Bersama Hubby tersayang Di dampingi suami tercinta kami amat bahagia di kurniakan Allah swt , 5 orang permata hati.. 4 puteri dan "the only prince" si bongsu Muhammad Firdaus. Kakak ~ Nabilah 'Izzati (20 tahun ~15 Sept. 2010) walaupun anak sulung.. tapi amat la manja, berperwatakan agak lembut. Penuntut di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dalam pengajian IT (sijil) dan akan mengakhiri pengajiannya bulan Mei, 2010. Bila balik cuti tugasnya mengambil dan menghantar adik ke sekolah. Anak ke dua ~ Nurul 'Ain (19 tahun ~ 25 Sept., 2010) tegas, manja, berkeyakinan, pantang nampak bantal (hehehe~ sorry 'Ain), Memegang jawatan co-driver Abah. Menuntut di UiTM, Melaka dalam pengajian Perakaunan (diploma). Baru menduduki semester pertama... (selepas selesai mengikuti kursus Pra. Perdagangan di UiTM, Jengka, Pahang sessi Julai 2009) long way to go. Mengadu pelajaran agak susah... ''itu la namanya belajar Nak.. susah tu la perlu di pelajari.'' Ummi dia memang boleh cakap je.. beri nasihat.. cuba buat sendiri.. huhuhu!! Hope she can do it. Anak ke tiga ~ Nurul Hannah (16 tahun ~ 12 March, 2010) manja, berjiwa agak sensitif.., suka membaca novel.. berenang adalah minatnya Pelajar di tingkatan 4. Suka mencuba resepi masakan.. sekali sekala bila datang mood rajin dia.. :) Anak ke empat ~ Nurhasyimah (14 tahun ~ 16 Januari, 2010) manja, agak lasak, suka berenang, aktif bersukan masa di sekolah rendah tapi sejak bersekolah menengah dah mula kurang aktif... Boleh la di harap untuk tolong Abah buat kerja sebab karakter dia yang lasak. Pelajar di tingkatan 2. Anak ke lima ~ Muhammad Firdaus (12 tahun ~ 28 April, 2010) tegas, boleh tahan garangnya.. huhuh!! Hero seorang la katakan kena la ada ciri-ciri berani dan pantang di cabar.. Walaupun begitu bersifat penyayang dan manja la juga.. Agak rajin tolong Abah bila di minta berbuat demikian... Suka bermain bola sepak dan futsal.. Masih bersekolah rendah di tahun 6. Mereka ni adik beradik bila berkumpul memang riuh rendah suasana dengan sakat menyakat, bertekak, gelaktawa, dan bila kala berjauhan dengan 2 orang kakak, adik-adik pulak amat lah terasa sunyi. Mulalah masing-masing rindu-rinduan.. dah menjadi resam manusia.. begitulah adatnya. Do'a Ummi dan Abah agar kesemua anak-anak di lindungi Allah dalam kesejahteraan, pandai jaga diri dan tekun berusaha.. Semoga kesemuanya menjadi insan yang Soleh, Solehah, mempunyai sikap bertanggungjawab serta saling bantu membantu antara satu sama lain agar memperolehi kehidupan yang lebih baik di masa depan berbahagia hidup di Dunia dan di Akhirat. "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110) "Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'a kami. Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti." (Surah Ibrahim: 40-41) |
My beloved family
1 comment:
Salam,
Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.
Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/
atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation
TQVM
-zu-
Post a Comment