Pages


Saturday, September 20, 2014

Sebu perut.....!!!

Minggu ni sahaja beberapa kali perut rasa tak selesa.. sebu!!
Sebu???  Mengapa?  Kemungkinan pemakanan yang kita ambil tidak hadam dengan sempurna atau angin sudah berkumpul dalam perut.. (bila kesibukan tugas membantu suami atau mengalami ketegangan urat dan terasa sakit yang amat menyebabkan ku tidak menjalan rutin memasak dan hanya menjamah makanan yang di bawa balik oleh che' suami).

Bila situasi perut meragam sebegini...  apa juga kita buat serba tak kena... nak makan apa pun tak boleh...


Antara cara yang biasa ku lakukan untuk meredakan kesebuan ni....  

1.   Minum air isotonik campur dengan eno.. jika kebetulan ada dalam simpanan di rumah..

2.  Jika tidak makan ubat angin - ubat yang perlu ada dalam simpanan.

3.  Atau paling mudah dengan mengosongkan semula perut dengan memuntahkannya..

4.  Kemudian minum air suam dan sapu minyak angin.. dan rehat.

In syaa' Allah.. mengurangkan sedikit ketidak selesaan..

Bila perut dah rasa agak lega ... perut yang kosong tadi isi semula dengan makanan..sebaiknya roti dan susu.. 

P/S:  Ini adalah tips yang ku lakukan...   jika anda menghadapi situasi yang sama terlebih dahulu minta nasihat doktor..  betul ke cara ni....??  teheeeee!!

Memo:  Sewaktu menaip ni.. perut dah rasa lega.. Alhamdulillah!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails