Sekali sekala melayan kerinduan melalui lagu..
"my baby you" by Marc Anthony
Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Sunday, December 30, 2012
Thursday, December 20, 2012
Perjalanan Haji: Kenangan manis di tahun 2012M (1433H)
Nota: 20.12.2012 ( 7 Safar, 1434H)
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Segala puji hanya bagi Allah S.W.T. Tuhan pencipta sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. pemimpin umat, pembawa sinar cahaya kebenaran.. Rasul pilihan Allah yang di rindui oleh keseluruhan ummatnya yang beriman..
Alhamdulillah.., ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana tahun 1433H (2012) ini adalah tahun paling bermakna dan penuh kegembiraan buatku dan suami tercinta.., termasuk kakakku yang di kasihi..., juga buat tetamu-tetamu Allah dari seluruh dunia.
Catatanku: Note: 20.11.2011 - Impianku - Semoga di makbulkan Allah!!
Alhamdulillah impianku dan suami untuk menunaikan haji di makbulkan Allah S.W.T. setelah menerima jemputan Allah ke tanah sucinya di tahun 1433H (2012). Kad jemputan teristimewa yang sentiasa dinanti-nanti dalam kehidupan setiap umat Islam.
Perjalanan bermula ke Tabung Haji, Kelana Jaya malam Jumaat 20.09.2012 untuk pendaftaran; Bertolak dari KLIA pada 21.09.2012 ke Madinah hingga 29.09.2012 kemudian ke Makkah hingga 04.11.2012 bertolak ke Madinatul Hujjaj, Jeddah dan berlepas dari 'airport' Jeddah pada 05.11.2011 jam 11.00 pagi waktu Saudi dan tiba di tanah air, awal pagi Selasa, 06.11.2011 jam 12.15 pagi (waktu Malaysia) awal sejam dari waktu jangkaan (berada di Tanah Arab selama 46 hari 44 malam) Amiin!!
Pengalaman perjalanan yang sungguh indah di kedua-dua tanah haram ini..
Ka'abah Masjidil Haram, di Kota Tanah suci Makkah yang sentiasa bercahaya di waktu malamnya dan tidak pernah sunyi dengan kehadiran jutaan tetamu Allah tak kira siang atau malam melaksanakan ibadah haji dan umrah di musim haji atau mengerjakan umrah di luar waktu musim haji. Para hujjaj mengabdikan diri pada yang ESA bagi melengkapkan rukun Islam ke 5 setiap tahun..
Kelebihan beribadah di Masjidil haram yang perlu di nikmati ialah setiap satu solat di Masjidil Haram memperolehi ganjaran 100,000 pahala, selain dari itu mengerjakan amalan-amalan sunat di tempat suci yang penuh barakah ini juga memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah.. Setiap hari Allah S.W.T menurunkan 120 rahmat (60 rahmat untuk orang mengerjakan tawaf, 40 rahmat untuk orang bersolat, dan 20 rahmat dengan memandang Ka'abah).
Betapa Allah S.W.T yang mempunyai 99 nama Asmaul-Husna memandang dengan penuh rahmat kasih sayang buat hamba-hamba-NYA yang merendah diri, sentiasa berdo'a memohon keredhaan Illahi, memohon keampunan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
(Kredit buat 'fotografer' kedua-dua gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ini).
Masjid Nabawi yang terletak di tanah suci Madinah yang sentiasa di rindui oleh pencinta Rasulullah dimana jasad Rasulullah S.A.W. di makamkan. Setiap pencinta Rasulullah pasti menunaikan hasrat menjejaki Raudah antara taman syurga yang di muliakan Allah dan para malaikat-NYA..untuk ummatnya bersolat, sujud dan bersalawat keatas Nabi, berdo'a memohon restu Illahi agar memperolehi syafaat Rasulullah di hari perhitungan kelak.. agar berada dekat
di samping Rasulullah S.A.W. آللَّهُمَّ صَلّیۓِ ۈسَلِّمْ عَلۓِ سَيّدِنَآ مُحَمَّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدِنَآ مُحَمَّدٍ
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Satu solat di masjidku lebih afdhal daripada seribu solat di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram (di Makkah); dan satu solat di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu solat di masjid-masjid yang lain." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Bermula dengan menerima sepucuk surat di awal tahun 2012 bertarikh 30 Januari, 2012 (bersamaan 06 Rabiul Awwal 1433H) dari pihak Tabung Haji bagi mengikuti kursus haji.. hati dah melonjak kegembiraan.. SubhanAllah..
Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan agar Allah menjemputku ke dua-dua tanah suci-NYA.
Setelah menghadiri kursus seperti yang di jadualkan bermula 12.02.2012 akhirnya menerima surat tawaran untuk menunaikan haji pula..
bertarikh 16.02.2012.. Surat menerima tawaran di jawab segera..
Syukur Ya Allah!! Kerana menjemputku ke dua-dua tanah suci-MU yang penuh nikmat dan kerahmatan.. Ku berharap redha dari Illahi mengampuni setiap dosa dan menerima amalan yang sedikit cuma... Kami insan yang lemah yang tak lepas dari dosa, kelalaian dan alpa.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun memberi petunjuk jalan dan taufiq serta hidayah-NYA buat hamba-hamba-NYA yang di kasihi.
Kursus berakhir pada 03 Jun, 2012.. Alhamdulillah semoga Ustaz Tn. Haji Sianip yang mendidik kami memperolehi rahmat dan ganjaran besar dari Allah S.W.T. di atas ilmu (amal jariah) yang di curahkan kepada kami dari kurang kefahaman sehingga faham bagaimana untuk mengerjakan ibadah haji ini sebagai amalan dan panduan di tanah suci..
Kami terpilih dalam kumpulan KT 16 dengan pesawat Saudi Arabian jadual ke Madinah..penerbangan hari ke 5 .. bertolak ke Kelana Jaya 20.09.2012 (genap 3 bulan sewaktu nota ini di catat) dan menaiki pesawat selepas menunaikan solat subuh di bilik menunggu..di KLIA hari Jumaat 21.09.2012 (delayed selama sejam.. - sepatutnya bertolak jam 5.30 a.m. Alhamdulillah Allah permudahkan para jemaah haji untuk tunaikan solat Subuh dengan sempurna secara berjemaah di darat).
Terima kasih yang tak terhingga buat petugas Tabung Haji cawangan Klang dan petugas Tabung Haji di Kelana Jaya, Madinah dan Makkah kerana menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..
Berbunga-bunga hati bila menerima jemputan lagi untuk Majlis program himpunan persaudaraan Hujjaj musim haji 1433H / 2012M di Dewan Solat Masjid Bandar DiRaja Klang pada 29 Disember ini..
Terimbau kenangan di tempat paling indah di dunia.. iaitu Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.. bumi Allah yang penuh kedamaian. Seronoknya bakal dapat bertemu kembali sahabat-sahabat jemaah Hujjaj dan para petugas Tabung Haji yang peramah. Semoga di izinkan Allah dengan kesihatan yang baik untuk menghadirinya..
Tabung Haji Malaysia telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang.. Syukur Ya Allah!!
Jika di izin Allah dan kelapangan masa akan ku catat memori yang penuh kenangan manis pengalaman perjalanan di tanah suci ini.. di lain waktu.. INSHAA ALLAH!!
Wednesday, December 12, 2012
Kelebihan Do'a
Tuesday, August 14, 2012
Nasheed ~ Ramadan
Ramadan bulan mulia yang penuh rahmat, penuh keberkatan dan bulan keampunan sudah menghampiri ke penghujung.. moga dapat ketemu lagi di tahun mendatang... Insha'Allah!!
~Welcome Ramadan: Rashid al-Mishary~
~Shahr Ramadan: Tamer Hosny~
(Dapat pula terjemahan lagu ni... lebih kurang begini senikata yang boleh di fahami rasanya)
Let's fast Ramadan
As Allah told as to..
Fasting, praying and reading Qur'an
and we pray all night all of us
we donate and give poor people
there are a lot of people in need..
to be felt..
and to feel their tears
You just decide and God.. will reply your need
We want all this month..
to gether our family together
we stay forever like this..
we ask about each other every night
and make it up with who are mad at us
and feel those who are in need
They are also our family
we want after ramadan
to remain as we became in it..
praying... zakat... Qur'an and faith (iman)
we'll find life became more beautiful
who knows when will be his end (4x)
OH GOD BLESS US (2x)
OH GOD BLESS US with the good ending (khusnul khotimah)
YA RABB... YA RABB
~Welcome Ramadan: Rashid al-Mishary~
~Shahr Ramadan: Tamer Hosny~
(Dapat pula terjemahan lagu ni... lebih kurang begini senikata yang boleh di fahami rasanya)
Let's fast Ramadan
As Allah told as to..
Fasting, praying and reading Qur'an
and we pray all night all of us
we donate and give poor people
there are a lot of people in need..
to be felt..
and to feel their tears
You just decide and God.. will reply your need
We want all this month..
to gether our family together
we stay forever like this..
we ask about each other every night
and make it up with who are mad at us
and feel those who are in need
They are also our family
we want after ramadan
to remain as we became in it..
praying... zakat... Qur'an and faith (iman)
we'll find life became more beautiful
who knows when will be his end (4x)
OH GOD BLESS US (2x)
OH GOD BLESS US with the good ending (khusnul khotimah)
YA RABB... YA RABB
Thursday, June 14, 2012
Internet oh internet
Lebih kurang seminggu tak boleh access internet, signal wifi hilang ntah kemana. Jumaat lalu anakku 'Ain, call TM 100 .. tapi hanya kedengaran suara rakaman saja yang menjawab.. line operator nampaknya busy.. tak pe la kita tunggu hari bekerja seterusnya minggu depan.. hari Isnin.. bila tiba harinya ku buat tak kisah.. biarlah tak berinternet.. adalah hikmahnya!
Pabila internet problem, orang paling 'hepi' adalah Che' Abang!! Orang sekelilingnya faham sebab apa... hehehe!!
Anak-anak bersuara.. tak report TM lagi ke?
"Tak payah report.. biarkan je.." abah mereka bersahajaaa je!!
"Tak report... sayanglah bil tetap bayar!!", suara sapelah tu?? ehemmm!!
Bila ada problem barulah sibuk nak berblog.. bisik suara hatiku!! Nafsu.. nafsu!!
Nak dail TM 100 ni bukan main bercinta... sebabnya kena tunggu beberapa minit.. baru boleh cakap dengan operator ... itupun tengok keadaanlah.. jika bernasib baik boleh dapat kalau tak terpaksa dail semula.. kadang sama nasib gak.. talian ke operator sedang sibuk..
Hari Selasa, 12.06, saja ku dail nombor 100.. ya la anak-anak asyik bertanya je.. internet dah okay ke belum kann.. Nak tak nak ku dail juga la nombor ni..ingat nak biar lagi lama.. tak yah berinternet dulu!!
Alhamdulillah sekali dail.. seperti biasa ada tol dulu (rakaman suara) baru di sambung terus ke talian operator wanita yang menjawab. Setelah beritahu masalah yang di hadapi.. operator tersebut beri panduan secara manual untuk menyelesaikan masalah.. ikut je la apa yang di arah.. tapi hampir 45 minit.. tak juga selesai.. cabut wayar kabel.. sambung balik.. masuk "command prompt" pulak.. pun tak berjaya juga!!
Terdengar di talian operator menguap..nguap.. dia perasan orang dengar kot.. dia minta maaf.. hehehe!! kesian dia... Ku bertanya okay ke ni.. dia kata okay!! Sambung balik.. usaha masih tak berjaya.. ku bertanya tak boleh terus report je ke? Hantarlah technician ke rumah kami..
Operator jawab.. "Tak boleh kak, kena cuba manual dulu, kalau tidak nanti saya kena marah".
Dalam hatiku berkata.. oh begitu rupanya!! Bagus pekerja ni bekerja dengan jujur..
Dah lebih sejam.. usaha tidak menampakkan apa-apa perubahan.. akhirnya barulah operator keluarkan nombor report..
Keesokan harinya (hari Rabu) technician telekom datang ke rumah .. tukar modemn.. kemungkinan modemn yang bermasalah... dah tukar pun masih juga tak boleh nak access internet.. signal wifi pun tak dapat di jejaki..
Lebih kurang sejam jugalah dia nak menyelesaikan masalah.. tak berjaya juga..!! Tehnician guna laptop dan henpon beliau.. dia kata tak de masalah... semua okay je kak!! Mungkin laptop akak yang bermasalah ni.. Tak pe la kalau macamtu.. adakah salahku.. Konon nak padam benda-benda yang tak penting dalam fail komputer ni.. adakah benda berkaitan dengan internet ni juga terpadam... hmmmmm... dah mula cuak ni!! Diriku ni memanglah tidak berapa faham tentang komputer ni.. adeihhh!! Ku berserah pada Allah!!
Setelah usahanya tidak berjaya ku ucapkan terima kasih pada technician ni dengan segelas air oren sejuk. Setelah beliau berlalu pergi... ku masih tak puas hati.. macamana tak boleh ni.. ku cuba mencari signal wifi di mana pulak dia bersembunyi... ku cari dan cari... open network and sharing center bagai... dan entah apa lagi...klik itu dan ini... tak semena ku dapat kembali signal wifi.... rupanya signal wifi tu "disable".. ku klik ke "enable"... akhirnya usaha ku yang beberapa minit tu berjaya menemukan ku dengan signal wifi kembali.. Alhamdulillah..!! Maka hasilnya ku nukil blog ini... hehehehe!!
Moral of the story...jangan memandai-mandai padam benda yang tak pasti.. biarkan je.. mana tau benda itu adalah nadi penting dalam komputer tersebut..!!
Begitulah juga dalam kehidupan kita kannn.. sekiranya kita tak pasti akan sesuatu berita.. jangan sebarkan.. kerana kemungkinan benda tak pasti itu akan menjadi fitnah..
Sunday, April 22, 2012
Diam
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Qaf: 16)
Jika diri ini sedang di tegur atau di nasihat, adalah lebih baik mendiamkan diri dan dengar.
Walaupun apa yang sampai kependengaran itu pahit di dengar.. terasa ingin menyampuk.. adakah patut diam?
Diam itu lebih baik kerana kemungkinan yang pahit itu adalah penawar hati..
Walaupun diri rasa di pihak yang benar tapi ingin bersuara mempertahankan kebenaran.. jika dengan bersuara juga akan menyebabkan diri di persalahkan.. perlukah patut berdiam juga..
Ya .. sebaiknya diam. Mungkin di situ ada kebenaran.
Adakah diam itu bererti mengalah?
Tidak. Lebih baik diam dari mengeruhkan lagi sesuatu isu kecil itu menjadi lebih parah.. Dengan mendiamkan diri hati berzikir ingat pada Illahi..
Adakah berdiam diri itu boleh menyelesaikan masalah?
Ya... Bila tiada apa lagi yang nak di lawan bercakap.. akhirnya masalah itu menerima jawapan yang melegakan.. selesai dalam diam..
Walaupun ada rasa luka di hati..
Namun kemaafan sedia menanti..
Dalam diam itu ada kesabaran..
Kesabaran itu menguatkan hati.
Berserah diri pada Illahi...
Allah lebih mengetahui.
Wednesday, March 21, 2012
Kisah hidup Sheikh Yusuf Estes
Bismillah Rahman Raheem Al Hamdulilah Rabbil Alameen was Salat was Salam ala Rasoolulah
"Why Do Priests & Preachers Enter ISLAM?"
Many people ask me how a preacher or priest in Christianity can ever go to Islam, especially considering all the negative things that we hear about Islam and Muslims everyday. Some people are simply curious, while others take a profound exception to my "conversion" to Islam. Some have asked how I could have turned my back on Jesus, or if I truly understood the Holy Ghost and some even questioned whether or not I considered myself as "born again" or had ever really been saved at all. These are good questions to which I will offer answers to at the end of this writing. I would like to thank everyone for their interest and offer my humble story, God Willing. |
|
*NEW* - Truth & Proof That Brings Them to ISLAM:
|
The actual detailed story is in a video called"Priests & Preachers Enter Islam"
and it is available on the web at: |
|
Subscribe to:
Posts (Atom)