Pages

Wednesday, November 2, 2011

Rezeki di bulan Oktober - Alhamdulillah!! Terima kasih Puspel, SYABAS! (2)



Alhamdulillah tiba hari yang dinanti-nantikan.. Sabtu, 29hb. Oktober, 2011 kami menghadirkan diri di majlis penyampaian hadiah "Pelanggan Prihatin Syabas" bertempat di Tesco, Seksyen 13, Shah Alam.  

Seramai 15 orang telah terpilih diantara 'pelanggan prihatin Syabas'  pemenang bertuah untuk bulan Julai, Ogos dan September, dari hampir setengah juta pemanggil yang membuat aduan ke Puspel, Syabas bagi kerosakan paip pecah atau paip bocor dari Januari hingga September, 2011.. di kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra Jaya. 

Setiap bulan seramai 5 orang pelanggan terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah ini.  Acara diadakan setiap 3 bulan sekali.. Sememangnya rata-rata ramai yang membuat aduan tidak terfikirkan akan memperolehi ganjaran.. tetapi lebih kepada tanggungjawab mengelakkan pembaziran air.  

Berikut adalah antara berita mengenai majlis tersebut dimana pihak media turut dijemput hadir..

PUSPEL terima hampir setengah juta aduan sehingga September

SHAH ALAM: Talian pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL) Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menerima hampir setengah juta panggilan berhubung pelbagai aduan berkenaan perkhidmatan air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga September lepas.

Pengarah Eksekutif Bahagian Projek dan Air Tanpa Hasil (NRW) Yusof Badawi berkata, sejumlah 425,190 panggilan direkodkan di mana 164,786 daripadanya berjaya ditangani oleh pihak SYABAS sebaik menerima laporan.

Beliau berkata, antara laporan yang diterima daripada pengguna ialah berkaitan kes paip pecah, paip bocor dan kualiti air menerusi talian PUSPEL 1800-88-5252 yang beroperasi 24 jam sepanjang tahun. — Bernama
“Keprihatinan pengguna menerusi panggilan yang dibuat juga turut membantu menurunkan kadar NRW di tiga negeri selain beberapa program lain yang dijalankan oleh SYABAS termasuk penggantian paip perhubungan dan pemantauan paip pecah secara berterusan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah pelanggan prihatin SYABAS di sini semalam.

Yusof berkata, sehingga kini kadar NRW di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur menurun kepada kira-kira 32.4 peratus di mana ia sejajar dengan sasaran SYABAS untuk menurunkan kadar NRW daripada 42.78 peratus pada 1 Jan 2005 kepada 15 peratus pada 31 Dis 2015.

Terdahulu seramai 15 pelanggan prihatin SYABAS menerima hadiah masing-masing seperti televisyen Plasma 43 inci, televisyen LCD 22 inci, set sistem teater rumah, pemain DVD dan ketuhar gelombang mikro.
Bagi dua pemenang iatu M. Singgama dan R. Subramaniam masing-masing yang membuat laporan berkenaan kejadian paip pecah dan gangguan bekalan air di Banting dan Setapak tidak menduga terpilih sebagai pemenang pelanggan prihatin.

Singgama yang memenangi televisyen LCD dan Subramaniam pula membawa pulang ketuhar gelombang mikro menganggap kemenangan itu sebagai hadiah sempena sambutan Hari Deepavali. — Bernama


Majlis sedang berlangsung, pengumuman untuk peraduan mewarna bagi kanak-kanak.. (kami tiba penyampaian hadiah hampir bermula rupanya..)




Di meja pendaftaran tetamu jemputan.. dapat souvenir lagi.. kedatangan tetamu di alu-alukan dengan mesra sekali.. anda sungguh peramah!!  Terima kasih buat semua kakitangan Syabas... :)


Barangan hadiah elektrik sedang menanti empunya yang bertuah...


5 pemenang untuk pelanggan bertuah bagi bulan Julai, 2011. Hadiah pertama - Plasma TV 43", kedua- Home Theater, ketiga - LCD TV 24", keempat - DVD player, kelima - microwave oven.. 

 Giliran 5 penerima hadiah bagi pelanggan bertuah untuk bulan Ogos pula... Che' Abang (bertopi) peserta kelima mencabut undi.. tersengih-sengih atas pentas tu.. !! Apalah rezeki cabutan tersebut ya? 
        
Yeaaaa.. taraaa.. hadiahnya ialah Plasma TV 43"... tak sangka dapat hadiah pertama... Syukur Alhamdulillah!!  Paling unik di majlis ni... tiga orang peserta setiap kategori membuat cabutan kelima memenangi hadiah pertama... ngeeee!!!

 Pemenang bertuah untuk bulan Ogos..


Diantara 15 pelanggan bertuah bergambar kenangan bersama pegawai Puspel-Syabas... Terima kasih diatas penghargaan ini.. 


Frame penghargaan bersama poster hadiah yang bakal di terima..


Kami di raikan dengan jamuan makan tengahari pula... "kita makan dulu".. hidangan nasi ayam, popia, udang bersalut tepung dan minuman sejuk.  Jamuan di Restoran Hailam Kopitiam.



Pemenang bertuah bersama keluarga masing-masing sedang menikmati hidangan yang di sediakan..


Petugas Syabas memberikan khidmat terbaik... syabas!!! 


Setiba di rumah.. Berat sama di pikul ....

Ini dia.. 


Souvenir dari Syabas

I like... 

  Keratan akhbar Sinar Harian Ahad, 30 Oktober, 2011

Rezeki di bulan Oktober..  sebelum ini pada 19 Oktober, 2011 juga Che' Abang telah mendapat hadiah cabutan bertuah.. dari pada jiran terdekat kami, stesyen minyak Petronas berupa barangan elektrik  (sterika) - sebenarnya kami tidak menyangka ada hadiah untuk kami hingga di beritahu kemudian.. Alhamdulillah!
Terima kasih Puan Zuraidah, Pengurus Petronas Batu 6    :)

2 comments:

Sal said...

Waaahhhhh, bestnyeeeeee!!!! Syabas dan tahniah kpd Jalil dan Raha sekeluarga kerana menjadi pemenang pertama! Inilah yg dinamakan rezeki! Alhamdulillah... :)

Nora Asfa said...

Terima kasih kak Sal.. yalah kak Sal, rezeki yang tak disangka.. Alhamdulillah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails