Pages

Tuesday, July 27, 2010

Menjejaki I-CITY lagi....!!!

Kali kedua menjejaki kaki di I-City, Shah Alam pada hari Jumaat malam Sabtu 23hb. Julai, 2010... sejak pertama kali pada Jumaat 23hb. April, 2010.. genap 3 bulan rupanya.. Dah berjanji pada kakak (Nabilah) yang tak pernah lagi ke sana kannn!! Jadi hari tersebut barulah dapat tunaikan janji selepas dinner di Restoran Taman Bunga Melor... (Catatan berkaitan I-City.. kunjungan pertama di sini.)


Meluangkan masa di hari tersebut cukup semua ahli keluarga ada bersama.. 'Ain balik dari Melaka petang tersebut, dan kakak pula telah habis pengajiannya ~ hampir 3 bulan menganggur dan baru memulakan kerja pada 14hb. Julai, yang lalu.. {tempat bekerja kakak (Nabilah) pun tak jauh dari rumah lebih kurang 3 minit dengan menunggang motorbike.. Alhamdulillah  dekatnya!!! }


Tak nak la komen apa-apa mengenai tempat ni.. hanya sekadar melihat lampu berwarna-warni.. dan adalah perbezaan dari kunjungan pertama dan kedua ni.. pengunjung pada malam tersebut tidaklah menyesakkan sangat tapi pada malam minggu suasananya berbeza penuh sesak dengan pengunjung dan kenderaan yang berpusu-pusu mencari tempat letak kereta..


Tempat letak kereta dah bertambah.. berbanding sebelumnya tempat letak kereta percuma tapi kedatangan kali ini sudah di kenakan caj.. sebanyak RM 1.00 pada weekday, Weekend ?? (tak perasan pulak berapa??).. Sejak bila dikenakan caj ni..eyhh?? Yalah kos elektrik dan pekerja yang kendalikan tempat tu pun perlu di ambil kira juga kann!!
Kami letak kereta di luar kawasan parkir... tak perlu bayar.. Abang (hubby) bilang exercise sikit...baru lepas makan elok buat berjalan... jauh gak menapak tu..



Beberapa bahagian lampu pula ada yang tidak bercahaya.. dan bahagian ala-ala salji dalam bangunan tu... di tutup buat sementara untuk penyelengaraan..


Sempena FIFA Worldcup bulan Jun/Julai lalu terdapat skrin besar di padang tersebut dan masih bersiaran channel Astro di situ.


Tapi sekiranya pokok-pokok tersebut nampak lebih natural kan lebih menarik yaaa!!! Mungkin dibuat sebegitu kerana ia melibatkan pendawaian elektrik jadi perlu bahan yang berunsur penebat.... kalau tidak bahaya juga tu.. sebab anak-anak kecil suka berlari-lari dan menarik-narik wayar jika tidak di kawal oleh orang dewasa...

Oleh kerana tempat ini telah mula menjadi perhatian pengunjung cadangan saya sekiranya ada pancuran air lebih menarik lagi kan.. dan dihiasi pula dengan bunga-bungaan juga batuan yang cantik-cantik...!!!  Hanya sekadar pandangan jer!!

Beberapa gambar yang sempat di klik..klik..!!! 










"Menanti buah yang tak gugur... hihihi!!!" 








Kakak (Nabilah) dengan pelbagai gaya (especially tangannya tu ehehe!!!)
... bersama adik-adiknya..

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

So nice gmbr2 tu semua Kak...nampak hidup! I-City? Tak pernah pegi...

Nora Asfa said...

Sis,
Terima kasih.. gambar dr. fotographer amatur jer..eheh!! ni pun sbb tinggal tak jauh dari tempat ni.. bila nak menuju ke Shah Alam memang biasa lalu tmpt ni.. Sis. tinggal dimana?

Mamamya said...

salam kak nor...

terima kasih yer kak...sudi dtg ziarah blog lia..
lia pun dah lama x jalan2 cni..dah b'ubah "langsir" umah kak nor ni...:)
seronok tgk ramai kawan2 dah pi ICT nie...t'ingin juga nak bawa anak2 ke sini...tp ntah bila la agaknya...

Nora Asfa said...

Wa'alaikumusalam..

Sama-sama kasih sis.Lia..
A'ah dah nak Ramadhan ni kan..
tukar "langsir" ke warna kehijauan dan kebiruan sikit.. ubah mood agar nampak cool ;)

InsyaAllah bila-bila sampai Lembah Klang nanti bolehlah singgah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails