Pages


Thursday, January 27, 2011

"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa"

Limau Korea.. 
Selamat Tahun Baru Cina buat rakyat Malaysia berbangsa Cina..
Semoga hidup harmoni dan makmor..


Rabu 26.01.2011:   

Pepagi lagi Che Abang dapat panggilan telefon dari tauke Mr. Yong yang datang dari Rawang ajak minum pagi..  awalnya jam 7.20 pagi dah sampai Klang..
Selepas menghantar anak ke sekolah Che Abang menerima pelawaan Mr. Yong dan  seorang lagi rakan sama bidang kerja..

Murah rezeki bangun awal ni kann.. Terutama sebagai umat Islam permulaan jadual seharian ni sangat cantik, memang di wajibkan bangun awal pagi bagi menunaikan solat fardhu Suboh terlebih dahulu.  Sujud patuh dan mengucap syukur kehadrat Illahi kerana Allah dengan rahmat dan kasih sayangnya masih memberi ruang bernafas dan meneruskan kehidupan yang merupakan persinggahan sementara waktu.. Seterusnya melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki, menimba ilmu, dan menguruskan rumahtangga.. Udara pagi ni masih segar dan nyaman.. sedangkan binatang-binatang seperti burung-burung juga riang berkicau mencari rezeki di awal pagi... ayam telah berkokok sebelum fajar lagi..

 Saidatina Aisyah r.anha berkata,  Rasulullah s.a.w bersabda “Berpagi-pagilah mencari rezeki, kerana sesungguhnya berpagi-pagi itu membawa berkah dan menghasilkan kemenangan”.
  
Bak kata pepatah ni pula "Early to bed, early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise".

Bekerja sendiri ni pulak bergantung jenis urusan yang di jalankan.. ada tu nampak macam rehat sepanjang masa... ada saja di rumah.. banyak masa bersama keluarga..  bebas nak kemana-mana tanpa had. Jadual sendiri buat..  Sepertimana Che Abang pepagi hari waktu bekerja begini ada masa terluang, member ajak keluar memang tak de masalah baginya.. 


Balik minum pagi bawa buah tangan yang di beri oleh tauke Yong ni.. Buah limau Korea..  Terima kasih banyak-banyak Mr. Yong.. Selamat Tahun Baru Cina.. Semoga rezeki Mr. Yong bertambah-tambah dan Allah bukakan pintu hati dengan memperolehi taufiq dan hidayah dari NYA.   Mr. Yong banyak baik....

Seronok dapat pemberian dari orang ni kan.. besar tapak tangan nyiru kami tadahkan.. heheh.. Rezeki jangan di tolak.. musuh jangan di cari... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.. Hidup muafakat membawa berkat.. masyarakat harmoni negara aman damai...

Semoga kita menjadi rakyat yang sentiasa bersyukur di atas segala limpah rahmat nikmat yang telah Allah kurniakan dan keharmonian di negara yang bertuah ini... walaupun berlainan bangsa dan agama tapi keakraban dan permuafakatan itu merupakan suatu nilai murni perlu di pupuk di setiap hati sanubari manusia...  sekurang-kurangnya pekerti yang baik itu akan menjadi contoh teladan untuk di contohi. Tidak perlulah tuduh menuduh, memburuk-burukkan dan mencari salah antara satu sama lain... lebih-lebih lagi bila saja diadakan pilihanraya mula panas telinga mendengar pelbagai tuduhan.. cerca mencerca..  adeih.. jadikanlah pilihanraya ni bersih dari benda-benda macam gini.. 

Sekarang masyarakat dah pandai menilai ... teknologi maklumat semakin canggih kan... Mereka dah kenal mana intan mana permata.. Kadang yang pelik tu bila ada pilihan raya barulah timbul kisah-kisah yang meluatkan muncul kembali.. Inilah topik yang selalu kedengaran sosek ...sosek.. kedai kopi kannn.. Mulalah syaitan memainkan bibit-bibit peranannya cucuk menyucuk.. orang yang tak ada kena mengena pun terbabit.. Nauzubillahiminzalik!!!


Sebenarnya tak berapa minat nak masuk campur hal-hal politik ni... masing-masing dah pandai menilai yang mana baik dan buruk.. Siapa yang ikhlas bekerja untuk berbakti pada masyarakat dan tidak bermuka-muka itulah yang memikat hati rakyat.. Pemimpin yang ikhlas ni sentiasa bekerja dengan jujur walaupun tiada pilihanraya.. dan menjalankan tugas dengan baik dan amanah... Manakala yang bermuka-muka ni bila pilihanraya barulah nampak batang hidung dan menampakkan kebaikannya... Fikir-fikirkan!! 

Bila menonton drama Korea berkenaan politik ni... kita sedar itulah gambaran sebenar dunia politik ini.. Layan cerita Big Thing dan Giant  kini di Astro Beyond..One HD CH393..ngeeee.. Ada teladan dalam kisah drama ini...
Yang baik kita jadikan teladan yang buruk di jadikan sempadan.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails