Pages


Saturday, May 8, 2010

Jeritan mengejutkan di detik 12 malam!!! Seram dan Ngeriiii!!!!

Ku baru melelapkan mata, belum sempat di ulit mimpi tetiba terdengar jeritan sahut-sahutan tak henti... Ku segera bangkit dari tempatku melabuhkan diri mencari suara jeritan tersebut... Apa yang tak kena ni...?  Kenapa begitu banyaknya suara jeritan yang membuatkan diriku merasa seram la jugak ... Jam pula menunjukan hampir jam 12.00 malam .. "Adakah muncul Cinderella di situ yang cuba melarikan diri takut orang mengetahui status sebenarnya...?"


Suara jeritan semakin kuat... dan mencemaskan!!! Ku lihat nun di sudut sana beberapa orang berteriak sambil menunjuk ke arah bawah tingkat satu bumbung bangunan.. Dalam pemikiranku agaknya ada orang terjun bangunan ke? 

Ku segera menuju ke arah suara riuh tersebut... perasaan ingin tahu semakin menerjah.


Tiba di situ ku bertanya pada salah seorang dari mereka.., 
"Apa yang berlaku Encik?"... 
Dia menjawab, "Ada seorang berbaju pesakit bawa lari seorang bayi terjun bangunan!!!"
"Haaaaah!! Astaghfirullahal'Azim!" berderau darahku bila mendengar apa yang baru berlaku.
Ku bertanya lagi.. "Lelaki atau perempuan?"
"Perempuan... rasanya dia bawa lari seorang bayi dari wad bersalin"


Lalu ku berkata..."Agaknya dia sakit meroyan kot!".

Kejadian ni berlaku sewaktu ku menjaga Abah di hospital pada 13hb. April yang lalu. Abah di wad tingkat 4.. dan jeritan tersebut dari keluarga yang sedang menunggu saudara-saudara mereka di Wad ICU tingkat 4 yang kebetulan berada di veranda dan nampak jelas kejadian...

Mereka menceritakan sewaktu nampak seorang wanita dengan pakaian pesakit keluar dari arah tandas tingkat satu dengan membalut kain di badannya seperti mengendong bayi dan memanjat tembuk dan melompat ke atas bumbung bangunan di tingkat satu.. Bila lihat tu mereka menjerit mengarahkan wanita itu tidak membuat sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya.. Kerana tiada tangga disitu..   Jadi salah seorang Pak Cik yang sedang menunggu isterinya di wad ICU segera berlari ke bawah untuk menahan wanita tersebut dari melakukan sesuatu yang tak diingini.. Tapi Pak Cik tadi tak sempat berbuat apa-apa kerana sampai di tempat kejadian wanita tersebut telah terjun terlebih dahulu. 


Terjun...!!! Ngeri.. macamana agaknya keadaan mereka?


Ku tak buang masa terus ingin mendapatkan jawaban lalu turun ke tingkat satu.  Ku lihat pengawal masih berkawal di pintu masuk setiap wad.... Rupanya pengawal pun tak tahu kejadian sebab ianya berlaku dalam wad yang dihuni oleh pesakit dan jururawat bertugas saja.. Sebab kawalan di hospital memang ketat.  Ingat tak lagi N3 lepas yang menceritakan pelawat bertekak dengan pengawal keselamatan..dalam Kisah Hospital?
Kerana mereka tidak mahu perkara buruk berlaku di kawasan hospital.  Sebab itu pihak hospital mengambil berat keselamatan pesakit.

Ku masuk ke pintu wad satu.. dan nampak 2 orang Nurse yang sedang bergegas keluar bila menyedari seorang patient bersama bayi telah tiada di katilnya.. Ku mengekori 2 orang Nurse tersebut mencari patient tersebut..  Ada seorang pengawal di bawah memberitahu patient tersebut telah di tahan dan keadaannya tidak membimbangkan cuma berlaku pendarahan pada diri si ibu dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.. Oh syukur!!!


Bila dengar perkara tersebut saya berasa lega.... kerana kedua-duanya selamat.. Dalam pemikiran saya sebelum tu bimbangkan keadaan bayi kecil itu sahaja.. Apa yang saya dapat tahu sebenarnya wanita tersebut adalah warga asing yang merasa takut kerana tak dapat menjelaskan bil rawatan bersalinnya..dan ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan  beliau mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri tanpa memikirkan keselamatannya..  Sebenarnya pihak hospital ada menyediakan Badan Kebajikan bagi mereka yang tidak berkemampuan... mungkin wanita tersebut tidak mengetahui kemudahan tersebut.

Selepas kejadian ngeri di malam tersebut, saya tak mendengar langsung apa yang berlaku seterusnya.. kerana ramai penghuni hospital tidak mengetahuinya.. dan kebanyakan mereka yang berada di sekitar hospital juga tidak menyedari kecuali mereka yang berada di tingkat 4 yang terlihat kejadian, Pak Cik yang mengejar tadi bersama 2 orang pengawal keselamatan yang kebetulan berada di mana tempat wanita tersebut terjun dan juga nurse-nurse di wad tersebut..begitu juga petugas di wad kecemasan di mana wanita itu di rawat bersama anaknya.  

Walhal di wad kecemasan pun terdapat ramai orang namun  kejadian tersebut juga tidak di sedari oleh mereka kerana suasana tenang sahaja ketika itu.. padahal sesuatu yang mengemparkan sedang berlaku di situ... Ku rasa seperti reporter pulak malam tu kerana dok menginterview petugas di wad kecemasan tersebut..yang baru keluar melihat wanita dan anaknya itu...ku dapat sedikit jawaban pun jadilah kan..!! 

Mungkin juga mereka yang lain tidak mengendahkan jeritan tersebut kerana menganggap jeritan itu hanya sekadar memecahkan kesunyian malam untuk menghiburkan halua telinga pengunjung dan penghuni hospital mendengar orang bermain sahut-sahutan sahaja... 


Keesokan harinya ku meninjau tempat  terjunan itu berlaku.  Terjunan tersebut dari tingkat satu ke bumbung letak motor yang beratapkan asbestos itu pecah dan berlubang ... woaaa tinggi juga rupanya... Ngeriiii!!! Beginilah kalau keadaan mendesak segala perasaan takut dan gentar di tolak tepi agaknya..  Jangan lakukan aksi ni ya pembaca yang budiman.. Merbahaya dan boleh memudaratkan diri.
Siapa yang susah... diri dan keluarga juga kan!!



1 comment:

Izzati Jamil said...

Ishhh seram plk rasanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails