Seramai 15 orang telah terpilih diantara 'pelanggan prihatin Syabas' pemenang bertuah untuk bulan Julai, Ogos dan September, dari hampir setengah juta pemanggil yang membuat aduan ke Puspel, Syabas bagi kerosakan paip pecah atau paip bocor dari Januari hingga September, 2011.. di kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra Jaya.
Setiap bulan seramai 5 orang pelanggan terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah ini. Acara diadakan setiap 3 bulan sekali.. Sememangnya rata-rata ramai yang membuat aduan tidak terfikirkan akan memperolehi ganjaran.. tetapi lebih kepada tanggungjawab mengelakkan pembaziran air.
Berikut adalah antara berita mengenai majlis tersebut dimana pihak media turut dijemput hadir..
PUSPEL terima hampir setengah juta aduan sehingga September
Majlis sedang berlangsung, pengumuman untuk peraduan mewarna bagi kanak-kanak.. (kami tiba penyampaian hadiah hampir bermula rupanya..)
Di meja pendaftaran tetamu jemputan.. dapat souvenir lagi.. kedatangan tetamu di alu-alukan dengan mesra sekali.. anda sungguh peramah!! Terima kasih buat semua kakitangan Syabas... :)
Barangan hadiah elektrik sedang menanti empunya yang bertuah...
5 pemenang untuk pelanggan bertuah bagi bulan Julai, 2011. Hadiah pertama - Plasma TV 43", kedua- Home Theater, ketiga - LCD TV 24", keempat - DVD player, kelima - microwave oven..
Giliran 5 penerima hadiah bagi pelanggan bertuah untuk bulan Ogos pula... Che' Abang (bertopi) peserta kelima mencabut undi.. tersengih-sengih atas pentas tu.. !! Apalah rezeki cabutan tersebut ya?
Yeaaaa.. taraaa.. hadiahnya ialah Plasma TV 43"... tak sangka dapat hadiah pertama... Syukur Alhamdulillah!! Paling unik di majlis ni... tiga orang peserta setiap kategori membuat cabutan kelima memenangi hadiah pertama... ngeeee!!!
Pemenang bertuah untuk bulan Ogos..
Diantara 15 pelanggan bertuah bergambar kenangan bersama pegawai Puspel-Syabas... Terima kasih diatas penghargaan ini..
Frame penghargaan bersama poster hadiah yang bakal di terima..
Kami di raikan dengan jamuan makan tengahari pula... "kita makan dulu".. hidangan nasi ayam, popia, udang bersalut tepung dan minuman sejuk. Jamuan di Restoran Hailam Kopitiam.
Pemenang bertuah bersama keluarga masing-masing sedang menikmati hidangan yang di sediakan..
Petugas Syabas memberikan khidmat terbaik... syabas!!!
Setiba di rumah.. Berat sama di pikul ....
Ini dia..
Souvenir dari Syabas
I like...
Keratan akhbar Sinar Harian Ahad, 30 Oktober, 2011
Rezeki di bulan Oktober.. sebelum ini pada 19 Oktober, 2011 juga Che' Abang telah mendapat hadiah cabutan bertuah.. dari pada jiran terdekat kami, stesyen minyak Petronas berupa barangan elektrik (sterika) - sebenarnya kami tidak menyangka ada hadiah untuk kami hingga di beritahu kemudian.. Alhamdulillah!
Terima kasih Puan Zuraidah, Pengurus Petronas Batu 6 :)
2 comments:
Waaahhhhh, bestnyeeeeee!!!! Syabas dan tahniah kpd Jalil dan Raha sekeluarga kerana menjadi pemenang pertama! Inilah yg dinamakan rezeki! Alhamdulillah... :)
Terima kasih kak Sal.. yalah kak Sal, rezeki yang tak disangka.. Alhamdulillah :)
Post a Comment