Pages


Sunday, September 21, 2014

Perjalanan Haji (2012) - Menggamit memori 2 tahun yang lalu

Alhamdulillah .. tarikh hari ini 20 September dan awal pagi 21 September genap 2 tahun perjalanan haji kami (bersama suami dan kakakku Norafizah) pada tahun 2o12 yang lalu (20.09.2012 - Khamis malam Jumaat 21.09.2012).. nota catatan di sini -  Perjalanan Haji: Kenangan manis.

Melihat perjalanan para dhuyuf Al-Rahman pada tahun ini ke tanah suci Madinah dan Makkah ianya mengingatkan kembali perjalanan yang penuh nostalgia dalam memori kami.. Amat rindu dengan suasana itu.. 

Suatu perjalanan yang menyeronokkan dan tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.. 

Sesiapa sahaja yang menjadi tetamu Allah s.w.t. pasti merasai kenikmatan tersebut.. Bagiku dan para hujjaj yang lain tiada riak sedih terpancar di wajah mereka kerana sudah terbayang tempat yang bakal di tuju di hadapan ini kelak adalah ruang ibadah yang luas sebagai pengujung rumah Allah s.w.t. Baitullah al-Haram, Makkatul Mukarramah. Melaksanakan kerja haji dan umrah bagi melengkapkan rukun Islam yang ke-lima. Hadiah paling besar buat umat Islam yang di jemput Allah s.w.t. sebagai tetamu ke tempat suci-NYA.

Perasaan ketika itu terasa terlalu hampir dan dekat dengan Allah s.w.t. yang merahmati kehadiran hamba-hamba-Nya yang datang membesarkan Allah dari segala-gala makhluk yang ada di muka bumi ini.. Tempat paling suci di sisi Allah s.w.t. yang di naungi oleh para malaikat, tempat yang menjadi lambang kebesaran Allah s.w.t. di mana kita menghadap Allah s.w.t. merayu dan mengharap dalam do'a dan ketika sujud kepada Allah s.w.t. setiap hari dan akan bersua dengan tempat terletaknya Ka'abah kini bakal berada di depan mata..

Ketika itu dah terbayang beberapa jam lagi tubuh ini bakal menjejak kaki di tempat lahir Rasulullah s.a.w., jalan-jalan yang di lalui oleh Rasulullah s.a.w. para nabi-nabi sebelumnya, tempat-tempat perjuangan Rasulullah s.a.w. di Madinah dan Makkah.

Perasaan ingin tahu dan merasai sendiri pengalaman yang amat berharga sebagai pilihan Allah bakal bertamu di taman raudahnya, memberi salam buat Rasulullah s.a.w., bersolat dan bersujud, duduk di mana tempat Rasulullah s.a.w. melaksanakan ibadah dan tempat tinggal Rasulullah s.a.w.  Terasa hampirnya diri dengan Rasulullah s.a.w. kerana jasadnya di makamkan berhampiran taman raudahnya di masjidun Nabawi di samping Saidina Abu Bakr r.a. dan Saidina Umar al-Khattab r.a. di Madinah al-Munawwarah. 

Menyaksikan sendiri tempat peninggalan para anbiya' seperti Nabi Ibrahim a.s., isteri baginda, anaknya Nabi Ismail a.s. dan para sahabat-sahabat nabi s.a.w. yang berjuang mempertahankan agama suci Islam daripada kecaman musuh Allah s.w.t.

Hati melonjak girang hanya dengan mengingati Allah s.w.t hati menjadi tenang.. Sepanjang perjalanan zikir dan istighfar tak lekang di ucap begitu juga salawat dan salam... Tidak perlu khuatir dan bimbang akan keluarga yang di tinggal kerana sepenuh keyakinan kita serahkan ke pada Allah s.w.t. yang akan memelihara dan menjaga kesejahteraan mereka..

Gambaran sepanjang memulakan perjalanan dari rumah ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.. 

Saudara-mara mula meraikan kami dari rumah bersama iringan do'a dan azan yang di laungkan oleh satu-satunya anak terunaku..Muhammad Firdaus..  Bacaan do'a yang di sampaikan oleh adik iparku.. Hj. Jamaluddin.   Alhamdulillah.. Keluarga terdekat mengiringi kami hingga ke kompleks Tabung Haji.. Mereka sanggup bersekang mata hingga pukul 1.00 pagi menghantar kami sehingga kami masuk ke dalam bangunan kompleks.. 

Di perkarangan Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya meriah dengan kehadiran ramai sanak saudara para hujjaj..  dan petugas-petugas Tabung Haji yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.. Kami terasa amat di raikan sejak awal lagi.. Semuanya adalah atas kehendak Allah s.w.t. yang menyambut tetamu-tetamu-Nya yang istimewa.  In Shaa' Allah.



Kenangan bergambar bersama ibu tercinta yang kami tinggalkan dan anak-anak tersayang... 


 Wajah anak-anak yang masih kelihatan riang dan tenang...





 Beratur untuk melapor diri dan menerima lencana, tag dan cenderahati..







Saudara-mara terdekat memeriahkan suasana.. dan merapatkan ukhwah kekeluargaan..





 Beratur untuk memulakan perjalanan masuk ke dewan taklimat sebelum menaiki bas dengan di anggotai oleh petugas-petugas pengiring ke lapangan terbang KLIA...

 Anak-anak mulai merasa sedih dan hiba untuk mengucap selamat berangkat dan perpisahan sementara ...  Jika di takdirkan kami pergi buat selama-lama kami merasa nikmat kerana pergi dalam keadaan niat yang murni mengabdikan diri pada Illahi..  

 Satu-satunya anak terunaku Muhammad Firdaus yang terlalu hiba di tinggalkan... penuh semangat ketika ini untuk belajar di madrasah tahfiz.. Sewaktu kami membuat persiapan membeli pakaian ihram dia pun turut sama untuk membeli kurta dan serban.. Memohon kami bersungguh mendo'akannya di tanah suci agar apa yang di cita-citakan terlaksana.. Alhamdulillah cita-citanya tercapai setelah lulus temuduga untuk memasuki madrasah pada tahun 2013.. Semoga niat murninya di terima Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. menerangi hatinya dan mudah menerima kalam Allah di dadanya untuk di fahami dan di amalkan.. Aamiin.

 Selamat tinggal sayang ...  Selamat tinggal Malaysia..... do'a iring mengiringi sepanjang perjalanan dalam melaksanakan ibadah.. 


LABBAIK ALLAH HUMMA LABBAIK!!
Kami datang menyahut panggilan-Mu YA ALLAH!!

5 comments:

Unknown said...

semoga dipermudahkan segala urusan...

rokiah Abdul hamid said...

Alhamdulillah...dah sampai pun mak usu sekeluarga...kami akan menyusul insyaAllah

Nora Asfa said...

@ Ibu Ann... Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan perjalanan haji hingga selamat kembali ke tanah air..


@Rokiah Abdul Hamid: Alhamdulillah.. bila tarikh Rokiah untuk mengerjakan umrah.. semoga Allah permudahkan segala urusan dan memperolehi umrah yang mabrur!! Do'akan kami kelak bila berada di tanah suci ya!!

Abam Kie said...

Alhamdulillah...sampai juga akak n abang ke sana..sy ni dah daftar cuma tunggu giliran je la... btw, sy follow blog akak. tq.

Nora Asfa said...

Terima kasih Sir Abe Kie.. Alhamdulillah.. In Shaa' Allah bakal menjadi Dhuyuf al-Rahman suatu hari kelak.. jangan putus berdo'a sesungguh... Allah senantiasa mendengar rayuan dan bisikan hamba-hamba-NYA. In Shaa' Allah. Kami daftar 2006 dan dapat panggilan tahun 2012.. Alhamdulillah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails