Pages


Thursday, March 8, 2012

Law Kana Bai Nan Na (Nasyid Penyejuk Hati- Kecintaan Ummat kepada Kekasihnya Rasulullah S.A.W)

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Pencipta sekalian alam, salawat dan salam keatas junjungan kami Baginda Muhammad S.A.W. Rasul pilihan Allah.. Kekasih Allah dan kekasih Ummat.
 آللَّهُمَّ صَلّیۓِ ۈسَلِّمْ عَلۓِ سَيّدِنَآ مُحَمَّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدِنَآ مُحَمَّدٍ

 Kredit video untuk TV Al-Hijrah dan penyampai nasyid juga penterjemah..
Semoga di rahmati Allah

Kasih Baginda Rasulullah S.A.W. pada ummatnya tiada tandingannya... Bagaimana kita untuk melahirkan kecintaan kita pada Rasulullah? Ianya tidak cukup hanya dengan kata tapi harus di realisasikan dengan perbuatan dan melaksanakan sunnahnya.. 

Andai Rasulullah ada bersama kita ... sudah tentu kita tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan pastinya kita akan rasa selamat, aman bahagia, jiwa sentiasa tenang disisinya..  Peribadi Rasulullah yang kita sanjung adalah penyejuk hati dan tingkahlaku baginda amat santun menjadi contoh ummatnya.. 

Walaupun Baginda tiada bersama namun kita merasa hampir dengan Baginda S.A.W. jika kita sentiasa bersalawat keatas Baginda, menyebut nama Baginda, menghidupkan dan mengimarahkan majlis-majlis ilmu dan rajin membaca hadis-hadis Baginda S.A.W. juga mengamalkan apa yang telah diajar oleh Baginda dalam kehidupan kita yang semakin mencabar kini dengan pelbagai ancaman dari anasir yang cuba meruntuhkan akhlak generasi muda dan tua..  Bagi pengukuhan iman kita membaca Al-Qur'an sebagai panduan dan memahami ayat-ayat yang di turunkan Allah bagi mendekatkan hati kita kepada Allah S.W.T.. kerana kita berhubung terus pada Allah.

Kita pinjam dan kongsi serta hayati lirik juga setiap bait kata-kata ini yang menyentuh hati.. hati semakin di dakap rindu pada mu Ya Rasulullah..

"Wahai Tuhan, kami telah lalai dan alpa
Namun setiap dari kami mendambakan
Pada keampunan-Mu
Pada sifat pemurah-Mu
Pada pembebasan daripada api neraka-Mu
Dan pada syurga-Mu bersama Penghulu
segala manusia

Kami memohon pada-Mu
Kami memohon pada-Mu, wahai Tuhanku
Jauh di lubuk hati kami
Andai Rasulullah masih 
ada bersama kami
Pasti yang jauh dan dekat akan datang 
padanya 
Mengharapkan kebaikan Rasulullah sebelum 
ia berakhir
Dengan harapan dapat
mendampingi Rasulullah
Kerana mendampinginya jiwa
menjadi tenang
Dan do'a akan diperkenan oleh Allah
Cahaya Rasulullah tidak pernah sirna

Wahai Tuhan, makbulkan hajat kami
untuk bertemu dengannya
Hidayah-Mu ibarat alam yang 
terbentang luas
Sebagai kasih sayang Tuhan 
pemberi hidayah
Bicaramu bagaikan sungai yang jernih
Berdampingan denganmu bagaikan 
dahan yang segar dan basah
Ku tebuskan diriku dengan dirimu,

Wahai Rasulullah
Wahai Muhammad yang memuliakan 
segala makhluk
Berada disisimu jiwa menjadi tenang..

Wahai pembawa rahmat bagi sekalian alam
Wahai kekasihku... wahai Muhammad
Wahai penawarku, wahai yang sentiasa di puji
Kelebihanmu tidak dapat di sangsikan lagi
Maha Agong yang bersalawat keatas Baginda

Wahai kekasihku... wahai Muhammad
Wahai penawarku, wahai yang sentiasa di puji
Kelebihanmu tidak dapat di sangsikan lagi
Maha Agong yang bersalawat keatas Baginda


Katakanlah : "Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuni-Nya dosa-dosa kamu, 
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang." 

~ Ali-Imran Ayat 31~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails