~01.01.2011~ ANTARA AKHLAK RASULULLAH
Agak sukar bagi kita yang lemah ini untuk mempraktikkan sepenuhnya apa yang telah di lakukan oleh Rasulullah
Sesungguhnya Rasulullah
1. Rasulullah
2. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.
3. Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah lebih daripada keperluan makan minumnya, rezeki yang lebih akan di keluarkan pada jihad fisabilillah.
4. Menampal sendiri kasut dan bajunya yang koyak.
5. Tidak pernah menyusahkan ahli keluarganya tentang makan minumnya.
6. Sangat pemalu orangnya. Tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
7. Selalu mengikat batu di perutnya kerana menahan lapar.
8. Tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, ini kerana mementingkan orang lain daripadanya.
9. Tidak pernah terpedaya dengan tipuan dunia dan syaitan serta hawa nafsu. Bahkan syaitan takut kepada Baginda.
10. Selalu menziarahi orang sakit.
11. Sering duduk bersama fakir miskin dan suka memberi makan kepada mereka.
12. Suka bergurau, tetapi tidak berdusta serta tidak pernah ketawa terbahak-bahak.
13. Sangat berlemah lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
14. Tidak pernah pakaiannya dan makanannya lebih baik daripada hamba sahaya.
15. Setiap sa'at masanya sentiasa diisi dengan sesuatu yang Allah redhai atau sesuatu yang perlu untuk membetulkan dirinya.
16. Tidak gentar pada raja yang berkuasa.
17. Sentiasa menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Ta'at dan patuh atas perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya.
18. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang di temui.
19. Jika ada orang yang mengasarinya, ia menyabarkan orang itu.
20. Bila berjumpa dengan seseorang, ia terlebih dahulu yang menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.
21. Bila berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
22. Ketika di dalam majlis ramai ia menghadapkan wajahnya kepada semua orang yang ada, sehingga semua orang berasa ia di hormati oleh Rasulullah
23. Tidak berbicara kecuali yang perlu sahaja.
24. Seringkali menggunakan bahasa kiasan dalam menerangkan hukum agama.
25. Tempat tidurnya hanyalah dibuat daripada jerami dan sehelai baju yang dijadikan hamparan.
26. Suka memaafkan kesalahan orang lain yang dilakukan ke atasnya, walaupun kesalahan itu berat.
27. Tidak suka menunjukkan kebencian kepada seseorang secara terang-terangan.
28. Sentiasa memenuhi jemputan walaupun jemputan orang miskin.
29. Duduknya sentiasa menghadap kiblat.
30. Apabila ada orang meminta pertolongan sedangkan waktu itu tidak ada barang yang hendak di beri, maka Baginda
31. Baginda
32. Baginda
33. Baginda
34. Di dalam rumah Baginda
No comments:
Post a Comment