Pages

Friday, January 28, 2011

Majlis Tahlil anjuran unit kebajikan khairat kematian (Biro Kebajikan dan Sosial Masjid Asy-Syarif Meru)

Khamis 27.01.2011:


Setiap malam Jumaat Masjid Asy-Syarif Meru mengadakan majlis Tahlil dan bacaan Yaasin.. Semalam 27.01.2011 saya dan suami mewakili bagi pihak waris Allahyarham Abah di jemput untuk menghadiri majlis tersebut oleh AJK masjid bahagian unit kebajikan khairat kematian bagi ahli keluarga mereka yang telah kembali ke Rahmatullah pada bulan Disember 2010 dan Januari 2011. 

Selepas solat maghrib berjemaah, diikuti majlis tahlil dan bacaan Yaasin juga do'a yang di ketuai oleh Imam Masjid, yang berbahagia ketua kampung menyampaikan sumbangan berupa wang, surah Yaasin dan sejadah kepada seorang  ahli waris setiap wakil keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah .. 
Alhamdulillah! Ku sungguh terharu sekali atas apa yang dilaksanakan oleh AJK Masjid dan ADUN Meru atas usaha mereka menjaga kebajikan penduduk di kariah masjid dan kariah surau-surau sekitar Meru.  Kehadiran ramai ahli jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat fardhu berjemaah dan juga setiap kali ada majlis pengajian ilmu atau majlis amal di masjid ini juga sungguh menggalakkan..Alhamdulillah..  Selain itu turut di sampaikan sumbangan hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM disusuli dengan jamuan makan selepas menunaikan solat Fardhu Isya'.  

Turut hadir ialah sahabatku Dr. Nila Ratna binti Hj. Suien yang turut sama mengambil hadiah kecemerlangan SPM di wakili oleh suaminya  untuk anakanda yang di kasihi Allahyarham Luqman Hakim Bin Zamalolaily yang kembali ke Rahmatullah pada Januari 21, 2010 setahun yang lalu akibat kemalangan jalanraya tak jauh di tempat anakku  kemalangan tempohari.. Al-Fatihah.. semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t dan di himpunkan bersama para solehin.. (Allahyarham tiada kesempatan mengetahui keputusan peperiksaan kerana peristiwa itu berlaku semasa Allahyarham sedang menunggu keputusan SPM). Dr. Nila juga menghadiahkan sebuah kitab surah Yaasin buatku bagi mengingati tahun pertama kembalinya anaknya disisi Allah..

Ku dan suami mewakili bagi pihak keluarga Allahyarham Ayahanda Hj. Asfandi mengucapkan setinggi penghargaan di atas sumbangan ini dan semoga Allah s.w.t merahmati jemaah yang menghadiri majlis tersebut dan juga pihak AJK masjid Asy-Syarif dan juga kepada wakil rakyat YB Dr. Hj. Abd. Rani diatas amal bakti mereka. Tak ketinggalan buat yang di hormati Kak Hajjah Rahemah binti Mohd. Kassim merangkap ketua biro diatas jemputan khas tersebut.

25.12.2010 - 25.01.2011 genap sebulan Allahyarham Ayahanda pulang ke alam baqa'.... Kasih sayangmu Abah... tiada pernah luput dalam ingatan kami..  AL-FATIHAH...


"Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda. Ya Allah ajarkan kepada kami ‘ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada ‘ilmu yang Kau ajarkan. Ya Allah, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid.  Ya Allah, Rahmatilah roh-roh para rasul, anbiya', ahli keluarga, para mujahid, mukminin dan mukminat, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan mereka di alam baqa' dan di akhirat kelak... Amin Ya Rabbal Alamin."

6 comments:

Adnazthie said...

Assalam n selamat berkenalan, ternampak blog Puan semasa menziarahi blog Che Mid..

Steng Julizah @ Sten' said...

salam..sy ada tag awak kt sini..jgn lupa buka n buat contest ni yer..
http://stengjulizah.blogspot.com/2011/01/whats-your-colour-contest.html

Kakzakie said...

Salam kenal Nora....

Sesungguhnya satu dari tiga yg ditinggalkan oleh Arwah ialah anak-anak yg soleh/solehah. Doa anak-anak moga dapat membantunya di alam barzakh. Hanya itu yg kita mampu berkan kpdnya.

Nora Asfa said...

Adnazthie ~ Wa'alaikumusalam.. salam ukhwah dari saya juga.. terima kasih kerana sudi singgah di blog yang tak seberapanya ini..

Nora Asfa said...

Steng Julizah.. terima kasih tag.. nanti saya check ya!!

Nora Asfa said...

KakZakie ~ huluran salam di terima dengan hati yang berbunga-bunga.. :)

terima kasih atas bingkisan ingatan dari hadis Rasulullah s.a.w. yang amat kita sanjungi.. semoga Allah sentiasa merahmati kita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails