Pages

Thursday, April 8, 2010

Kisah di Hospital

Hospital Sungai Buloh (gambar hiasan ~ koleksi foto 2009)
yang indah dan cantik rekabentuknya.

Sejak Abah di tempatkan di wad, setiap hari ku ziarah Abah di hospital dan ku telah lalui beberapa peristiwa....


Pada hari Selasa April 6, selepas menunaikan solat Asar di surau hospital, saya mengatur langkah untuk ke kedai serbanika di hospital (HospiMart) untuk membeli minuman, roti dan sedikit buah-buahan.   Semenjak hospital ini di ubah suai laluan jalan kaki untuk ke kantin dan kedai serbanika agak jauh dari surau.. kerana jalan pintas telah di tutup untuk laluan awam.


Jauh juga bertapak.. sampai di pertengahan jalan sandal kiri yang ku pakai telah putus .. Hmmm.. macamana nak buat eyh.. tak kan nak berkaki ayam.. segan la pulak..  Kedai masih beberapa meter lagi jauh di hadapan.. 
Waktu tu pulak waktu melawat... pengunjung di hospital memang ramai.. oleh kerana sandal ni jenis bercangkuk seperti tali beg... saya mendapat idea.  Ku ambil pin di tudung dan buatkan lubang kecil di kiri lapik atas sandal tersebut kemudian pencangkuk tadi ku gandingkan lapik atas kanan yang terputus ditengah sandal tadi.  Ku berjaya mencantumkan kembali tanpa mengguna sebarang gam dan sandal tersebut boleh ku gunakan seperti biasa tanpa kesan kerosakan.  (Alhamdulillah Allah berikan idea spontan).


Setelah membeli apa yang ku hajatkan... ku menuju ke ruangan lif tetapi masih ramai orang menunggu giliran.. nak tunggu giliran tentunya memakan masa.  Excercise la sikit dengan mendaki tangga,  tiba di tingkat 3 ku dengar bunyi kekecohan.. sepertinya ada orang mengamuk!  Siapa ya.. pesakit atau pelawat?  Masih tidak kelihatan lagi hanya mendengar suara pekik memekik.  Degup jantung memang laju selepas mendaki tangga ni.. bila dengar bunyi mencemaskan ini bertambah berderau jantung. Rasa sejuk menyelinap tubuh.. ku teruskan menaiki tangga untuk ke tingkat 4.
Suara tadi semakin jelas.. ooo kejadian tersebut berlaku di luar pintu masuk wad ICU.. 


Kelihatan seorang anak muda India sedang bertekak dengan pengawal keselamatan yang tidak membenarkan pemuda tadi masuk.  Terjerit-jerit suaranya dengan meluahkan pelbagai perkataan tak manis di dengar di lontarkan kepada pengawal tersebut.  Pengawal tersebut cuba mengawal keadaan... Setelah di pujuk oleh ahli keluarga pemuda tersebut.. akhirnya pemuda tersebut dapat di tenangkan..


Ku memberanikan diri bertanya pada salah seorang saudara wanitanya yang berada di situ apa yang telah berlaku... rupanya beliau tidak puas hati kerana tidak di benarkan masuk untuk mengambil mayat ibunya yang baru meninggal dunia.. Kerana kawasan ICU adalah kawasan larangan lebih-lebih lagi pemuda tersebut dalam keadaan mabuk.  Nasib baik tiada perkara lebih buruk berlaku.. Aku beredar dari tempat tersebut dan terus menuju ke katil Abah di Wad 4A.


Hari Rabu April 7, suasana pilu menyelubungi 2 buah keluarga yang kehilangan keluarga tersayang.  Ke dua-dua pesakit tersebut betul-betul berdepan katil Abah..  Salah seorang pesakit berketurunan India yang telah koma selama 3 hari..berusia 70an kerana mengalami komplikasi berpunca dari perut juga.. muntah darah dan pelbagai lagi punca.. Doktor beritahu organ dalaman telah banyak tidak berfungsi dan memang menunggu masa sahaja.  Bantuan pernafasan pun telah di tanggalkan.. Bila saat menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 5.00 petang ahli keluarga mereka berada di sisi.. terdengar tangisan kesedihan dari ahli keluarga tersebut.  1 jam kemudian setelah mayat di balut dengan plastik putih dan segala dokumen telah siap barulah mayat di bawa beredar dari situ untuk di uruskan oleh ahli keluarga.


Berhadapan dengan katil Abah, seorang lagi pesakit lelaki beragama Islam dalam lingkungan usia 40 an ketika itu juga sedang nazak..   Ada  ahli keluarga membacakan Yassin.  Kebanyakan pesakit di wad tersebut mengalami sakit berpunca dari perut.. Pesakit ini mengalami pendarahan yang agak serius.. dan menghidapi sakit sudah lebih dari setahun.   Jam 9.00 malam lebih beliau menghembuskan nafas terakhir.  Innalillah hi wainna illaihi roji'un. Setiap yang hidup pasti akan kembali..menemui Allah. Kepada kedua-dua keluarga tersebut ucapan takziah di hulurkan agar mereka tabah menghadapi janji Allah ini dengan Redha.

Di hospital ini pelbagai wajah sedih dan pilu, kesakitan menginsafkan kita bagi mengingatkan kita tentang hidup yang tidak kekal.  Harta, keluarga yang di sayang... semua tidak akan di bawa bersama kecuali amalan yang dikerjakan semasa hidup dan do'a dari anak yang soleh  yang bakal menemankan perjalanan abadi sementara menanti hari perhitungan kelak.  Bersama-samalah kita muhasabah diri dan menilai kembali amalan yang telah kita kerjakan. 

"Hai diri insaflah kamu ... janganlah diri ini terlalu mengikut nafsu dan buangkanlah segala keegoan.. Kerjakanlah suruhan Allah dan jauhi laranganNYA"

Antara Firman Allah mafhumnya:,
"Dan(ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
Surah Al-Munafiqoon 63:11.


"Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."    Surah Annur 24:5.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."





1 comment:

Ismaliana Bt Sulaiman said...

a'kum kak...sya ismaliana,terima kasih sbb sudi jd follower saya...saya masih terlalu 'muda' dlm dunia blogger ni...saya pn seronok sgt baca N3 dlm blog akak ni...byk pengajaran utk saya.....
salam silaturrahim dari saya...panggil saya lia jer kak....
lia pun dah jadi follower akak...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails