Pages


Friday, October 15, 2010

Pengalaman memori perjalanan 10.10.10 di Lebuhraya PLUS arah selatan.

10.10.10 ~ 15.10.10 - Tarikh tragedi berdarah di KM 223, Lebuhraya Plus, sudah 5 hari berlalu. Namun masih segar dalam ingatan setiap penduduk di Malaysia peristiwa yang amat memilukan itu.  Kemalangan ngeri berhampiran persimpangan tol Simpang Ampat, menjadi satu sejarah sedih seluruh rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.. Takziah buat keluarga mereka.. dan kepada yang beragama Islam kita do'akan agar roh mereka di cucuri rahmat dan di himpunkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. (AL-FATIHAH).


Sebenarnya masih ada lagi kenangan pada hari tersebut belum tercatat dalam diariku...Sambungan dari catatan ringkasku sebelum ini..

Catatan yang ini agak terpanjang sedikit kot... banyak sikit nak kisahkan.. (sebagai simpanan koleksi memori sendiri dan keluargaku untuk tatapan akan datang- jika blogspot ni tak de masalah seperti blog 360 dulu lah..)

10.10.10  - 8.25 p.m. ~ Kami sekeluarga (kecuali Nabilah tinggal sendirian di rumah kerana akan bekerja keesokan harinya) bertolak dari rumah di Meru, Kelang menuju ke Lendu, Alor Gajah, Melaka.


8.50 p.m. ~ Berhenti sebentar untuk menunaikan solat Isya' di R & R Dengkil, ku sempat membeli 2 botol air minuman juga sedikit halwa buah kering dan gula-gula.  

9.15 p.m ~ Kami meneruskan perjalanan.   Perjalanan di lebuhraya lancar  sehinggalah melepasi R & R Seremban, trafik mulai perlahan sebelum Exit Pedas-Linggi-Rembau.. waktu itu lebih kurang hampir jam 9.40 p.m. kami fikir tentu ini hanya kesesakan sementara atau ada kemalangan kecil dihadapan sahaja.. Suamiku mengambil keputusan untuk memasuki jalan lama di Exit tersebut jika kesesakan itu memakan masa yang lama.. Tiba di persimpangan Exit Pedas-Linggi-Rembau kelihatan kesesakan teruk di laluan Exit tersebut manakala lebuhraya berjalan lancar.. jadi serba salah mana satu jalan yang okay ni.. akhirnya kami mengambil keputusan meneruskan perjalanan mengikuti lebuhraya.. 

Anak-anak dah happy kerana tak de lagi kenderaan jalan tersengguk-sengguk (terhenti-henti).
Suamiku pula berkata, "Jangan terlalu suka sangat.. selagi belum sampai.."  Che' Abang berharap akan tiba di Lendu dalam lingkungan pukul 10.30 malam.. (kerana badan beliau sudah mula keletihan bekerja sehari suntuk.. tambahan jalan dah jem gini..kepala pun dah mula berdenyut. (migrain). Apa taknya tiba di rumah selepas beliau selesai mengerjakan solat maghrib di masjid langsung bersiap untuk menghantar anak ke Melaka pula... Apa yang boleh ku bantu hanya menyapukan minyak angin di tengkuk dan memicitkan kepala suamiku..)


Semasa perjalanan mulai lancar...ku berkata, "Tak de apa pun yang berlaku... kemungkinan sesak tadi sebab ramai nak masuk simpang tol Pedas kot!"

Betullah cakap Che' Abang..... kelancaran tu hanya sementara, setelah berjalan beberapa ratus meter keadaan trafik mulai perlahan semula.. 

"Apa sebenarnya dah jadi ni.. jem teruk sangat.. kenapa tak de pengumuman mengenai laporan trafik kat radio." Ku mula merungut.. (tapi masih sabar lagi... hehehe)
Biasalah dalam perjalanan selain mendengar keriuhan suara anak-anak, radio menjadi teman sepanjang perjalanan..  Kemungkinan sudah ada pengumuman di radio tapi di sebabkan anak-anak suka tukar-tukar channel radio terlepas dengar... sekitar jam 11.00+ malam barulah terdengar pengumuman di radio Sinar FM mengenai 2 kemalangan yang berlaku di lebuhraya arah laluan yang sedang kami ikuti... di kawasan selepas tol Pedas dan juga kemalangan teruk berhampiran tol Simpang Ampat.. Pengumuman mengarahkan agar pengguna lebuhraya mengikuti jalan alternatif memasuki Exit tol Pedas...


Ain:  "Baru Ummi sebut.. dah ada pun pengumuman"


Ummi: "Tapi dah terlewatlah...kita dah terlepas laluan tadi.. tu lah tak ikut cakap Abah tadi kann.. Pengumuman radio pun lambat sangat.       
Suami menoleh kearah ku.. "Patutnya kita masuk jugak jalan dalam tadi.. ni dah terlepas tak boleh nak berpatah balik.. Tak de lagi jalan susur keluar lepas ni".

Masing-masing akur, tak boleh nak kata apalah kann..
Ku lihat meter tangki minyak pun dah kurang dari separuh. Kebiasaannya Che' Abang isi penuh tapi hari tersebut hanya dibiarkan berapa baki minyak yang ada saja dan plan akan isi di dalam perjalanan.. tapi lalu di kawasan R & R Seremban tak singgah stesen minyak pun....  Ya lah siapa sangkakan... akan berlaku situasi yang tak pernah di duga dan  jarang di alami sebelum ni.. 

Jem terukkkk yang teramatttttt sangat... Kereta dah berderetan (ratusan atau ribuan agaknya) pengumuman radio tadi mengatakan kenderaan tersangkut dalam kesesakan lebih kurang 7 km.. Tapi rasanya lebih lagi dari itu...Sungguh panjanggggg..  tapi syukurlah tak de yang membunyikan hon kecuali kenderaan polis, JPJ dan ambulan ... 

Bagus sikap pemandu Malaysia yang berhemah ni kannn ... TAHNIAH!!!!!
Malam tersebut banyak juga kenderaan dari Singapura memenuhi lebuhraya... dan juga motor-motor besar.. tapiiiiiiii.... jalan 3 lorong dah jadi 4 lorong... termasuk laluan kecemasan.. Pehak polis pun  nampaknya cool je... masing-masing akur kannnn!!!


Kalau jalan sebegini asyik berhenti-henti dengan enjin sentiasa on, cukup ke minyak ni sampai ke Alor Gajah..? huhuhu...perjalanan jauh lagi...  Adakala kenderaan langsung tidak bergerak selama hampir 10 minit atau lebih..  kalau berhenti nanti pukul berapa pula nak sampai.. anakku yang kecil rajin bebenor nak ke sekolah juga walaupun UPSR dah berlalu.. Adalah sebabnya ...kerana dia terbabit dalam game futsal.. Hannah dan Syima masih cuti sekolah kerana pelajar PMR sedang menjalani peperiksaan lagi.. tak menjadi hal buat mereka..


Salah seorang anakku dah bersuara.. "Wah! macam ni pukul berapa kita nak sampai? Tidur di lebuhraya je la nampaknya". 
Anak-anak ada yang dah merungut "tangki air" pun dah penuh.. kawasan rehat jauh lagi... grrrrrrr.. "Tahan jer la ya... sabor..sabor..."

Ada juga ternampak beberapa pengguna jalanraya (lelaki dan kanak-kanak...ooppss sorry) yang berhenti di tepi-tepi jalan...mencari kawasan agak gelap sedikit tapi... cahaya lampu banyak dowh!!

"Dah tak tahan sangat nak terkucil *tett* la tu...",  ishhh sapelah tu yang bercakap...
"Jangan toleh... tak baik! kawal pandangan tu"... 
"yup..yup..yup.. tak tak tak!!!"... 
Tak habis-habis gelak anak-anakku usik mengusik.. menghilangkan keboringan...


Di hadapan sudah mula kelihatan cahaya lampu kecemasan biru di  sebelah kanan di lebuhraya selepas tol Pedas, polis sedang menunggu mayit yang terkujur di tepi jalan untuk di uruskan.. kemalangan ini tiada di highlightkan di akhbar. Kemalangan ini membabitkan penunggang motor dan lori... kelihatan rangka motor yang dah remuk.. tapi lori sudah tak kelihatan lagi..


12.00 a.m. - 11.10.2010 ~ Masih di lebuhraya.. Tempat kemalangan pertama sudah di lepasi... ada satu lagi yang perlu di tempuhi..Che' Abang dah mula tak dapat nak menahan sakit kepala (migrain), anakku 'Ain mengambil posisi memandu.. memberi ruang Abah berehat dan melelapkan mata seketika... Ubat pula tak de dalam kereta ni..

Jam sudah hampir jam 1.00 pagi.. kesesakan masih belum berkurangan.. 5 km lagi ke kawasan rehat Pedas yang hanya ada tandas dan wakaf.. Anak-anak dah mulai resah kerana nak kosongkan "tangki air" masing-masing terasa teramatlah lama dan jauh.. Tangki minyak pun dah makin berkurangan.. Aircond di matikan untuk penjimatan minyak.. Harap-harap sempat jumpa stesen minyak.  Risau juga dibuatnya jika sekiranya kehabisan minyak di lebuhraya... Nasib baik suhu pada malam tu tak berapa panas dan terasa bayu malam menghembus lembut memasuki ruangan tingkap yang terbuka...

Sesekali bersaing dengan lori itek yang meninggalkan aroma bau itek yang semerbak dan menyesakkan ini yang dah sememangnya sesak, masing-masing terpaksa menutup hidung.. bulu-bulu itek halus pula berterbangan di ruang udara.. setiapkali bersaing dengan lori tersebut terpaksa tutup skrin tingkap.. Pemandu bas pula suka merapatkan kenderaannya dengan jarak yang terlalu hampir mencium belakang kereta.. Adeih cuak rasanya.. Taulah body bas tu besar janganlah nak gandingkan dengan body kereta yang kecil ni... isk.. pemandu-pemandu bas ni cubalah prihatin dan bertimbang rasa sikit... (Namun  tidak semua pemandu begitu ada juga yang berdisiplin - tidak suka nak menyalahkan orang)

Inilah gambaran kesesakan lebuhraya di hari yang malang tersebut (10.10.10)

Kenderaan bergerak seperti kura-kura.. tinggal lagi 500meter ke kawasan rehat, kelihatan telah banyak pengguna memberhentikan kenderaan di tepi jalan merehatkan enjin sambil merehatkan badan ada juga yang berbaring di atas rumput beralaskan kotak, tikar dan ada juga yang membuka bekalan juadah yang ada.. seperti berpiknik pulak... Kasihan juga melihat ada anak-anak kecil yang dah terlintuk-lintuk di bahu orang tuanya... lebihkurang 200 meter untuk sampai ke kawasan rehat.. kami memberhentikan kenderaan dan mengambil keputusan untuk berehat.. dan berjalan ke kawasan rehat Pedas untuk mencari "kamar kecil"... heheeh.. Suamiku pula tunggu di kereta, cuba melelapkan mata dan masih menahan sakit kepala..


Jalan masuk ke tempat rehat pun dah sesak dengan kenderaan di penuhi manusia pelbagai bangsa.. masing-masing nampak tenang sahaja.. tiba di "kamar kecil" ramai sedang menunggu giliran.. mengikut peraturan beratur dan berdisiplin... bagus..bagus!!!


Terdengar perbualan sesama mereka mengenai kejadian kemalangan di persimpangan tol Simpang Ampat yang menyatakan 12 orang terbunuh.. 2 bas antaranya 1 bas terbalik... 1 van, dan beberapa kereta. Rangka-rangka dan serpihan kenderaan berselerakkan di tengah jalan, mayat bergelimpangan.. Innalillahi wa inna ilaihiroji'un... Astaghfirullah alazim.. Terkedu bila ku terdengar berita yang sungguh mengharukan tersebut.. Oh.. patutlah.. baru ku tahu keadaan sebenar.. Dalam ramai-ramai tu ada juga yang sempat rakam situasi ditempat kejadian tersebut.. dan anak-anakku sempat mencelah menjenguk gambar-gambar yang di ambil... memang tak sampai hati melihat keadaan tempat kejadian..


Peniaga yang berniaga di van bergerak di situ pun dah kehabisan stok minuman.. wah laris nampaknya.. 


Kami kembali ke kenderaan.. dan berehat sementara menanti laluan pulih.. tapi nampaknya dah hampir pukul 2.00a.m tak de perubahan.. kami mengambil keputusan meneruskan perjalanan..


Kenderaan bergerak tapi masih perlahan lagi.. namun legaaaa bila sudah ternampak lambang stesen minyak Petronas di seberang jalan PLUS laluan ke utara.. (rasanya dah masuk kawasan Rembau)..  Kena beli juga minyak dengan apa cara pun sebab meter tangki dah hampir ke E.. Tapi yang ada dalam kereta hanya sebotol bekas air mineral yang kosong.. cukup ke?  Ku suruh anakku 'Ain mencari beberapa botol kosong jika ada di Petronas untuk mengisi bekalan minyak. Rupanya ramai juga yang berhenti menyeberangi jalan untuk tujuan yang sama.. Ku berpesan pada anak-anak untuk berhati-hati melintasi lebuhraya.. kerana ianya agak merbahaya kerana laluan ke arah Utara kenderaan di pandu agak laju.. berbanding ke arah selatan yang telah mulai bergerak seperti itik berjalan pula..hehehe!!! 


Bila ku keluar dari kereta ku terlihat banyak botol-botol air mineral kosong di tinggalkan di tepi-tepi jalan.  Semua berbau minyak petrol..  ku mengambil 4 botol dan arahkan anakku Syima memberikan pada kakaknya di seberang jalan.. tapi seriau juga melepaskan mereka melintasi jalan tersebut.. tapi tawakkal je kerana tangki minyak perlu di isi... Suamiku masih menahan sakit kepala lagi..


Akhirnya anakku dapat mengisi 8 botol  (12 liter) ~ 1 botol @ 1.5 liter minyak petrol termasuk 3 botol air mineral yang di beli dan buang airnya untuk di isi minyak... membazir juga tu.. tapi tu saja caranya... keadaan terdesak.. 

Bas Delima yang telah remuk itu telah di tarik dan di tempatkan sementara di stesen minyak tersebut.. Dahsyat keadaan rupa fizikal bas tersebut kata anak-anakku yang sempat pergi melihat bas tersebut dari dekat..

Setelah tangki minyak sudah berisi.. lega sedikit rasa hati.. dengan penuh harapan agar sempatlah sampai ke Alor Gajah..  Suamiku menelan 2 biji paracetamol yang di beli oleh anakku 'Ain.. 
'Ain meneruskan pemanduan ke destinasi di tuju... Hampir jam 3.00 pagi akhirnya sampai sudah di tempat kejadian.. Melintasi laluan tersebut kelihatan segala serpihan kenderaan di atas jalanraya sudah mulai bersih...Petugas dari PLUS masih lagi bertungkus lumus membersihkan sisa-sisa serpihan yang masih ada dan kelihatan kenderaan-kenderaan yang terlibat remuk teruk telah di alih ke bahu jalan..  Kelihatan ramai lagi pegawai-pegawai polis, JPJ sedang mengawal keadaan lalu lintas di kawasan kemalangan...

Gambar di ambil dari internet.. kenderaan masih belum di alihkan


3.00 a.m ~ Memasuki jalan ke tol simpang Ampat laluan sudah agak sepi... 
3.20 a.m ~ Akhirnya kami selamat tiba di UiTM, Lendu. Setelah menurunkan anakku 'Ain.. kami meneruskan perjalanan pulang ke Kelang.. Ku cuba mengambil alih memandu,  tapi seperti biasa suamiku tak membenarkan.. dia kata sakit kepala pun dah berkurangan sikit.. (Walaupun sudah lama mempunyai lesen memandu... ianya sekadar syarat ..  "simpan dalam frame je"). Sewaktu jalan keluar dari kampus tu  adalah juga terserempak  dengan beberapa kenderaan masuk terdiri dari keluarga yang turut sama menghantar anak mereka.. Masing-masing tiba lewatkan.. Nasib baik pagar kampus masih di buka lagi.. 

Melalui jalan PLUS kearah utara perjalanan selesa seperti biasa.. dan kelihatan laluan tempat kemalangan masih lagi lesu... masih sesak tapi tidaklah seteruk sebelumnya... Kami singgah di stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak lagi... ya la ada lebih kurang 120km lagi untuk mengharungi perjalanan.. Sambil tu sempat melihat rangka bas Delima yang remuk teruk di situ.. Taklah jauh mana antara tempat kami berhenti untuk isi minyak dengan simpang ke tol Simpang Ampat tu..

Dalam perjalanan pulang ku dan anakku Hannah bergilir mengurutkan tengkuk Abahnya dan sapukan minyak angin.. agar merasa sedikit segar dan menghindari dari terlelap.. Risau gak sebab seharian suamiku tidak mempunyai rehat secukupnya.. Matanya pun dah kelihatan bengkak... ku berdo'a agar tiba di rumah dengan selamat.. 


Ku menahan diri dari terlena.. untuk menemankan suami yang sedang memandu.. tetapi sesekali tak tertahan juga mata ni.. ada sekali ku terlena dan terjaga bila tersentak kereta bergoncang seperti terlencung sedikit.. Alhamdulillah tak de apa yang berlaku.. Ku bertanya pada suami.. apa yang berlaku.. "Abang terlelap ke?"
Che' Abang hanya menggeleng kepala.. "Tak de apa". Selepas tu mataku terasa segar sedikit dan ku sentiasa mengawasi suami takut dia terlelap ketika memandu..

Ku bertanyakan Hannah ketika tu dia baru nak menyandarkan badan katanya selepas penat memicit Abahnya.. "Huh nasib baik lori kat depan tu jauh..."


"Kenapa Hannah? Hannah nampak Abah terlelap ke?"... ku bertanya lagi tak puas hati..


"Tak de apa.."... sambil tersenyum.. 
Okaylah masing-masing nak berahsia.. ku pun mendiamkan diri dan berdo'a agar cepatlah selamat sampai di rumah.. Kesian suamiku yang sudah terlalu keletihan.. tapi demi anak dia sanggup berbuat apa sahaja.. 


Tepat jam 5.00 a.m ~ Alhamdulillah selamat tiba di rumah.. 


Suamiku membersihkan diri dan tidur.. ku pula sementara menunggu sehingga masuk waktu Suboh, sambil online sempat update blog dan search Google mengenai kejadian hari yang paling tidak dapat ku lupakan ini.. Banyak sudah informasi mengenai peristiwa tersebut..  Masuk waktu subuh ku pun mengejutkan suami.. Selepas tu...Zzzzzzzzzzzzz.. Keletihan... 

Sebenarnya kejadian tersebut menjadi iktibar buat semua..
"Malang tidak berbau".. itulah ungkapan yang biasa di guna dalam bidalan melayu di atas apa juga kejadian buruk yang tidak terduga oleh manusia samada di dalam rumah atau di luar rumah..


Kadangkala dalam berhati-hati pun kemalangan masih boleh berlaku.. Inilah di namakan takdir yang telah di tetapkan oleh Allah sejak azali lagi.. Sebagai manusia selalu diingatkan mengenai ibadah.. persiapan dalam meningkatkan amal, beriman, bertaqwa dan patuh setiap ajaran Allah juga sunnah Rasulullah SAW dan menjauhi segala laranganNYA.  Kita ni makhluk yang lemah perlu kerapkali di ingat-ingatkan.  Jika lalai atau lupa ada orang lain pula tolong ingatkan.. Bab ibadah tidak boleh di tangguh kerana itulah bekalan kita di akhirat kelak.. Alam yang abadi..


Maut itu pasti.. tiada siapa dapat mengelak dari kematian.. Orang sehat pun boleh mati bila berlaku kemalangan yang tidak terduga seperti ini.... Kematian juga berlaku dalam keadaan sedang tidur dan dalam keadaan mengejut.. Manakala ada juga orang yang sakit bertahun-tahun tapi Allah masih panjangkan usia mereka.. Cuma kita tak pasti bila dan di mana.. dan bagaimanakah pemergian kita. Sentiasalah berdo'a kematian kita kelak dalam keadaan beriman dan memperoleh "khusnul khotimah" .. pengakhiran yang baik 
di sisi Allah SWT. 

(Sebagai iktibar) Video kemalangan berhampiran Exit Tol Simpang Ampat.. Ihsan dari MyMetro.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails