Kenangan terindah 21 tahun yang lalu di tarikh bersejarah hari ini 25hb. November, 1989 tatkala lafaz akad nikah selamat di ucap dengan tenang oleh suami tercinta ku.. Lafaz nikah telah di SAHkan!! di hadapan jurunikah Allahyarham Ustadz Hj. Kamaruddin di Masjid AsSyarif dengan di saksikan oleh Abangku Adzlan juga bapa saudaraku Hj. Rahmat juga saudaramara kedua belah pihak dan rakan-rakan suamiku. Selesai saja majlis akad suami menunaikan solat sunat berdo'a kehadrat Illahi agar jodoh ini berkekalan dan di limpahi rahmat sepanjang hayat hingga ke Akhirat kelak..
26/11/1989 - setelah selesai majlis bertandang di sebelah pehak lelaki di Sekolah Tinggi Klang, kami pulang ke rumah Emak Abah pada waktu petang dan gambar ini di rakam dan di hadiahkan oleh salah seorang tetamu kami anakanda kepada YTM Tengku Bendahara Selangor.
Bersama Emak dan Abah tercinta dan juga anak saudaraku..
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, di saat itu tanggungjawab kedua ibubapaku telah di serahkan sepenuhnya buat suamiku... Bermulalah kehidupan baru kami dan hari berganti minggu ke bulan dan bertahun kini sudah 21 tahun kami membina mahligai terindah bersama.. Pelbagai cabaran pahit manis susah senang kami harungi bersama.. dengan dikurniakan 5 orang permata hati ... zuriat kurniaan Illahi menyinari keluarga kami. Zuriat ke 6 ku tidak sempat melihat cahaya dunia 2 tahun yang lalu tatkala hanya 3 bulan menghuni dalam kandunganku.. Namun Allah Maha Mengetahui segalanya.. yang menentukan kelahiran, jodoh dan ajal hambaNya.
Kesabaran menempuhi kehidupan, hormat menghormati, sayang menyayangi dan saling faham memahami sebagai pasangan hidup amat penting. Taat perintah Allah dan pesuruhNya adalah kunci kehidupan membawa bahagia..
Do'a Nabi Ibrahim a.s.: "Wahai Tuhan jadikan daku dan anak cucuku orang-orang yang mendirikan solat. Wahai Tuhan terimalah do'aku, wahai Tuhan kami ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami dan bagi orang-orang yang beriman di hari di tegakkan perhitungan."
(Mafhum dari Surah Ibrahim: 40-41)
Do'a orang-orang Mukminin..
"Wahai Tuhan ilhamkanlah daku supaya tetap mensyukuri nikmat yang Engkau anugerahi daku dan supaya aku tetap beramal salih yang Engkau redhainya, dan perelokanlah bagiku zuriatku, sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU, dan adalah aku dari orang-orang Muslimin." (Mafhum dari Surah Al-Ahqaf: 15)
"Wahai Tuhanku bahawasanya aku bermohon kepada Engkau keafiatan di Dunia dan di Akhirat, wahai Tuhanku aku bermohon keampunan dan keafiatan pada agamaku dan duniaku, ahliku dan hartaku." Amiin.
6 comments:
salam...
selamat ulangtahun yang ke 21 tahun kak..moga kekal bahagia selamanya sehingga di syurga...
Alhamdulillah dan tahniah. kejap lagi bolehlah timang menantu pulak ya!!
Sekamar rindu @ Wa'alaikumusalam.. Amiin.. Terima kasih atas ucapan dan do'a yang sungguh bermakna ini.. Semoga Sekamar rindu juga di rahmati Allah dalam limpahan rahmat Allah s.w.t berbahagia hidup di dunia dan di akhirat..
Che Mid @ Terima kasih atas ucapan dari Mid.. kami juga mendo'akan kebahagiaan Che Mid sekeluarga. InshaAllah bila sampai jodoh anak2 ni nanti..
salam....
selamat menyambut maal hijrah...1432H..
moga kita dirahmati Allah swt selalu hendakNya..
salam kak....
lama x singgah cni....w'pun dah t'lambat lia nak juga ucap tahniah...semoga r/tangga yg di bina akan sentiasa bahagia n b'kekalan hingga ke akhir hayat.. ~amin~
Sekamar rindu @ Wa'alaikumusalam..
Salam Hijrah juga.. Amiin.
Mamamya @ Wa'alaikumusalam.. bersua kembali Lia.. terima kasih atas ucapan dan do'a.. semoga kita semua di rahmati Allah s.w.t., berbahagia di dunia dan di akhirat. Amiin.
Post a Comment