Salam sejahtera di hari Jumaat penghulu hari yang mulia ini.. semoga kita semua memperolehi keberkatan dari ALLAH S.W.T. dan buat pengunjung yang di hormati ku do'akan sentiasa berada di dalam limpahan Rahmat dan Kasih SayangNYA.
Bermula bicara dengan kerendahan hati saya mengakui bukanlah orang yang begitu arif di bidang ilmu agama dan tiada sijil kelayakan pun namun mana ilmu yang saya perolehi dan baca dari rakan-rakan di alam maya ni setelah mendapat izin dari tuannya untuk di kongsi bersama di ruangan yang tidak sepertinya ini buat peringatan diriku dan akan ku kumpulkan sebagai koleksi ilmu supaya dapat ku baca berulangkali kerana diriku ini insan yang lemah dan alpa.
Semoga Allah S.W.T mengurniakan kemuliaan buat Ustaz Amal Rahman yang telah banyak menyumbangkan ilmu yang bermanafaat untuk sama-sama kita renungi dan sebaiknya di amalkan. (Amat mudah berkata tapi untuk beramal inilah perlukan pengorbanan dan kesungguhan).
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke Syurga." (Riwayat Muslim)
Walau bagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim)
10 LALUAN YANG BAKAL DI LALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA
1. LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji.
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dengan istibra' (berdehem selepas buang air kecil)
2. LALUAN UNTUK BERTEMU IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat.
b. Gembirakan hati orang Mu'min.
c. Bayar semula kadha' (solat dan puasa) yang tertinggal dengan kasih sepenuh hati kepada ALLAH Ta'ala.
3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNKAR NAKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat.
b. Suka memberi sedekah.
c. Berkata benar.
d. Bersihkan dan perbaiki hati.
4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat.
b. Sucikan perkataan dan pakaian.
c. Bersyukur dengan yang sedikit.
d. Suka dan redha dengan yang di datangkan oleh ALLAH S.W.T.
5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia.
b. Pendekkan cita-cita dunia.
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH Ta'ala.
d. Banyakkan sedekah dan khairat.
6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala.
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa.
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'.
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.
7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA.
a. Banyakkan membaca al-Quran.
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu.
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram.
8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA.
a. Membuatkan kebajikan seberapa banyak yang boleh.
b. Kasihi orang yang soleh.
c. Kerjakan segala suruhan ALLAH.
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH.
9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
a. Kasihilah Nabi ALLAH.
b. Kasihi Rasulullah S.A.W.
c. Tuntutilah yang di fardhukan oleh ALLAH Ta'ala.
d. Banyakkan selawat Nabi S.A.W
10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH TA'ALA
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH Ta'ala.
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH Ta'ala.
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH Ta'ala.
d. Bencikan segala yang di haramkan-NYA.
"Ya Allah, ampunilah aku, berilah hidayah kepadaku, kurniakanlah aku dengan rezeki, beri afiat kepadaku, aku mohon perlindungan-Mu daripada kesempitan tempat berdiri pada hari akhirat kelak."
(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn. Majah)
No comments:
Post a Comment