerbangan menuju destinasi ke Singapura.  (Walaupun kami tinggal satu kawasan mereka telah di hantar ke airport oleh abang Ngah lebih awal lagi..)

Sempatlah kami bersembang sehingga jam 3. 45 p.m sebelum mereka masuk ke balai berlepas.  Jadual penerbangan dengan pesawat MAS jam 4.30 p.m.




Alhamdulillah pesawat selamat mendarat di Changi Airport, Singapore,  jam 5.25 p.m.  




Kami iringi do'a semoga niat murni mu akan di makbulkan Allah s.w.t. dan segalanya di permudahkan dengan izin Allah jua.. Cekal dan tabah ya adikku sayang.. sayunya hatiku!!  Kami sayang mu duhai adik bongsuku..  Mulianya jiwa mu setulus hatimu begitu juga dengan ke redhaan dari suami mu..  

Semoga Allah melimpahkan rahmat kesejahteraan usia, keberkatan dalam kehidupan sebanyak mana pengorbanan mu dan kesabaran mu ... di kurniakan anugerah berlipat-lipat kali ganda banyaknya oleh Allah s.w.t.  

Ganjaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkorban:

Allah SWT menjanjikan ganjaran di dunia dan akhirat kepada mereka yang sanggup berkorban seperti firmanNya:


Mafhumnya;


 10.  Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


11.   Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


12.  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan yang besar.


13.  Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

surah as-Shaff : ayat 10 -13;




Firman ALLAH:


Mafhumnya;


39.  Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia- lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".


surah Saba’ : ayat 39;

sumber: http://suraualazhar.blogspot.com/2012/09/pengorbanan-dalam-perjuangan.html



WE LOVE YOU SO MUCH!!!


Sayup-sayup dari kejauhan ku melihat mereka melangkah kaki menuju ke gate 10..... dengan jutaan rahsia..............  Hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahui.. 

Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails