Hari ini Ahad, 10hb. Oktober, 2010 atau lebih cantik bila di catat 10.10.10 merupakan tarikh unik berkaitan dengan digit..
Pagi tadi sewaktu mencatat N3 di blog diari ni catatan tersebut tak de kena mengena pun tentang tarikh hari ini tetapi secara tak sengaja N3 tersebut terpost pada jam 10.10 a.m.
Lebih cantik lagi bila di catat begini... 10.10.10 @ 10.10 a.m.
Tersenyum ku sendirian.. hehe.. "menghiburkan hati sendiri.." bila boleh tercipta sejarah sendiri tanpa perancangan. Alahai catatan yang tak seberapa pun.. ish!!
Tapi N3 yang satu ini memang ada kena mengena dengan tarikh 10.10. Sebenarnya tarikh hari ini ada catatan sejarah dalam hidupku.. ianya sudah berlalu dua tahun yang lalu.. pada tarikh 10.10.2008.
Di tahun tersebut entah mengapa hatiku terdetik berkata, "Dah bertahun tak pernah berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan.. kan seronok kalau tahun ni dapat berpuasa penuh.. " Sebab semasa mengandungkan anak dan menyusukan anak terdahulu pernahlah beberapa kali di hadiahkan Allah dapat berpuasa penuh..
Bagi wanita sehat untuk memperolehi puasa penuh memanglah sesuatu yang mustahil kerana fitrah tubuh wanita itu sendiri yang telah di jadikan Allah SWT melalui *kitaran khas* setiap bulan.
Di takdirkan Allah selepas 10 tahun ku tidak mengandung pada tahun tersebut dengan kekuasaan Allah tanpa ku duga dua bulan sebelum ketibaan bulan Ramadhan ku mendapati diriku mengalami tanda-tanda tersebut.. Alhamdulillah ku rasa bersyukur atas kurniaanNya. Ku rahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga kecuali suamiku yang paling awal mendapat kesan.. Konon nak bagi surprise laaa.
Seperti biasa menjadi amalanku sewaktu mengandung akan membaca Al-Qur'an surah Yusuf pada awal kandungan (3 bulan pertama) dan beberapa surah lain.. Ku sentiasa memohon ke hadrat Allah agar kandungan sehat dan sempurna tubuh badannya disamping memohon di kurniakan anak yang soleh.. dan selamat dalam kandungan. Setiap ibu akan berdo'a begitu..
Alhamdulillah ku lalui Ramadhan tahun itu dengan rasa seronok dan tenang sekali. Pertengahan Ramadhan pembantuku kurang sehat.. jadi segala tugasan rumah ku lakukan sendiri..
Mengandung di usia 40 an memang tak sama semasa usia 20 an atau 30 an.. Mudah keletihan dan tidak boleh melakukan kerja terlalu berat, ku perlukan bantuan anak-anak.. jadi rahsia tak boleh di sembunyikan lagi... rahsia terbongkar. Biasalah ada masa perangai anak-anak ni menguji kesabaran juga.. jadi ku pesan pada anak-anak supaya berperangai sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan stress pada Ummi mereka ni.. Jadi ku jelaskan hal sebenar pada anak-anak.. Mereka amat gembira dengan berita tersebut terutama anak paling kecil, Firdaus.. memang lama dia menanti kehadiran seorang adik.. Kakak-kakaknya apa tah lagi.. ku sangka mereka bila dah besar tidak berapa suka mendengar khabar tersebut kerana pernah terjadi bila ibu yang sudah berusia dan anak-anak sudah besar mereka merasa malu bila mendapat tahu ibu mengandung dan mereka akan mendapat adik kecil lagi... Alhamdulillah anak-anakku tidak begitu malah merasa girang dan tak sabar menanti kelahiran adik barunya..
Bila hampir menjelang hari raya sudah pasti banyak tugasan yang nak di lakukan.. Alhamdulillah ku masih mampu berpuasa walaupun waktu berbuka dan bersahur tak begitu berselera untuk makan.. ku berdo'a sentiasa agar kandungan berkeadaan baik.. kerana ku belum buat pemeriksaan doktor sejak mengetahui diriku mengandung.. dan mengambil keputusan akan berbuat demikian selepas hari raya..
Dua tiga hari sebelum raya ku merasakan perut begitu lembut dan merasa sakit seperti senggugut.. Ku beritahu pada suami... namun ku sangka tentu tiada apa-apa masalah.. Di hari akhir puasa (29.9.2008) ku bersiap untuk menyediakan masakan untuk menyambut Syawal.. Ayam telah ku bersihkan dan sementara tu ku membersihkan keliling rumah dahulu.. Tiba-tiba ku merasa ada sesuatu yang mengusarkan bila ada tanda-tanda yang ku tak pasti.. ku beritahu pada suami.. segera ku bersiap untuk ke hospital tengahari tu kerana ada kelainan pada kandungan ku kali ini. Anak kecilku sedih bila mendapat tahu ada sesuatu yang tak kena berlaku.. dan mula menangis.. Dia berharap adik di dalam kandungan tak ada apa-apa..Ku mohon mereka berdo'a sementara mendapat keputusan dari doktor.
Tiba di hospital doktor melakukan ultrasound dan mendapati jantung janin tiada denyutan.. ku merasa begitu sedih..namun sudah di takdirkan Allah tiada rezeki ku memperolehi anak ini.. Tapi janin masih berada dalam kandungan.. doktor memberi tempuh 3 minggu untuk datang kembali.. Oleh kerana usiaku doktor menyarankan agar janin ini gugur secara semula jadi tanpa melibatkan pembedahan kerana pelbagai risiko akan berlaku.
Sepanjang hari raya ku masih beraya seperti biasa dan menanggung sedikit kesakitan.. Sepupuku seorang doktor mempelawaku untuk ke kliniknya untuk melihat keadaan janin yang masih dalam kandungan.. Beliau menasihatkan ku untuk mengambil ubat tambah darah kerana risiko keguguran adalah lebih menyakitkan dari kelahiran biasa dan kemungkinan kehilangan banyak darah itu besar..
Solat ku lakukan seperti biasa tapi ku perlu bersihkan diri setiap kali untuk bersolat.. Di fahamkan dari sesetengah pendapat yang di jelaskan oleh sepupuku selagi janin masih di dalam kandungan ia masih di anggap kita masih dalam keadaan suci untuk melakukan ibadah..
Kesakitan semakin kuat terasa pada 10.10.2008 selepas solat maghrib.. Kakak iparku yang duduk di sebelah rumah datang mengurut dan Alhamdulillah beberapa minit kemudian janin ku keluar dengan selamat di rumah dengan berlaku banyak pendarahan.. Umur janin ketika itu berusia sebelas minggu dan telah hampir lengkap anggota tubuhnya dengan tubuh yang sungguh halus sebesar jari kelingking. Kedua tangannya terletak elok di pipi kanan seperti orang tidur mengiring dan kedua-dua kaki yang sungguh halus dengan jari-jari yang telah lengkap... Mashallah.. Doktor memberi pandangan sebelum itu bahawa bentuk janin seperti kelongsong yang panjang.. tetapi ianya telah tiada dalam karung lagi.. sebab tu ku dapat melihat dengan jelas bentuk janin tersebut..
Bersambung...
Tarikh dan nombor yang cantik ni memang biasanya menarik hati sesiapa pun... jika kebetulan berlaku sesuatu peristiwa ianya menjadi satu kenangan manis atau pahit buat empunya diri.. dan menjadi sejarah dalam hidupnya. Ada juga yang mengambil peluang menggunakan tarikh unik seperti ini dengan mengikat tali perkahwinan dan pelbagai acara lagi..
Hari ini ku menanti berita gembira bila kakak ipar sulungku masuk wad untuk melahirkan anak ke 5.. Ku do'akan semoga kakak dan anak sehat dan akan di lahir dengan selamat..
(Berhenti di sini dulu ... untuk menghantar anak balik ke Melaka)
2 comments:
Salam Raha...takde rezeki abang Nan/kak Rubi untuk dapat anak kelima lahir pd 10.10.10, tapi yang penting kak Rubi telah selamat melahirkan pd 11.10.10. Nice digit jugak tu...1 and 0!! hehehe
Wa'alaikumusalam.. Alhamdulillah.. semuanya dah selamat, baby pun teramatlah comel.. seronok pulak macam teringin nak tambah satu lagi..
cuma larat dengan tak larat je kann.. badan pun dah berat ni.. Ehehehe!!
Post a Comment