Pages

Wednesday, March 17, 2010

Rindu Itu Anugerah Dari ALLAH


Sambil baca N3 sambil dengar alunan Nasyid dari Hijjaz ni...


" 'Ain rindu Abah ngan Ummi".... suara 'Ain..tersekat-sekat dalam perbualan di telefon malam tadi menahan sebak selepas dia habis berbual dengan Abahnya kemudian Abah serahkan telefon bimbit pada Ummi. Bila dia dengar suara Ummi bertambah-tambah lagi kesyahduannya.

"Rindu sangat anak Ummi ni ya.. !!!", Ummi cuba pertahankan suara kesayuan bila dengar suara anakku yang sedang menebal kesedihannya..

"Ya la... lama tak jumpa...sob..sob..sob"., dengan suara yang makin tertahan-tahan dengan sendunya.

"Ni kan dah dengar suara Ummi, udah jangan menangis lagi ya sayang.. okay, jangan sedih-sedih", Ummi cuba memujuk....

"Tapi tak sama... tak de depan mata...", nada suara 'Ain dah makin jelas kedengaran.

Setelah berbual beberapa minit dan akhirnya dapat buatkan 'Ain tertawa kecil di hujung talian..

Ummi: " 'Ain jangan risaukan Ummi, Abah dan keluarga kat rumah ni... semuanya okay! okay tumpu pelajaran tak mau runsing-runsing dan jangan fikir benda lain.. Do'akan kami kat sini... Ummi, Abah sentiasa do'akan 'Ain kat sana. Sayang 'Ain.. jangan menangis lagi ya. Jaga diri bebaik. Hujung minggu ni nanti kitorang gi Melaka la!"

Ain: "Tak pe Ummi, tak payah susah-susah.. 'Ain okay!.. Insya-Allah..! sayang Ummi, Abah ngan semua yang ada kat rumah. Assalamu'alaikum!" kedengaran suara dah semakin ceria.. Alhamdulillah.

Ummi: "Wa'alaikumusalam warahmatullah! Okay.. kalau camtu tak pe... jaga diri." Kami mengakhiri perbualan. Harap dia lega bila dah dapat berbual dan melepaskan rasa rindu yang terbuku.


Ku dapat menyelami perasaannya kerana diriku begitu juga bila berjauhan dengan orang-orang yang di kasihi. Kakaknya Nabilah pun sama gak pernah menangis-nangis telefon menyatakan kerinduan... semasa tinggal di hostel PSIS. (Politeknik Sultan Idris Shah).
2 minggu kami tak bersua muka rasa seperti bertahun lamanya. Sebenarnya mereka ni rindu dengan leteran dan bebelan Ummi la tu...

Di bandar Alor Gajah, Melaka bersama Ummi & Abah

Bukan jauh mana pun Alor Gajah, Melaka dan Klang lebih kurang 144 km melalui lebuhraya PLUS dan perjalanan mengambil masa sejam lebih jika tiada kesesakan. Jadual program di hujung minggu mengikat kaki dia dari pulang ke rumah.. Tak pe la Nak, berkorban demi menuntut ilmu.

Kolej Tun Teja (UiTM, Melaka) hostel tempat 'Ain menginap



Kami pun rindu gak pada 'Ain... terutama cuti sekolah ni semua anak-anak di rumah termasuk Kakak yang sedang cuti semester di Politeknik, tu yang dia terasa teramat rindu sesangat. Disebalik kerinduan itu sebenarnya ada sesuatu yang menyedihkan hatinya sehingga tak dapat membendung perasaannya dari menahan air mata dari mengalir. Sabar ya 'Ain. Jangan risaukan situasi kami di sini.. Sesungguhnya kita berharap hanya pada Allah dan yakin Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya.



Tabahkan hati kuatkan semangat ya 'Ain.. Jangan lupa baca Al-Qur'an, jaga solat awal waktu dan banyakan berzikir pada Allah. Kita kena sentiasa ingat pada Allah tak kira dalam keadaan senang atau susah.. Sesungguhnya Allah kasih hambaNya yang mendekatkan diri padaNya serta berdo'a dan meminta kepada Allah dan bukan mengharap pada makhluk. Di situ akan datang kemanisan iman dan hati menjadi tenang.

Setiap kesukaran itu ada jalan keluarnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Do'a, usaha dan tawakkal pada Allah s.w.t.

Kita di galakan berdo’a memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah s.w.t.
Dalam al-Qur'an Allah berfirman ; "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. "(Qur'an surah al Baqarah: 186).

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri (tawakkal) bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Qur'an surah at-Talaq: 3)

Setelah berusaha dan berdo’a, kita harus bertawakkal... jangan sesekali berburuk sangka terhadap Allah SWT (atas segala ketetapan-Nya).
Bersyukur kehadratNya bila berjaya, dan harus sabar sekiranya menghadapi kegagalan.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya kagum dengan keadaan orang Islam, semuanya istimewa; ketika berjaya mereka bersyukur, dan ketika gagal mereka bersabar" (HR. Muslim).

Insya-Allah.

Semasa menjaga Ummi di hospital ketika terlantar selama 5 hari di hospital
10.10.2008 - 14.10.2008

~Kisah dalam gambar~

(Walaupun SPM 2008 tinggal sebulan lagi ketika itu dia sanggup ambil cuti untuk temankan Ummi walaupun dia hanya tidur atas kerusi.. tak sanggup Ummi tengok walaupun ia tidak merungut tapi faham ketidak selesaannya - terharu diatas kesanggupannya dan Ummi ajak dia tidur atas katil pesakit bersama selepas dua hari dia tidur di kerusi, masa itu badan Ummi dah agak pulih. Nasib baik masa tu kedua-duanya, badan masih comel lagi... muat-muat untuk dua orang...ehehe!!! Ada peristiwa lucu yang mengemparkan menjelang Subuh hari bila dia sedang tidur dia tak sedar tertendang troli di depan katil dan troli terjatuh dengan bunyi yang kuat.. sehingga kelam kabut misi dia sangkakan pesakit jatuh dari katil atau ada pesakit terjun bangunan.. Bunyi yang begitu kuat memecah kesunyian pagi tu pun boleh dia tak sedar.. keletihan gamaknya... Ummi kejutkan 'Ain untuk bersedia mengerjakan solat Subuh.. dan beritahu apa yang dah berlaku..
'Ain dengan muka bangun tidur tersipu-sipu..."oh ya ke Ummi.. tak sedar la Ummi".
Nasib baik misi yang bertugas baik-baik belaka tak de la dengar mereka merungut tentang kejadian tu... Ya la sepatutnya katil hanya untuk pesakit... Merekalah yang tolong angkat dan betulkan kembali.

Inilah kenangan bersama yang tak kami dapat lupakan.

Jika tidak mereka nak juga bergilir adik beradik menjaga Umminya yang memang masa tu tak mampu untuk bangun berjalan (pitam) kerana kehilangan banyak darah di sebabkan keguguran anak ke 6....tapi 'Ain sendiri berkeras nak jaga Ummi sehingga Ummi di benarkan keluar dari Hospital. Terima kasih sesangat sayang... Hanya Allah s.w.t saja yang akan membalas jasa baik anakanda.. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati segala urusanmu untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amiin)


2 comments:

Muhammad Shukri Bin Shafie said...

untung kak ain dapat ibu macam auntie. =)

Nora Asfa said...

Alhamdulillah.. Shukri juga bertuah di kurniakan ibu dan bapa yang penyayang!!
Terima kasih kerana singgah di blog auntie.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails