Pages


Tuesday, July 13, 2010

Nurul Hannah ni 'Cheese cake' atau puding 'yogurt'???



Demam bola dah selesai dan juara pun sudah di ketahui.. SPAIN akhirnya menjulang piala dunia 2010.. TAHNIAH buat pasukan ESPANA!!! Walaupun diriku bukanlah peminat bola tapi ikut gak la rentak si hero cilik seorang kat rumah ni.. layan jerrr!! Kakak-kakak dia pun sesamalah menyokong minatnya itu... tolong sorak.. Ummi dialah dok kawal dan ingatkan agar suara anak-anak daranya tu tak melepasi sempadan.. tak maniskan!!


Sementara menunggu pertemuan Jerman dan Uruguay untuk penentuan tempat ke tiga dan keempat pagi Ahad lalu... anakku yang seorang ni Hannah, datang mood rajin dia nak mencuba buat kek cheese katanya.. dia kata kali ni nak buat kek yang tak perlu di bakar.  Tak pernah pulak ku dengar kek tak perlu di bakar.. setahuku kek kukus atau kek bakar saja.. Ummi dia ni memang tak tau perkembangan eyhhh... sian betul!!! Hannah jumpa resepi tu di internet.. macamanalah hasilnya ya?


Maka pada malam tu juga Hannah mencarilah bahan-bahan untuk kek cheesenya itu di Tesco, Setia Alam.  Setelah dapat semua yang di perlukan dia pun memulakanlah misinya.. semua dia buat sendiri.. adunan pukul guna alat tangan je.. tak de mesin adunan pun. Setelah  siap bahan-bahan tadi dia simpan dalam peti sejuk..  Inilah dia hasilnya... lepas ni bolehlah cuba pelbagai resepi lagi ya HANNAH. Cubaan yang bagus..Tahniah!! Ummi Love you Hannah... XOXO!!


Boleh tahan jugalah rasanya masam-masam manis... rasa seperti puding je Hana.. so Ummi namakannya "Puding strawberry yogurt".  Makanan ni tak boleh lama dengan suhu diluar bilik kerana ia boleh mencair.. jadi bila nak makan baru keluarkan dari peti sejuk..


Makanan ni jadi pencuci mulut di siang hari... di samping ku masakan ketupat, masak lodeh dan sambal kacang.. pada pagi tu.. Rendang daging pula telah di masak oleh assistant ku (Warsi).. Ku bekalkan hidangan ini untuk di bawa pulang oleh 'Ain ke hostel. Dia rasa macam mood rayalah pulak..  Sesekali ya 'Ain.. :)



5 comments:

Sal said...

Wah..nampak gaya bila mak anjang dtg ke rmh nanti, boleh lah hanna buatkan cheese cake ni. Nampak sungguh menyelerakan! Yummy!
Raha, tolong mintak ana tuliskan resipinya, nanti bagi kat akak ye...

moshi, .moshi, . said...

yeah. mekasih umie sbb bekalkan ain makanan. sedap2. (=
hbs gak mknan 2. kawan2 tlng hbs'n. heee...

Nora Asfa said...

Kak Sal... Raha tag resepi tu kat FB eyh!! Selamat mencuba.. :)

'Ain... sama-sama.. eheh biasa-biasa jer.. Semoga memperolehi keberkatan. Take care sayang. :)

Atie said...

Tak nak cuba...NAK RASA....:p

Nora Asfa said...

Atie.. tunggu mood dia datang..
baru boleh rasa.. eheh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails