Kunjunganku bersama anak-anakku Nurul 'Ain, Nurhasyimah dan Muhammad Firdaus di pagi Jumaat 31.12.2010
ke pusara Ayahanda tercinta.. AL-FATIHAH
ke pusara Ayahanda tercinta.. AL-FATIHAH
"Wahai Tuhanku, ampunilah akan dia, rahmatilah akan dia, afiatkan dia dan maafkanlah akan dia.
Muliakanlah persinggahannya, dan luaskanlah tempat masuknya.
Bersihkanlah akan dia dengan air, salji dan dengan air batu.
Dan bersihkanlah akan dia dari segala kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kotoran.
Dan berikanlah ganti rumahnya yang lebih baik dari rumahnya di dunia.
Dan berikanlah ahli yang lebih baik dari ahlinya di dunia.
Dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya di dunia.
Dan masukkanlah akan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur.
Dan dari azab neraka. " Amiin...
(Dari Hadis Riwayat Muslim).
31.12.2010 ~ Telah 7 hari berlalu, pemergian seorang insan mulia yang amat kami cintai dan kasihi pergi buat selama-lamanya ke alam barzakh pada tanggal 25 Disember, 2010 hari Sabtu bersamaan 19 Muharam 1432 H lebih kurang jam 10.00 pagi, Ayahanda tercinta Hj. Asfandi b. Sipon telah menyahut panggilan Illahi dalam keadaan sabar dan tenang.. di usia 79 tahun.. Amat lembut menghembuskan nafas terakhir di sampingku dan anakku Nurhasyimah yang membisikan kalimah Allah di telinga kanannya.. di samping bacaan Yaasin oleh anak-anakku yang lain.. dan emak yang telah menjaganya di sebelah malam dan bacaan Yaasin selepas Subuh oleh kakakku.. sewaktu hujan rahmat turun di awal pagi..
Pada pagi itu Abah dapat meneguk sedikit air Yaasin dan setelah ku selesai membersihkan dirinya ... dengan iringan kalimah-kalimah suci perlahan-lahan beliau menghembuskan nafas terakhir dengan kalam Allah dan memejamkan matanya dengan tenang..
Kami sekeluarga Redha atas pemergiannya, dimana Abah yang telah mengharungi ujian Allah s.w.t berjuang melawan sakitnya selama setahun, walaupun ia tidak pernah mengeluh kesakitan, dengan rahmat kasih sayang Allah s.w.t. yang sentiasa melindungi Abah dengan sifat sabarnya yang amat tinggi.. Sehinggalah telah hampir ke akhir hayatnya di uji dengan gegaran dan kebingitan tapi sifat kesabaran ia tenang menghadapinya.. Semoga Allah s.w.t menerima segala amalan baiknya dan mengampuni segala kesalahan. Kami cuba belajar dari sifat sabar dan ketabahan Abah yang telah banyak mengharungi suka duka hidup di sepanjang hayatnya..
Alhamdulillah urusan pengendalian jenazah berjalan lancar dengan diketuai oleh Ustadz Hj. Salleh dan pembantunya Tuan Hj. Johari yang menguruskan segala keperluan menguruskan jenazah termasuk van jenazah juga anak cucu Abah yang turut serta memandikan jenazah buat terakhir kalinya.. Selesai di mandikan jenazah di bawa masuk dan di kapankan.. Ketika pengurusan kapan sedang dijalankan.., ia di iringi dengan bacaan tahlil di ketuai oleh Tok ketua kampung Tuan Hj. Thaifoor atas permintaan suamiku memberi penghormatan padanya sebagai ketua kampung.
Kehadiran saudara mara terdekat yang banyak membantu, jemaah masjid, jiran tetangga, rakan-rakan yang sentiasa mendo'akan Allahyarham Abah yang di kasihi.. YB Dr. Hj. Abd. Rani b. Hj. Osman (Adun Meru) juga turut hadhir menyampaikan takziah. (Kesanggupan YB yang datang menziarahi Abah seawal 8.00 pagi pada 30hb. November, 2010 lalu ketika uzurnya Abah dan memberi rawatan percuma teramat sangat kami dan keluarga hargai.. inilah satu-satunya contoh pemimpin yang menjalan tugasnya dan berbakti kepada rakyat walau dalam keadaan apapun ia sangat mengambil berat kepentingan penduduk - khidmat yang dilaksanakan oleh beliau sebagai pemimpin ada di blog ini).
Sewaktu azan Zuhor sedang berkumandang jenazah telah tiba di masjid dan di letakkan di tengah dewan solat... Selesai solat Zuhor, Imam dan para jemaah masjid serta ahli keluarga, saudara mara dan jiran menunaikan solat jenazah, dan sebahagian darinya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Islam Pekan Meru.. tidak jauh dari rumahku..
Setiba di tanah pusara jam 2.00 petang, liang lahad telah bersiap sedia menerima penghuni barunya.. Abang-abangku Adnan, Adzlan dan Azhar telah menanti di liang lahad untuk menyambut jasad Ayahanda. Selesai urusan di liang lahad dan tanah merah lembut melitupi ruangan.. talkin dibaca dan ketika itu cuaca amat baik sekali, tidak begitu panas, awan berarak melindungi mentari, suasana sungguh nyaman di mana pokok-pokok bagaikan kipas mengikut alunan angin yang berhembus mendinginkan pengunjung yang menghadiri pemakaman ini.
Kehadiran seekor kupu-kupu kuning yang sungguh cantik menawan mengelilingi ku beberapa kali dan hinggap di tudungku.... Makhluk kecil ini juga berzikir mengiringi bacaan talkin menyejukan jiwaku yang sedang berduka dan Allah Maha Berkuasa dimana tiada titisan airmataku yang mengalir sedangkan sebelum itu aku amat takut bagaimana kiranya menghadapi situasi bila kehilangan orang tersayang.. Allah memberi kekuatan buat diriku menghadapi saat sukar ini.. Diriku, emak dan adik beradik redha atas kehendak Allah s.w.t dan semoga Allah menerima dan redha atas perlakuan anak-anak Abah.
Selesai pemakaman dan mereka yang hadhir masing-masing mula beredar meninggalkan tanah perkuburan, tinggal kami 5 beradik (Abang Adnan, Abang Adzlan, Kak Norafizah, Abang Azhar dan diriku - 2 orang lagi adik perempuan ku Noraini dan Norziela menemankan emak di rumah bersama saudara mara) tidak berganjak kerana menanti kehadiran adik lelakiku Akmal yang baru tiba dari Pekan, Pahang lebih kurang jam 2.30 petang. Berkumpullah kami 6 beradik di samping pusara Abah ketika itu dengan mendo'akan kesejahteraan Abah di alam persinggahan sementara menanti hari kebangkitan kelak. Kami mendo'akan Abah damai di sana.
Abah, kami amat merinduimu.. menghadapi saat ketiadaan mu pada awalnya memang sukar.. ku tidak dapat menahan sebak ketika membaca kitab suci Al-Qur'an untuk dihadiahkan buat mu Abah.. terimbau kembali ketika saat bersama Abah di hospital, dan menjaga Abah ketika sakitmu di pembaringan.. rindu mengaji di sisi Abah, menyuapkan makan dan minum juga membersihkan Abah.. Minta maaf Abah kiranya adakala ketika membersihkan Abah ada anggota yang terasa sakit..dan redhakanlah setiap tingkah lakuku sepanjang mengurus Abah.
"Ampunkanlah segala kesalahan Ayang ya Abah..Redhakan emak dan kami anak-anak Abah semua.."... Abah mengangguk.. ketika sedarnya.. Lega hatiku.. Abah tak pernah menyimpan perasaan marah.. Abah seorang insan yang amat baik pekertinya.. begitulah pandangan jiran, saudara mara, jemaah masjid dan rakan-rakannya..
Sesungguhnya Allah maha Pengasih, para Malaikat sentiasa mendo'akan dan memohon keampunan buat Abah ketika sakit.. Apatah lagi Abah menerimanya dengan Redha dan sabar.. Do'a dari kami agar Abah tenang di sana dan Allah merahmati roh Abah dengan rahmat kasih sayangnya dan menempatkan Abah di kalangan para syuhada' dan para solehin di taman-taman indah di alam barzakh dan mudah-mudahan syurga Firdaus menantimu Abah. Tak lupa juga do'a buat roh Allahyarham adik Abah yang amat di kasihinya Hj. Mohammed Asru yang terlebih dahulu kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin, 10hb. Mei, 2010.. Memori tersebut di N3 ini.. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri Rahmat dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. Pusara Abah berdekatan dengan pusara bapa saudaraku ini..
Pusara Abah dan kelihatan pusara adiknya (yang kelihatan anakku di situ)
(pagi Jumaat 31.12.2010)
(pagi Jumaat 31.12.2010)
Abah meninggalkan kami di hari-hari terakhir bulan akhir di tahun masihi dan di awal bulan Islam yakni Muharam.. Abah menghakhiri hayatnya di awal tahun hijrah dan di akhir tahun masihi.. Kami amat bersyukur mempunyai Abah sebaik Abah..begitu juga Emak yang telah mendidik dan mengasuh kami sedari kecil hinggalah boleh berdikari dengan pertolongan Allah s.w.t.
Kami kasih dan sayang pada Abah dan Emak.. Walaupun kini Abah tiada di samping namun Abah sentiasa di hati kami dalam do'a kami agar Abah damai dan berbahagia di sana bersama mereka yang di kasihi Allah s.w.t...
Terima kasih buat segala do'a yang di kirim oleh saudara-saudara muslimin dan muslimat semua.. Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengampuni kita dan berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.
Pohon besar dengan daunan rimbun dan buahnya yang lebat menaungi pusara Abah dan penghuni di sekelilingnya.... Kicauan burung berzikir dan berdo'a buat penghuni alam itu..
(pagi Jumaat 31.12.2010)
AL-FATIHAH!
"Semoga Allah mencucuri rahmat dan ke bahagiaan ke atas roh ayahanda Hj. Asfandi b. Sipon di sisi Allah s.w.t. bersama kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amiin."
I love you and always cherish you inside my heart.. and you are always in my prayers. Miss you so much...
(pagi Jumaat 31.12.2010)
AL-FATIHAH!
"Semoga Allah mencucuri rahmat dan ke bahagiaan ke atas roh ayahanda Hj. Asfandi b. Sipon di sisi Allah s.w.t. bersama kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amiin."
I love you and always cherish you inside my heart.. and you are always in my prayers. Miss you so much...
2 comments:
Moga Allah rahmati, redhoi dan lindungi abah aunti nora. Maaf saya lambat tahu. Saya tahu autie mesti tabah.
Bell ~ Amiin. InshaAllah semoga Allah beri kekuatan.. kita ni insan yang lemah.. adakala datang juga perasaan hiba bila terkenang orang yang di sayang dah tiada di sisi...
Post a Comment