Pages

Saturday, October 2, 2010

Mengingati Mati - *Your Life... Your Choice.. * ~ PRAY YOUR PRAYERS~


Salam sejahtera,


Hari ini ingin ku bermuhasabah diri ini... kasihan pada diri ini.. dalam sepanjang hidup ini apalah sumbanganku selama ini..  Usia sentiasa bertambah dari hari kehari.. berapa lama lagilah ku akan menghuni di dunia yang fana' ini.. Rahsia usia hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Setiap detik  ada saja makhluk yang baru di lahirkan dan yang kembali pulang ke hadrat Illahi..

Sudahkah persiapan diri di lengkapi.. Lihat jauh kedalam diriku.. oh..masih jauh..jauh lagi tertinggal .. tangisi.. insafi diri.. 
Ayuh bangkit wahai diri.. apa di tunggu lagi.. 
Suami selalu berpesan "Cermin diri" ingat akan mati yang tak tahu bila akan datang menjemputmu nanti.. Pesanan yang sentiasa di sampaikan buat keluarga "Solat awal waktu"... kelekaan duniawi kadangkala mengalpakan tanggungjawab ukhrawi.. sikap bertangguh dalam amalan memang amat merugikan diri sendiri.. 
Bangkit... bangkit wahai diri.. jangan di ikut nafsu malasmu itu..

"Ya Allah... sedih rasanya... kerana masih banyak lohong kosong yang tidak berisi.." Biarlah ku meratapi diri sekarang sebelum ku meratapi setelah di panggil Illahi nanti.. "Ya Allah berilah kemudahan dan taufiq dan hidayahMu agar hambaMu sentiasa di pesan.. di ingati.. mahupun dimarahi.. terimalah dengan hati terbuka setiap bait kata peringatan..dengan pesanan walaupun teguran itu kadangkala menyentuh hati tapi itulah ubat hati yang paling ku kehendaki agar sentiasa mengingati Mu Ya Illahi.."


Biarlah peringatan demi peringatan... jangan jemu mendengarnya.. 
Kerana ada yang sayang maka ambillah setiap nasihat dan teguran sebagai penawar..


Bercakap memang mudah ... untuk mempraktikkannya bukanlah suatu yang senang.. Kadang kita ni boleh menasihatkan orang lain tapi dalam masa yang sama diri sendiri juga banyak kekurangannya.. dan banyak yang perlu di perbetulkan. Suamiku berpesan lagi.. "Cermin diri.. perbaiki diri sendiri". Renung-renungkanlah wahai hati.. pesanan dari insan yang kau sayangi..


"Ya Allah... Ampuni segala dosa yang ku lakukan.. hambaMu terlalu kerdil dan lemah Ya Allah.. ku mohon belas ihsanMu yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. Hanya kepadaMu hambaMu bersujud dan mengadu Ya Allah!! Segala puji hanya bagiMu Ya Allah Tuhan pencipta Sekelian Alam.. kesejahteraan serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. KekasihMu yang amat kau kasihi"


Marilah sama-sama kita menonton video di bawah ini sebagai pedoman agar dapat membantu menginsafi diri.. Mudah-mudahan Allah sentiasa membuka pintu hati hamba-hambaNya dengan memberi cahaya taufiq dan hidayahNya.. Agar kita sentiasa mengingati Allah dengan tidak meninggalkan solat dan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi laranganNya semoga hidup kita di Rahmati dan di RedhaiNya.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails