Pages


Friday, July 30, 2010

YANG KU SAYANG (HAPPY BIRTHDAY )


 Mahalnya senyuman mu... 
(susah nak senyum bila di ambil gambar .. ni antara foto candid yang di rakam oleh anakku..)


Buat suami tercinta ,
Raut wajahmu ku tatap ku renung sedalamnya,
cinta kudusmu terasa sungguh syahdu menusuk kalbu,
sebak meruntun di jiwa melihatkan pancaran nur kasihmu terpantul abadi hanya untukku.

Suamiku ,
Hari-hari yang kita lalui bersama tidak ternilai harganya kesabaran, keikhlasan, kecekalan, ketaatan pada Yang Khaliq,
mengharungi dunia yang penuh cabaran ini kau hadapi dengan tenang dan tabah.


Oh suami ku , 
Setiap bait katamu nasihat yang tak putus bak mutiara yang sentiasa digilap bercahaya menyinari ruang tamu hati ini mengisi di waktu lesu pemberi semangat di kala resah..

Suami ku ,
Ke hadrat Mu Illahi Aku menadah tangan berdo'a.. Sujud sembah kepangkuan Mu Ya Allah! Tanda syukur kepada Mu Ya Allah! Dengan kekuasaan Mu mempertemukan aku dengan insan mulia ini bernama SUAMI.

Duhai Suami yang di kasihi ,  
Di hari yang mulia ini ku utuskan ucapan "Selamat Hari Lahir ke 46" Semoga Allah menambah iman, kesejahteraan, kekalkan kebahagiaan kita sekeluarga Keberkatan rezeki ~ Hidup harmoni Bahagia di DUNIA dan di AKHIRAT




Happy Birthday My Dear Beloved Husband  
I LOVE, LOVE, LOVE, LOVE, LOVE HIM!
MY HUSBAND is the best man in the world.
HE  is so good to me and he treats me like an angel.
HE has been supportive of me and been a best friend to be for a long time.
HE  is always love his childrens, caring, loving
and everythings.  
Our marriage is truly one of a kind and i wouldn't change anything!!!
THANK YOU FOR BEING YOU! I LOVE YOU
THANK YOU FOR EVERYTHING WE SHARE.
A HAPPY COUPLE, A HAPPY MARRIAGE, A HAPPY HOME!! 
I LOVE YOU AND LOVE YOU AND LOVE YOU ..~~~infinite YOU ARE MY EVERYTHING IN MY LIFE!!










Thursday, July 29, 2010

Kad Pengenalan Diri.. (MyKad my hero)

Olo-lo heroku ini tersenyum ambil foto MyKad... (sekadar fokus gambar wajahnya)
catatan: Daftar di Pejabat Pendaftaran Klang bersama Abahnya 
Tarikh: 28.04.2010
(Pergi bersama-samaUmmi tapi Ummi menemankan Atok ~appointment di HTAR Klang.)
Tarikh siap kad: Sebulan kemudian...

Genap sudah umur 12 tahun heroku seorang ni.. pada 28hb. April, 2010 yang lalu.   Bila dah cecah usia 12 tahun setiap penduduk warga Malaysia wajib mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan diri ni untuk kemudahan pelbagai urusan kelak.. jika tak de MyKad ni susah dibuatnya.. di cap PATI (pendatang tanpa izin) pulak!! Bukan parti-parti politik yang ada kat Malaysia ni tau...


Sekarang ni baby yang baru lahir pun dah ada kad yang di panggil MyKid.. Butir-butir disini.. zaman dah berubah kann .. dulu sekadar sijil kelahiran je.. tapi sijil kelahiran ni perlu disimpan elok-elok kerana itu bukti penting kelahiran.

Zaman kita dulu, kad pengenalan plastik sungguh tahan lasak.. yang ada cap jari di kiri kanan tu.. siapa yang lahir di zaman 1900'an hingga 1970 an pernah memilikinya kann..saya lebih suka kad yang itu... mungkin anak-anak zaman ni dah tak de peluang nak tenguk kad-kad pengenalan yang dahulu sebab semua kad pengenalan lama di serah kembali kepada Jabatan Pendaftaran untuk pelupusan.. tak boleh di jadikan sentimental value.. oleh pemegangnya. 


Pada mulanya cuba search di internet ni tak jumpa foto contoh IC lama?? Beberapa minit kemudian.......


Akhirnya saya jumpa juga sejarah bermulanya kad pengenalan diri di tanah air kita ini di sini (sebagai rujukan)

Kad Pengenalan Plastik Pertama Bernombor 0000001 Dimiliki Oleh Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman


























Tuesday, July 27, 2010

Menjejaki I-CITY lagi....!!!

Kali kedua menjejaki kaki di I-City, Shah Alam pada hari Jumaat malam Sabtu 23hb. Julai, 2010... sejak pertama kali pada Jumaat 23hb. April, 2010.. genap 3 bulan rupanya.. Dah berjanji pada kakak (Nabilah) yang tak pernah lagi ke sana kannn!! Jadi hari tersebut barulah dapat tunaikan janji selepas dinner di Restoran Taman Bunga Melor... (Catatan berkaitan I-City.. kunjungan pertama di sini.)


Meluangkan masa di hari tersebut cukup semua ahli keluarga ada bersama.. 'Ain balik dari Melaka petang tersebut, dan kakak pula telah habis pengajiannya ~ hampir 3 bulan menganggur dan baru memulakan kerja pada 14hb. Julai, yang lalu.. {tempat bekerja kakak (Nabilah) pun tak jauh dari rumah lebih kurang 3 minit dengan menunggang motorbike.. Alhamdulillah  dekatnya!!! }


Tak nak la komen apa-apa mengenai tempat ni.. hanya sekadar melihat lampu berwarna-warni.. dan adalah perbezaan dari kunjungan pertama dan kedua ni.. pengunjung pada malam tersebut tidaklah menyesakkan sangat tapi pada malam minggu suasananya berbeza penuh sesak dengan pengunjung dan kenderaan yang berpusu-pusu mencari tempat letak kereta..


Tempat letak kereta dah bertambah.. berbanding sebelumnya tempat letak kereta percuma tapi kedatangan kali ini sudah di kenakan caj.. sebanyak RM 1.00 pada weekday, Weekend ?? (tak perasan pulak berapa??).. Sejak bila dikenakan caj ni..eyhh?? Yalah kos elektrik dan pekerja yang kendalikan tempat tu pun perlu di ambil kira juga kann!!
Kami letak kereta di luar kawasan parkir... tak perlu bayar.. Abang (hubby) bilang exercise sikit...baru lepas makan elok buat berjalan... jauh gak menapak tu..



Beberapa bahagian lampu pula ada yang tidak bercahaya.. dan bahagian ala-ala salji dalam bangunan tu... di tutup buat sementara untuk penyelengaraan..


Sempena FIFA Worldcup bulan Jun/Julai lalu terdapat skrin besar di padang tersebut dan masih bersiaran channel Astro di situ.


Tapi sekiranya pokok-pokok tersebut nampak lebih natural kan lebih menarik yaaa!!! Mungkin dibuat sebegitu kerana ia melibatkan pendawaian elektrik jadi perlu bahan yang berunsur penebat.... kalau tidak bahaya juga tu.. sebab anak-anak kecil suka berlari-lari dan menarik-narik wayar jika tidak di kawal oleh orang dewasa...

Oleh kerana tempat ini telah mula menjadi perhatian pengunjung cadangan saya sekiranya ada pancuran air lebih menarik lagi kan.. dan dihiasi pula dengan bunga-bungaan juga batuan yang cantik-cantik...!!!  Hanya sekadar pandangan jer!!

Beberapa gambar yang sempat di klik..klik..!!! 










"Menanti buah yang tak gugur... hihihi!!!" 








Kakak (Nabilah) dengan pelbagai gaya (especially tangannya tu ehehe!!!)
... bersama adik-adiknya..

Saturday, July 24, 2010

Gegaran gempa di Sumut, (Sumatera Utara)~ magnitude 6.0 skala richter!!

 


Salam sejahtera...


Jam 10.11 a.m, (waktu Malaysia) Sabtu 24 Julai, 2010, ketikaku sedang duduk menaip di komputer ni.. tetiba terasa seperti dibuai-buai perlahan.. dan sebotol air di atas meja ni berkocak... Ku mengagak ni tentu ada gegaran gempa yang berlaku di sekitar negara jiran.. Ku search di Google dan mendapat maklumat di sini.


Gempa Terkini




Terjadi padaLokasiMagnitudeKedalamanPotensi Tsunami
24-Jul-10
09:11:24 WIB
1.02 LU - 99.50 BT10 Kmtidak berpotensi TSUNAMI
Pusat gempa berada pada
18 km BaratLaut PANYABUNGAN-SUMUT , 45 km Tenggara PADANGSIDEMPUAN-SUMUT , 113 km Tenggara SIBOLGA-SUMUT , 123 km BaratLaut LUBUKSIKAPING-SUMBAR , 1140 km BaratLaut JAKARTA-INDONESIA
 
Semoga Allah melindungi penduduk di kawasan tersebut. Melihat dari jadual tersebut terlalu kerap berlaku pergerakan gempa ni ya.. Ya Allah semoga Allah sentiasa melindungi Hamba-hambaNya dari berlaku sebarang bencana yang menakutkan...

Sunday, July 18, 2010

MANNERS



 "Do you know what is better than charity and fasting and prayer?  It is keeping peace and good relations between people, as quarrels and bad feelings destroy mankind."

LOVE


"You will not enter paradise until you have faith; and you will not complete your faith till you love one another."

Kasih sayang orang yang memberi salam




"Tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan tidak beriman sehinggalah kamu saling berkasih sayang, mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara  yang apabila di lakukannya, kamu akan saling berkasih sayang.  SEBARKANLAH   SALAM   DI KALANGAN   KAMU."

~(HADITH RIWAYAT  MUSLIM)~

Friday, July 16, 2010

D Next Blog - NAK DENGAR /TONTON CHANNEL TV INTERNET??? Ada beberapa pilihan Channel di sini..

Saya tidak memihak pada mana-mana fahaman politik.. sekadar mendengar dan melihat... sebagai rakyat saya menghormati pemimpin. 

(Menghormati pemimpin yang adil dan patuh pada ajaran ALLAH SWT dan SUNNAH RASULULLAH S.A.W.)



Wednesday, July 14, 2010

Apakah penawar penyakit KANSER / BARAH?


Rabu... 7hb. Julai, 2010, 12.30 p.m.

Menziarahi kakak ipar, kak Ngah di Hospital Universiti, Kuala Lumpur bersama Che' Abang dan kak Utih (kakak ipar).  Kak Ngah telah selamat menjalani operation membuang kanser rahang pada 3hb. Julai, 2010.. Sayu melihatnya apabila keadaannya yang tidak boleh bercakap dengan kesan jahitan yang begitu besar di bawah bibir dagu, leher hingga ketelinga.

Semasa tiba beliau sedang di rawat oleh doktor dan jururawat.. keadaannya dah semakin baik...juga dah boleh duduk di kerusi dan berjalan walaupun dalam keadaan masih lemah lagi..Kak Ngah tidak boleh berbicara lagi kerana keadaan mulutnya yang masih bengkak dan kesan jahitan yang begitu banyak.  Hanya menjawab pertanyaan dengan menulis di atas kertas yang di sediakan oleh anak tunggalnya. Makanannya hanya susu di masukkan melalui tiub di hidung  di beri setiap 3 jam sekali.. 
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Kami do'akan agar kakak tabah menghadapi ujian ini dan cekal jiwanya.. Semoga Allah sentiasa melindunginya agar cepat sembuh.



Khamis... 8hb. Julai, 2010.. 11.30 a.m.


Bawa Abah ke Klinik Kesihatan ... untuk rawatan rutin. Alhamdulillah berat badan Abah dah bertambah sedikit.. 46kg.. sebelum ni hanya 42kg.. dan tekanan darah (BP) dah mulai stabil.  126/58.  Berbanding sebulan lalu (7hb. Jun, 2010) tekanan darah  Abah amatlah rendah  80/42.. 

Rawatan sebelumnya (16.06 dan 30.06) di hospital mendapati tekanan darah masih rendah.. atas nasihat doktor Abah perlu banyak minum air kerana kurang air dalam badan.. Abah memang agak kurang suka minum air putih dan hanya minum air putih seteguk 2 sahaja dalam satu-satu masa.. Abah lebih suka minum susu, soya atau milo (minuman manis buah).  

Appointment di hospital pula doktor menyarankan Abah untuk melalui rawatan kemoterapi bagi mengawal kanser yang telah merebak ke hati dan paru-paru. 
Abah telah setuju atas saranan doktor... saya menjadi keliru bila mendengar pelbagai reaksi orang sekeliling mengenai kesan-kesan kemo ni nanti... Doktor memberitahu rawatan ini untuk kebaikan Abah juga..
"Ya Allah semoga Allah beri petunjuk dalam menghadapi situasi ini.."


Pada waktu petang 8hb. Julai, pula saya menerima panggilan dari klinik harian Hospital Tengku Ampuan Rahimah.. dan memberitahu appointment Abah seterusnya di Hospital Kuala Lumpur pada 5hb. Ogos, 2010. Berkenaan dengan rawatan kemoterapi.  Harap Abah mempunyai kekuatan semangat untuk menjalani rawatan ini.. dan dapat melawan penyakit.

Jumaat 9hb. Julai, 2010, 2. 55 p.m.

Che' Abang menerima panggilan (ketika itu dalam kenderaan dalam perjalanan pulang mengambil saya di batu 8 - menyiapkan kerja di rumah customer) dari Abangnya.. Abang Uda memberitahu isterinya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir kerana penyakit barah yang di hidapinya sejak beberapa tahun lalu.. Innalillahi wa innailaihi roji'un.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh isteri Abang Uda. Al-Fatihah. Buat Abang Uda agar beliau tabah menghadapi kehilangan orang yang dikasihi.



Melihat dari turutan hari dalam diari minggu tersebut.. semuanya melibatkan penyakit barah...

Apa itu barah atau kanser??  Barah merupakan kumpulan penyakit terdiri dari 210 jenis penyakit.  Sedia maklum barah adalah antara 10 penyebab kematian. Barah boleh di rawat tetapi tidak boleh di sembuhkan..  

Dalam tubuh kita terdapat berjuta-juta sel.. Sel-sel inilah yang memainkan peranan dalam kehidupan. Allah menciptakan sesuatu cukup sifat-sifatnya dengan setiap sel memainkan fungsi masing-masing dan saling berkaitan.  Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru, usus dan semua organ dalam tubuh badan manusia.. Kanser ni penyakit berkaitan dengan sel..  

Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan.  Dengan kekuasaan  Allah tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul.  Adakala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti.  Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.. Tumor ini mungkin adalah kanser.  Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Penyakit barah hanya boleh di beri ubat untuk mengurangkan kesakitan kerana barah dikatakan tidak boleh diubati atau di pulihkan jika lambat di kesan. Pemulihannya hanya boleh dilakukan jika kanser tersebut di kesan pada peringkat awal.

Pelbagai usaha dan kajian dilakukan untuk rawatan barah ini selain dari teknologi moden seperti rawatan radiotrapi dan kemoterapi yang sedia ada.. 

Mencegah itu lebih baik dari rawatan ...maka dari itu kita harus peka dengan menjaga cara pemakanan dan mengambil berat kesihatan.  Kecergasan kita bergantung pada kesihatan diri.. Dengan tubuh badan yang sihat maka kita dapat menyempurnakan tugasan harian dan ibadah dengan lebih selesa dan tenang.
   
Herba jarum 7 bilah atau pereksia sacharosa

Terdapat tumbuh-tumbuhan tertentu seperti herba boleh mencegah penyakit kanser.  Contohnya seperti tumbuhan jarum tujuh bilah atau nama saintifiknya.. pereksia sacharosa/saecnarosa.

Tumbuhan jarum tujuh bilah ini dikatakan dapat merawat kanser terutama kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan beberapa jenis kanser lain.  Terdapat 3 cara menggunakan,
1. Dengan memasukan lebih 2 helai daunnya ke dalam air panas dan di jadikan teh dan airnya di minum.

2. Daunnya di makan sebagai ulam sebanyak 1-3 helai setiap hari.

3.  Cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya di minum. 

Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
Ia juga elok bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit atau pendarahan seperti buasir.. InsyaAllah ia akan melancarkan saliran usus kerana daunnya yang agak berlendir itu memungkinkan faktor utama khasiat didalam kandungannya. (pandangan peribadi saya).
Saya akan mengunyah pucuk daun 7 bilah jarum ini bila menghadapi masalah sakit perut.. Alhamdulillah ia amat berkesan.  Tetapi harus diingat antara 1-3 helai sahaja untuk sekali makan kerana makanan herba juga tidak boleh melebihi dos.

Ketika kita menghadapi sakit kita harus redha atas ketentuan Allah kerana disebalik setiap penyakit itu ada hikmah tertentu yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Namun begitu kita harus berikhtiar untuk mencari penawarnya disamping berdo'a kehadrat Allah SWT mohon kesembuhan... Kita harus bersangka baik kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Sebagaimana Nabi Ayub a.s berdo'a dan merayu kepada TuhanNya dalam Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:



                       أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ                 


























































 Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Al-Anbiya' :83)

Lalu telah datang suatu berita gembira melalui firman Allah SWT di dalam menghapuskan penyakitnya:

فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرٍّ۬‌ 
Maka Kami perkenankan do'a permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya. (Al-Anbiya': 84)

Ketika mana datang kepada kita penyakit, maka tiada seseorang pun yang boleh menyembuhkannya melainkan Tuhan Semesta Alam.  Itulah Tuhan kita Allah azzawajalla.

 Firman Allah SWT:

ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَہۡدِينِ
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ 

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78) Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79) Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakit: (80) (Al-Shuara: 78-80)

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, mafhumnya:

"Dan apabila hamba-hambaKU bertanyakan engkau (Wahai Muhammad SAW) tentangKU, (maka jawablah) sesungguhnya AKU ini hampir, AKU menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKU apabila dia berdoa.  Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKU) dan beriman kepadaKU mudah-mudahan mereka selalu berada di atas pentunjuk."

MAKLUMAT BARU YANG SAYA JUMPA:  Durian Belanda adalah penawar kanser???-  ikuti artikel ini di sini-


Sumber rujukan:

http://puteri40.tripod.com/kanser.htm

http://dun-maharani.blogspot.com/2009/11/doa-penyembuh-penyakit-setiap-penyakit.html

http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=24

Tuesday, July 13, 2010

Nurul Hannah ni 'Cheese cake' atau puding 'yogurt'???



Demam bola dah selesai dan juara pun sudah di ketahui.. SPAIN akhirnya menjulang piala dunia 2010.. TAHNIAH buat pasukan ESPANA!!! Walaupun diriku bukanlah peminat bola tapi ikut gak la rentak si hero cilik seorang kat rumah ni.. layan jerrr!! Kakak-kakak dia pun sesamalah menyokong minatnya itu... tolong sorak.. Ummi dialah dok kawal dan ingatkan agar suara anak-anak daranya tu tak melepasi sempadan.. tak maniskan!!


Sementara menunggu pertemuan Jerman dan Uruguay untuk penentuan tempat ke tiga dan keempat pagi Ahad lalu... anakku yang seorang ni Hannah, datang mood rajin dia nak mencuba buat kek cheese katanya.. dia kata kali ni nak buat kek yang tak perlu di bakar.  Tak pernah pulak ku dengar kek tak perlu di bakar.. setahuku kek kukus atau kek bakar saja.. Ummi dia ni memang tak tau perkembangan eyhhh... sian betul!!! Hannah jumpa resepi tu di internet.. macamanalah hasilnya ya?


Maka pada malam tu juga Hannah mencarilah bahan-bahan untuk kek cheesenya itu di Tesco, Setia Alam.  Setelah dapat semua yang di perlukan dia pun memulakanlah misinya.. semua dia buat sendiri.. adunan pukul guna alat tangan je.. tak de mesin adunan pun. Setelah  siap bahan-bahan tadi dia simpan dalam peti sejuk..  Inilah dia hasilnya... lepas ni bolehlah cuba pelbagai resepi lagi ya HANNAH. Cubaan yang bagus..Tahniah!! Ummi Love you Hannah... XOXO!!


Boleh tahan jugalah rasanya masam-masam manis... rasa seperti puding je Hana.. so Ummi namakannya "Puding strawberry yogurt".  Makanan ni tak boleh lama dengan suhu diluar bilik kerana ia boleh mencair.. jadi bila nak makan baru keluarkan dari peti sejuk..


Makanan ni jadi pencuci mulut di siang hari... di samping ku masakan ketupat, masak lodeh dan sambal kacang.. pada pagi tu.. Rendang daging pula telah di masak oleh assistant ku (Warsi).. Ku bekalkan hidangan ini untuk di bawa pulang oleh 'Ain ke hostel. Dia rasa macam mood rayalah pulak..  Sesekali ya 'Ain.. :)



Saturday, July 3, 2010

Fettuccine VS 2010 FIFA WorldCup

 
Fettuccine... masakan ringkas dari 'Ain ketika orang lain dok sibuk melayan bola... waka..waka.. eyh..eyh.. Tsamina mina zangalewa ... this time for fettuccine.. waka..waka.. Holland masukan gol pertama hidangan pun sampai... mmmm.. kurang pedas laaa...!!! Tambah cili api sikit...  wow berasap telinga... ditambah dengan sorakan penonton bola ni pulak...

Bingit telinga... kalau tak jerit tu bukan menonton bola la namanya kann.. tak padan cuma ada 2 jer hero dalam rumah ni.. tapi suara hero kurang bergema.. yang kedengaran sore peminat Kaka 2 orang ni.. Hannah & 'Ain.. waka waka.. kaka...isk..isk..isk.. 

Nasib baik jarak rumahku agak jauh dari kejiranan... 



Wesley Sneijder is congratulated by his Holland team-mates, World Cup 2010
 
Wesley Sneijder is congratulated by team-mates after scoring Holland's second goal against Brazil. Photograph: Rogan Ward/Reuters

2010 FiFa World cup South Africa Quarter final result:
  Holland 2 - Brazil 1

Ramailah penyokong Brazil yang hampa kannn..
Tak pe lah dah adat permainan.. ada yang menang 
dan ada yang kalah... 

Pasukan pilihan utama dah kalah.. lepas ni adakah giliran Argentina pula...? World Cup kali ni banyak keputusan diluar jangkaan kann!!









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails