Januari 16, 2011 Selamat ulangtahun Syima
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 15 anakku Nurhasyimah sayang.. Kelahiranmu pada 16hb. Januari 1996 kami sambut dengan syukur ke hadrat Illahi kerana Ummi selamat melahirkan Syima puteri ke 4 yang sehat dan comel .. di Hospital Besar, Klang..Alhamdulillah.
Teringat lagi masa tu.. misi yang menyambut kelahiran bertanyakan pada Ummi apa jantina anak... yang ummi nampak sepertinya Ummi dapat anak lelaki... tengah mamai masa tu.. sebab teringin anak lelaki sampai tak kenal dah jantina anak... malunya.. misi suruh tengok betul.. betul... kali ni baru pasti.. anak perempuan.. heheh!!! Sorry Syima eyh... lawak je Ummi ni kan!! Tu yang tak heran bila anak perempuan Ummi ni agak lasak seperti lelaki..
Dah besar panjang anak Ummi dan Abah ni.. semoga jadi anak yang baik dan patuh dengar nasihat ya.. Berusaha dengan tekun dan rajin untuk berjaya dan mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
Watak Syima ni suka buat lawak... :D
"USIA UMPAMA HARTA... BUKAN BANYAKNYA YANG MENJADI PERHITUNGAN TETAPI KEBERKATANNYA.. HARTA YANG BERKAT, SEDIKITNYA MENCUKUPI, BANYAKNYA BOLEH DI AGIH-AGIHKAN. BEGITULAH USIA YANG BERKAT, PENDEKNYA BERMANFAAT, PANJANGNYA MELIMPAHKAN KEBAKTIAN."
~ SOLUSI ISU NO. 24.
No comments:
Post a Comment