Rabu... 7hb. Julai, 2010, 12.30 p.m.
Menziarahi kakak ipar, kak Ngah di Hospital Universiti, Kuala Lumpur bersama Che' Abang dan kak Utih (kakak ipar). Kak Ngah telah selamat menjalani operation membuang kanser rahang pada 3hb. Julai, 2010.. Sayu melihatnya apabila keadaannya yang tidak boleh bercakap dengan kesan jahitan yang begitu besar di bawah bibir dagu, leher hingga ketelinga.
Semasa tiba beliau sedang di rawat oleh doktor dan jururawat.. keadaannya dah semakin baik...juga dah boleh duduk di kerusi dan berjalan walaupun dalam keadaan masih lemah lagi..Kak Ngah tidak boleh berbicara lagi kerana keadaan mulutnya yang masih bengkak dan kesan jahitan yang begitu banyak. Hanya menjawab pertanyaan dengan menulis di atas kertas yang di sediakan oleh anak tunggalnya. Makanannya hanya susu di masukkan melalui tiub di hidung di beri setiap 3 jam sekali..
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Kami do'akan agar kakak tabah menghadapi ujian ini dan cekal jiwanya.. Semoga Allah sentiasa melindunginya agar cepat sembuh.
Khamis... 8hb. Julai, 2010.. 11.30 a.m.
Bawa Abah ke Klinik Kesihatan ... untuk rawatan rutin. Alhamdulillah berat badan Abah dah bertambah sedikit.. 46kg.. sebelum ni hanya 42kg.. dan tekanan darah (BP) dah mulai stabil. 126/58. Berbanding sebulan lalu (7hb. Jun, 2010) tekanan darah Abah amatlah rendah 80/42..
Rawatan sebelumnya (16.06 dan 30.06) di hospital mendapati tekanan darah masih rendah.. atas nasihat doktor Abah perlu banyak minum air kerana kurang air dalam badan.. Abah memang agak kurang suka minum air putih dan hanya minum air putih seteguk 2 sahaja dalam satu-satu masa.. Abah lebih suka minum susu, soya atau milo (minuman manis buah).
Appointment di hospital pula doktor menyarankan Abah untuk melalui rawatan kemoterapi bagi mengawal kanser yang telah merebak ke hati dan paru-paru.
Abah telah setuju atas saranan doktor... saya menjadi keliru bila mendengar pelbagai reaksi orang sekeliling mengenai kesan-kesan kemo ni nanti... Doktor memberitahu rawatan ini untuk kebaikan Abah juga..
"Ya Allah semoga Allah beri petunjuk dalam menghadapi situasi ini.."
Pada waktu petang 8hb. Julai, pula saya menerima panggilan dari klinik harian Hospital Tengku Ampuan Rahimah.. dan memberitahu appointment Abah seterusnya di Hospital Kuala Lumpur pada 5hb. Ogos, 2010. Berkenaan dengan rawatan kemoterapi. Harap Abah mempunyai kekuatan semangat untuk menjalani rawatan ini.. dan dapat melawan penyakit.
Jumaat 9hb. Julai, 2010, 2. 55 p.m.
Che' Abang menerima panggilan (ketika itu dalam kenderaan dalam perjalanan pulang mengambil saya di batu 8 - menyiapkan kerja di rumah customer) dari Abangnya.. Abang Uda memberitahu isterinya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir kerana penyakit barah yang di hidapinya sejak beberapa tahun lalu.. Innalillahi wa innailaihi roji'un. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh isteri Abang Uda. Al-Fatihah. Buat Abang Uda agar beliau tabah menghadapi kehilangan orang yang dikasihi.
Melihat dari turutan hari dalam diari minggu tersebut.. semuanya melibatkan penyakit barah...
Apa itu barah atau kanser?? Barah merupakan kumpulan penyakit terdiri dari 210 jenis penyakit. Sedia maklum barah adalah antara 10 penyebab kematian. Barah boleh di rawat tetapi tidak boleh di sembuhkan..
Dalam tubuh kita terdapat berjuta-juta sel.. Sel-sel inilah yang memainkan peranan dalam kehidupan. Allah menciptakan sesuatu cukup sifat-sifatnya dengan setiap sel memainkan fungsi masing-masing dan saling berkaitan. Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru, usus dan semua organ dalam tubuh badan manusia.. Kanser ni penyakit berkaitan dengan sel..
Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan. Dengan kekuasaan Allah tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul. Adakala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
Penyakit barah hanya boleh di beri ubat untuk mengurangkan kesakitan kerana barah dikatakan tidak boleh diubati atau di pulihkan jika lambat di kesan. Pemulihannya hanya boleh dilakukan jika kanser tersebut di kesan pada peringkat awal.
Pelbagai usaha dan kajian dilakukan untuk rawatan barah ini selain dari teknologi moden seperti rawatan radiotrapi dan kemoterapi yang sedia ada..
Mencegah itu lebih baik dari rawatan ...maka dari itu kita harus peka dengan menjaga cara pemakanan dan mengambil berat kesihatan. Kecergasan kita bergantung pada kesihatan diri.. Dengan tubuh badan yang sihat maka kita dapat menyempurnakan tugasan harian dan ibadah dengan lebih selesa dan tenang.
Herba jarum 7 bilah atau pereksia sacharosa
Terdapat tumbuh-tumbuhan tertentu seperti herba boleh mencegah penyakit kanser. Contohnya seperti tumbuhan jarum tujuh bilah atau nama saintifiknya.. pereksia sacharosa/saecnarosa.
Tumbuhan jarum tujuh bilah ini dikatakan dapat merawat kanser terutama kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan beberapa jenis kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakan,
1. Dengan memasukan lebih 2 helai daunnya ke dalam air panas dan di jadikan teh dan airnya di minum.
2. Daunnya di makan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari.
3. Cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya di minum.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
Ia juga elok bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit atau pendarahan seperti buasir.. InsyaAllah ia akan melancarkan saliran usus kerana daunnya yang agak berlendir itu memungkinkan faktor utama khasiat didalam kandungannya. (pandangan peribadi saya).
Saya akan mengunyah pucuk daun 7 bilah jarum ini bila menghadapi masalah sakit perut.. Alhamdulillah ia amat berkesan. Tetapi harus diingat antara 1-3 helai sahaja untuk sekali makan kerana makanan herba juga tidak boleh melebihi dos.
Ketika kita menghadapi sakit kita harus redha atas ketentuan Allah kerana disebalik setiap penyakit itu ada hikmah tertentu yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Namun begitu kita harus berikhtiar untuk mencari penawarnya disamping berdo'a kehadrat Allah SWT mohon kesembuhan... Kita harus bersangka baik kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan.
Sebagaimana Nabi Ayub a.s berdo'a dan merayu kepada TuhanNya dalam Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ |
Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Al-Anbiya' :83)
Lalu telah datang suatu berita gembira melalui firman Allah SWT di dalam menghapuskan penyakitnya:
فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرٍّ۬
Maka Kami perkenankan do'a permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya. (Al-Anbiya': 84)
Ketika mana datang kepada kita penyakit, maka tiada seseorang pun yang boleh menyembuhkannya melainkan Tuhan Semesta Alam. Itulah Tuhan kita Allah azzawajalla.
Firman Allah SWT:
ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَہۡدِينِ
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78) Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79) Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakit: (80) (Al-Shuara: 78-80)
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, mafhumnya:
"Dan apabila hamba-hambaKU bertanyakan engkau (Wahai Muhammad SAW) tentangKU, (maka jawablah) sesungguhnya AKU ini hampir, AKU menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKU apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKU) dan beriman kepadaKU mudah-mudahan mereka selalu berada di atas pentunjuk."
MAKLUMAT BARU YANG SAYA JUMPA: Durian Belanda adalah penawar kanser???- ikuti artikel ini di sini-
Sumber rujukan:
http://puteri40.tripod.com/kanser.htm
http://dun-maharani.blogspot.com/2009/11/doa-penyembuh-penyakit-setiap-penyakit.html
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=24
2 comments:
Semoga Abah dapat pulih seperti sediakala. Tiada yg mustahil. Allah Maha Penyembuh segala penyakit. Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Semoga Abah diberi kecekalan dan ketabahan hati dalam menghadapi apa yg dilaluinya. Sememangnya Abah seorang yg sangat cekal, tabah dan sabar serta sentiasa saja dalam keadaan tenang. Semangat Abah memang kuat. Sama-samalah kita berdoa agar Abah bertambah sihat dari sehari ke sehari. Amiin.
Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT.
Amiin.
Post a Comment