Pages


Sunday, May 9, 2010

Susah Senang Bekerja Sendiri

Bekerja adalah tanggungjawab..
Setiap hasil dari titik peluh yang mengalir itu adalah ibadah.

 Ku sentiasa memohon pada Illahi
semoga di kurniakan kesejahteraan, 
sihat tubuh badan, 
di permudahkan segala urusan buat Suami tersayang
diatas segala jerih payahnya berkorban, 
mengerah tulang empat keratnya, 
bersusah payah meredah hujan dan panas demi keluarga.. 
dan nasihat darinya jangan sesekali lupakan Kurniaan Allah yang amat besar, 
sentiasa bersyukur atas apa jua yang di beri Allah paling utama yang sentiasa di ulang-ulang peringatannya pada ahli keluarga ialah jaga waktu solat pada awal waktu,
Besar sungguh pengorbananmu duhai Suamiku.
  Ya Allah peliharalah ia, 
dan berikanlah keselamatan ke atas dirinya..  
Semoga kehidupan kami sekeluarga 
di berkati dengan rezeki yang halal dan sentiasa
di bawah Rahmat dan lindungan Mu Ya Allah. Amiin.

Ada masa pasang, ada masa surut... begitulah situasi bekerja sendiri ibarat air pasang surut.. kerana adakala projek datang kencang adakala lembab... Bijak menyusun belanjawan adalah penting kerana berniaga sendiri ini tidak tetap pendapatannya. Lebih-lebih lagi berniaga kecil-kecilan.. 

Bila melibatkan kerja sendiri perhatian utama adalah servis yang di lakukan perlu baik dan menepati masa itu penting.
Komunikasi dengan pelanggan juga perlu di ambil kira...

Berbeza dengan makan gaji.. untung rugi... pekerja tetap bergaji.. Manakala bila berniaga sendiri untung rugi...keutamaan di sini gaji pekerja dan tanggungan perlu di dahulukan, "sendiri punya poket belakang kira..."  Tulang belakang utama dalam perniagaan ini adalah sokongan keluarga terutama isteri atau suami kerana bantuan dan nasihat juga pandangan dari isteri atau suami amat saling perlu memerlukan.




Persaingan dalam perniagaan terutamanya perlu di hadapi dengan cara yang sihat tanpa perlu bersifat irihati dan berdendam.. jika perniagaan itu di cabang yang sama elok berpakat dan saling bekerjasama... "Muafakat membawa berkat".. Ikhlas, Amanah, Jujur dan dedikasi.. Inilah jalinan yang paling akrab untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang di ceburi..


Menceburi bidang perniagaan juga membina keYakinan yang kuat  dan hati sentiasa dekat pada Allah SWT ... apa jua yang kita lakukan hanya kerana Allah... kerana punca rezeki datangnya dari Allah.. samada untung atau rugi itu perlu di lalui dengan tenang dan sabar.  Disinilah letaknya perjuangan dan ketahanan jiwa menghadapi rintangan serta ujian.. tidak boleh beralah dan jangan sesekali menyalahkan takdir... Sikap bersangka baik perlu.  Do'a adalah senjata paling utama dan sifat syukur sentiasa perlu ada pada setiap peniaga.

Jangan terlalu leka dengan kesenangan kerana ia hanya pinjaman sahaja.  Apa jua yang kita perolehi perlu di kongsi dan rajin bersedekah. Supaya hati kita bersih dari sikap tamak dan haloba.  Kerana rezeki yang kita perolehi bukan untuk kita sahaja di sebaliknya ada hak untuk orang yang memerlukan juga. Bila senang ingat di waktu susah, bila susah berusaha lebih kuat lagi.. disinilah letaknya keyakinan dan kekentalan menghadapi dan mencari jalan untuk mengatasinya.. Usaha, Do'a dan Tawakkal, sentiasa bersyukur samada senang atau susah...Allah adalah pemilik segala-galanya.. kita hanya hambaNya yang perlu bertanggungjawab atas apa juga perbuatan kerana di sana kelak .. Allah akan pertimbangkan amal ibadah yang kita kerjakan.

Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!




2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

syahdu membaca doa utk suami yg awk tulis ni... thanks follow..dh follow awk juga Rahah..

Nora Asfa said...

Terima kasih Miss Mirror. :)

Salam perkenalan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails