Cantik beg ni... Ummi suka sangat..!! Jutaan terima kasih Anakku Hannah.
(Awal Januari... pemberian hadiah sebelum Hannah eksiden pada 7 Januari, 2011)
Abah suka pakai baju pemberian Hannah ni... :)
Terima kasih Hannah di atas pemberian hadiah yang sungguh cantik ni buat Ummi dan Abah hasil titik peluh Hannah bekerja di musim cuti sekolah yang lalu... Alhamdulillah. ... tak lupa juga untuk Nabilah yang dah bekerja dan sentiasa memberi setiap bulan.. dan Nurul 'Ain yang turut sama ingat kami. Oh ya Syima pun sama gak ... Kesian korang... cuti sekolah tempohari tak de masa rehat sepenuhnya.. semua nak sangat cari duit poket sendiri.. adalah keberkatannya tu gunakan masa dengan bermanafaat. Lagi pun dari korang merungut tak dapat nak berjalan masa cuti sekolah ada juga peluang bekerja kann.. Tahun lalu (2010) memang tak plan nak berjalan ya anak-anak, kecuali ada jemputan kenduri kendara dari saudara mara kerana situasi yang tak mengizinkan, ketika tu Ummi perlu beri perhatian untuk Arwah Atok yang sedang sakit.. jadi tak boleh nak berjauhan dan berpergian lama.
Sebenarnya Ummi dan Abah tak pernah mengharapkan apa-apa namun sentiasa berdo'a agar anak-anak di pelihara Allah dan berjaya mencapai cita-cita dan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..
Sebagai orang tua memang tanggung jawab kami untuk mendidik dan menyediakan segala keperluan... kini anak semakin membesar dan di harap kematangan akan mengajar mereka erti hidup yang semakin mencabar kini.
Pemberian anak-anak ini di terima dengan rasa syukur kerana tanda kasih mereka pada kami.. walaupun kami sebenarnya tidak mengharapkan sebarang balasan dari mereka.. Kasih sayang anak-anak yang di kasihi lagi amat di sayangi amat kami hargai.. Ummi dan Abah saaaaaaaaaaayannnnnnnng anak-anak semua teraaaaaamat saaaaaaangat.. Kasih dan sayang Allah s.w.t. juga Rasulullah yang amat kita kasihi melebihi segala-galanya.. kasih sayang kerana Allah s.w.t .
Mungkin anak-anak ni mencontohi sikap Abahnya yang tidak lokek. Ini juga merupakan satu terapi minda dan jiwa... bila kita memberi hati merasa tenang dan mengembirakan hati orang yang menerima dan mengeratkan lagi silaturahim sesama insan..
Leather Handbag comel warna coklat ni hadiah perkahwinan dari suami 21 tahun yang lalu.. masih molek lagi!!!
Dua beg tangan yang kelihatan tersorok tu (dark brown dan beige color) sudah banyak 'kecederaannya'
dek kerana jasa pada tuannya sayang nak buang... biarlah ku jadikan koleksi..
No comments:
Post a Comment