Pages


Tuesday, September 21, 2010

Hari Raya sudah berlalu.. tapi...

 Suatu ketika dulu (tahun 1980an) ... Abah dan Mak nak pergi beraya.. 
(kenangan lama yang mengusik jiwa - suasana pemandangan keliling rumah juga ada sedikit perbezaan kini).

Syawal sudah 12 hari berlalu... rasanya masih ada kesempatan lagi untukku ucapkan Selamat Berhari Raya, maaf zahir dan batin buat semua ... walaupun sebenarnya sambutan "Eid-ul-Fitr" hanya sehari tapi sudah menjadi tradisi di Malaysia ni kita sambut sehingga sebulan kerana meraikan saudara mara dan sahabat handai yang datang berkunjung dan menziarahi mereka pula..  yalah nak kunjungi sehari mana cukup kan.. Tempat tinggal antara satu sama lain ada yang dekat dan ada yang jauh.. Paling  best tu jemputan rumah terbuka masih diterima.. yang pasti bertemu ramai sanak saudara, rakan taulan sambil menikmati juadahnya lah.. bertamu, ber'chit chat'.. terutama di hujung minggu sehingga Syawal berakhir nanti... 

Seronoknya meraikan Syawal.. blog pun dah rindu minta di update... huhuhu!!! (padahal takut dok lelama kat PC ni.. nanti ada 'panglima' yang bebel...    apa taknya nak buat satu N3 pun berjam..  nak mencari idea satu hal.. nak menyusun ayat lagi lah.. okay ke tak ke...  oleh kerana harini 'panglima' tiada di sisi, ku mengambil kesempatan untuk mengetuk jari di keyboard ni.. 


Hari raya nilah kesempatan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama kita... bukan senang nak bertemu kan.. masing-masing ada komitmen sendiri.. masa ni lah yang tak mesra kita mesrakan.. yang tak kenal kita kenal-kenalkan..Kemesraan terjalin, ikatan kekeluargaan di pereratkan.. persahabatan berkekalan.

Tapi sebenar-benarnya tahun ni.. hari raya di kalangan keluarga kami agak sayu .. sebab keadaan Abah yang masih lemah.. dan tahun ni juga bapa saudara tercinta (adik Abah) yang biasanya menceriakan suasana hari raya dah tak de (telah kembali ke Rahmatullah Mei lalu..). Sahabat baikku Aslinah yang tinggal selang beberapa rumah dari rumahku juga telah kembali ke Rahmatullah Ramadan lalu (18 Ramadan, bersamaan 28hb. Ogos, 2010 petang Sabtu jam 6.00p.m.. di Hospital Universiti.  Sungguh tabah dan sabar, 5 tahun berjuang melawan kanser.. - kenangan bersamamu sentiasa kuingat sahabatku ) Semoga mereka-mereka yang telah kembali ke hadrat Illahi berbahagia di sana dan Allah terima segala amal baik mereka dan di ampunkan segala kesalahan. Al-Fatihah!!

Oh ya... walaupun Ramadan sudah pergi meninggalkan kita tahun ni semoga amalan baik sepanjang Ramadan dapat di teruskan di bulan-bulan berikutnya.. semoga Allah pertemukan kita di Ramadan akan datang.....

Nampaknya "Panglima"ku sudah pulang... Sambil melayan "Panglima"... ku upload beberapa foto kenangan di Syawal 1431 
(Sept., 2010)

Hari raya pertama (10 Sept. 2010 ~ Jumaat)... sebelum menziarahi kaum keluarga yang lain di pagi raya..



Anak2 beristirehat menanti untuk sambung berhari raya selepas solat Jumaat...

Tetamu pertama ~ Abang Ngahku bersama famili di pagi raya pertama.




Adik bongsuku bersama anak~
Ewah Eiman pandai bergaya depan kamera..

 
Selepas beraya di rumah parents (depan rumah je) mula bergerak ke rumah adik beradik sebelah suami pula..

3 comments:

Sal said...

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin...memang Syawal tahun ini terasa banyak kekurangannya. Selain dari Abah yg tidak sihat dan ketiadaan Allayarham Maman, ketiga-tiga anak2 akak juga tiada di sini utk beraya bersama. Namun begitu, akak tetap merasa seronok kerana dapat berziarah dan berjumpa dgn saudara-mara walaupun tak semua demi mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan. Jauh di sudut hati ini hanya Allah saja yg tahu...

che mid said...

Naik tangga turun tangga
Terduduk bawah tangga termengah-mengah
Selamat hari raya untuk akak sekeluarga
Kalau sudi datanglah ke rumah

Nora Asfa said...

Kak Sal @ 'salute' kat kak Sal sbb tabah walaupun jauh dari anak2 tapi cool je.. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin juga dari kami sekeluarga.

Che Mid @ Di ucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin juga dari kak Raha sekeluarga... Bertambah ceria tahun ni dgn kehadiran si Comel tu.. mmg teringin sangat nak menziarahi Midah.. tunggu ada yang membawa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails