Pages


Sunday, May 9, 2010

Susah Senang Bekerja Sendiri

Bekerja adalah tanggungjawab..
Setiap hasil dari titik peluh yang mengalir itu adalah ibadah.

 Ku sentiasa memohon pada Illahi
semoga di kurniakan kesejahteraan, 
sihat tubuh badan, 
di permudahkan segala urusan buat Suami tersayang
diatas segala jerih payahnya berkorban, 
mengerah tulang empat keratnya, 
bersusah payah meredah hujan dan panas demi keluarga.. 
dan nasihat darinya jangan sesekali lupakan Kurniaan Allah yang amat besar, 
sentiasa bersyukur atas apa jua yang di beri Allah paling utama yang sentiasa di ulang-ulang peringatannya pada ahli keluarga ialah jaga waktu solat pada awal waktu,
Besar sungguh pengorbananmu duhai Suamiku.
  Ya Allah peliharalah ia, 
dan berikanlah keselamatan ke atas dirinya..  
Semoga kehidupan kami sekeluarga 
di berkati dengan rezeki yang halal dan sentiasa
di bawah Rahmat dan lindungan Mu Ya Allah. Amiin.

Ada masa pasang, ada masa surut... begitulah situasi bekerja sendiri ibarat air pasang surut.. kerana adakala projek datang kencang adakala lembab... Bijak menyusun belanjawan adalah penting kerana berniaga sendiri ini tidak tetap pendapatannya. Lebih-lebih lagi berniaga kecil-kecilan.. 

Bila melibatkan kerja sendiri perhatian utama adalah servis yang di lakukan perlu baik dan menepati masa itu penting.
Komunikasi dengan pelanggan juga perlu di ambil kira...

Berbeza dengan makan gaji.. untung rugi... pekerja tetap bergaji.. Manakala bila berniaga sendiri untung rugi...keutamaan di sini gaji pekerja dan tanggungan perlu di dahulukan, "sendiri punya poket belakang kira..."  Tulang belakang utama dalam perniagaan ini adalah sokongan keluarga terutama isteri atau suami kerana bantuan dan nasihat juga pandangan dari isteri atau suami amat saling perlu memerlukan.




Persaingan dalam perniagaan terutamanya perlu di hadapi dengan cara yang sihat tanpa perlu bersifat irihati dan berdendam.. jika perniagaan itu di cabang yang sama elok berpakat dan saling bekerjasama... "Muafakat membawa berkat".. Ikhlas, Amanah, Jujur dan dedikasi.. Inilah jalinan yang paling akrab untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang di ceburi..


Menceburi bidang perniagaan juga membina keYakinan yang kuat  dan hati sentiasa dekat pada Allah SWT ... apa jua yang kita lakukan hanya kerana Allah... kerana punca rezeki datangnya dari Allah.. samada untung atau rugi itu perlu di lalui dengan tenang dan sabar.  Disinilah letaknya perjuangan dan ketahanan jiwa menghadapi rintangan serta ujian.. tidak boleh beralah dan jangan sesekali menyalahkan takdir... Sikap bersangka baik perlu.  Do'a adalah senjata paling utama dan sifat syukur sentiasa perlu ada pada setiap peniaga.

Jangan terlalu leka dengan kesenangan kerana ia hanya pinjaman sahaja.  Apa jua yang kita perolehi perlu di kongsi dan rajin bersedekah. Supaya hati kita bersih dari sikap tamak dan haloba.  Kerana rezeki yang kita perolehi bukan untuk kita sahaja di sebaliknya ada hak untuk orang yang memerlukan juga. Bila senang ingat di waktu susah, bila susah berusaha lebih kuat lagi.. disinilah letaknya keyakinan dan kekentalan menghadapi dan mencari jalan untuk mengatasinya.. Usaha, Do'a dan Tawakkal, sentiasa bersyukur samada senang atau susah...Allah adalah pemilik segala-galanya.. kita hanya hambaNya yang perlu bertanggungjawab atas apa juga perbuatan kerana di sana kelak .. Allah akan pertimbangkan amal ibadah yang kita kerjakan.

Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!




Saturday, May 8, 2010

Jeritan mengejutkan di detik 12 malam!!! Seram dan Ngeriiii!!!!

Ku baru melelapkan mata, belum sempat di ulit mimpi tetiba terdengar jeritan sahut-sahutan tak henti... Ku segera bangkit dari tempatku melabuhkan diri mencari suara jeritan tersebut... Apa yang tak kena ni...?  Kenapa begitu banyaknya suara jeritan yang membuatkan diriku merasa seram la jugak ... Jam pula menunjukan hampir jam 12.00 malam .. "Adakah muncul Cinderella di situ yang cuba melarikan diri takut orang mengetahui status sebenarnya...?"


Suara jeritan semakin kuat... dan mencemaskan!!! Ku lihat nun di sudut sana beberapa orang berteriak sambil menunjuk ke arah bawah tingkat satu bumbung bangunan.. Dalam pemikiranku agaknya ada orang terjun bangunan ke? 

Ku segera menuju ke arah suara riuh tersebut... perasaan ingin tahu semakin menerjah.


Tiba di situ ku bertanya pada salah seorang dari mereka.., 
"Apa yang berlaku Encik?"... 
Dia menjawab, "Ada seorang berbaju pesakit bawa lari seorang bayi terjun bangunan!!!"
"Haaaaah!! Astaghfirullahal'Azim!" berderau darahku bila mendengar apa yang baru berlaku.
Ku bertanya lagi.. "Lelaki atau perempuan?"
"Perempuan... rasanya dia bawa lari seorang bayi dari wad bersalin"


Lalu ku berkata..."Agaknya dia sakit meroyan kot!".

Kejadian ni berlaku sewaktu ku menjaga Abah di hospital pada 13hb. April yang lalu. Abah di wad tingkat 4.. dan jeritan tersebut dari keluarga yang sedang menunggu saudara-saudara mereka di Wad ICU tingkat 4 yang kebetulan berada di veranda dan nampak jelas kejadian...

Mereka menceritakan sewaktu nampak seorang wanita dengan pakaian pesakit keluar dari arah tandas tingkat satu dengan membalut kain di badannya seperti mengendong bayi dan memanjat tembuk dan melompat ke atas bumbung bangunan di tingkat satu.. Bila lihat tu mereka menjerit mengarahkan wanita itu tidak membuat sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya.. Kerana tiada tangga disitu..   Jadi salah seorang Pak Cik yang sedang menunggu isterinya di wad ICU segera berlari ke bawah untuk menahan wanita tersebut dari melakukan sesuatu yang tak diingini.. Tapi Pak Cik tadi tak sempat berbuat apa-apa kerana sampai di tempat kejadian wanita tersebut telah terjun terlebih dahulu. 


Terjun...!!! Ngeri.. macamana agaknya keadaan mereka?


Ku tak buang masa terus ingin mendapatkan jawaban lalu turun ke tingkat satu.  Ku lihat pengawal masih berkawal di pintu masuk setiap wad.... Rupanya pengawal pun tak tahu kejadian sebab ianya berlaku dalam wad yang dihuni oleh pesakit dan jururawat bertugas saja.. Sebab kawalan di hospital memang ketat.  Ingat tak lagi N3 lepas yang menceritakan pelawat bertekak dengan pengawal keselamatan..dalam Kisah Hospital?
Kerana mereka tidak mahu perkara buruk berlaku di kawasan hospital.  Sebab itu pihak hospital mengambil berat keselamatan pesakit.

Ku masuk ke pintu wad satu.. dan nampak 2 orang Nurse yang sedang bergegas keluar bila menyedari seorang patient bersama bayi telah tiada di katilnya.. Ku mengekori 2 orang Nurse tersebut mencari patient tersebut..  Ada seorang pengawal di bawah memberitahu patient tersebut telah di tahan dan keadaannya tidak membimbangkan cuma berlaku pendarahan pada diri si ibu dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.. Oh syukur!!!


Bila dengar perkara tersebut saya berasa lega.... kerana kedua-duanya selamat.. Dalam pemikiran saya sebelum tu bimbangkan keadaan bayi kecil itu sahaja.. Apa yang saya dapat tahu sebenarnya wanita tersebut adalah warga asing yang merasa takut kerana tak dapat menjelaskan bil rawatan bersalinnya..dan ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan  beliau mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri tanpa memikirkan keselamatannya..  Sebenarnya pihak hospital ada menyediakan Badan Kebajikan bagi mereka yang tidak berkemampuan... mungkin wanita tersebut tidak mengetahui kemudahan tersebut.

Selepas kejadian ngeri di malam tersebut, saya tak mendengar langsung apa yang berlaku seterusnya.. kerana ramai penghuni hospital tidak mengetahuinya.. dan kebanyakan mereka yang berada di sekitar hospital juga tidak menyedari kecuali mereka yang berada di tingkat 4 yang terlihat kejadian, Pak Cik yang mengejar tadi bersama 2 orang pengawal keselamatan yang kebetulan berada di mana tempat wanita tersebut terjun dan juga nurse-nurse di wad tersebut..begitu juga petugas di wad kecemasan di mana wanita itu di rawat bersama anaknya.  

Walhal di wad kecemasan pun terdapat ramai orang namun  kejadian tersebut juga tidak di sedari oleh mereka kerana suasana tenang sahaja ketika itu.. padahal sesuatu yang mengemparkan sedang berlaku di situ... Ku rasa seperti reporter pulak malam tu kerana dok menginterview petugas di wad kecemasan tersebut..yang baru keluar melihat wanita dan anaknya itu...ku dapat sedikit jawaban pun jadilah kan..!! 

Mungkin juga mereka yang lain tidak mengendahkan jeritan tersebut kerana menganggap jeritan itu hanya sekadar memecahkan kesunyian malam untuk menghiburkan halua telinga pengunjung dan penghuni hospital mendengar orang bermain sahut-sahutan sahaja... 


Keesokan harinya ku meninjau tempat  terjunan itu berlaku.  Terjunan tersebut dari tingkat satu ke bumbung letak motor yang beratapkan asbestos itu pecah dan berlubang ... woaaa tinggi juga rupanya... Ngeriiii!!! Beginilah kalau keadaan mendesak segala perasaan takut dan gentar di tolak tepi agaknya..  Jangan lakukan aksi ni ya pembaca yang budiman.. Merbahaya dan boleh memudaratkan diri.
Siapa yang susah... diri dan keluarga juga kan!!



Wednesday, May 5, 2010

BERMOHON HARAP HANYA PADA ALLAH SWT ~ "SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DI SERTAI KEMUDAHAN"~


Surah Al-Insyirah (Solace~peace in the heart~)
~(kelapangan hati)~

 Berkas:Al-Sharh.png
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1)  Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)  Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)  Dan Kami telah meninggikan bagimu:  Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(4)  Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)  (Sekali lagi ditegaskan):  Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (6)  Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh)  maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)  Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)./(8) 


 

Apabila semua serba tak kena, dan anda berada dalam keadaan tidak menentu, ingatlah... anda masih boleh berpaling dan bersandar pada DIA YANG SATU.
  * Apabila h i d u p di selubungi kegelapan semuanya silap, carilah sinar itu, dari DIA YANG MEMBERI CAHAYA.

* Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA YANG MAHA PENGASIH.

* Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, janganlah berputus asa kerana DIA MAHA MELIHAT SEGALA-GALANYA.

* Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi carilah kekuatan dari DIA YANG MAHA PERKASA.

* Apabila h i d u p ini dirasakan seperti beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah IRADATNYA.

* Apabila jalan di depan di gelapi mendung sedangkan tiada sesiapa yang sudi meneranginya, carilah jalan yang lurus dari DIA PEMBERI CAHAYA.

* Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan mu jangan kecewa, kerana DIA MAHA PENDENGAR.

* Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan ingatlah kepada DIA YANG MAHA KAYA.

* Apabila dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada DIA YANG MAHA ESA.

* Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada DIA.... satu-satunya tempat yang boleh di gantungkan harapan.

* Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kembali, ingatlah bahawa DIA SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG SABAR.

B E R U S A H A , B E R D O ' A  
D A N  B E R T A W A K K A L  K E P A D A  TUHAN  
Y A N G  M A H A  B E R K U A S A .



 











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails