Pages

Wednesday, October 27, 2010

Kehilangan.....



Kehilangan.... membuatkan hati menjadi duka..
Kehilangan.... terkenang dan terus terkenang..
Kehilangan.... baru mahu mengerti erti sayang..
Kehilangan.... baru mahu menghargai..
Kehilangan.... penyesalan tiada guna lagi..
Kehilangan.... tiada yang boleh di tukar ganti..



Masa yang masih tersisa... cari dan terus mencari...

Apakah itu erti kehilangan? 
Apakah itu erti duka?
Apakah itu erti kenangan?
Apakah itu erti sayang?
Apakah itu erti menghargai?
Apakah itu erti penyesalan?
Apakah kehilangan itu perpisahan?

Bersiap sedia sebelum semuanya hilang...

Friday, October 22, 2010

10 Laluan Yang Bakal Di Lalui Oleh Manusia Dari Dunia


Salam sejahtera di hari Jumaat penghulu hari yang mulia ini.. semoga kita semua memperolehi keberkatan dari ALLAH S.W.T. dan buat pengunjung yang di hormati ku do'akan sentiasa berada di dalam limpahan Rahmat dan Kasih SayangNYA.


Bermula bicara dengan kerendahan hati saya mengakui bukanlah orang yang begitu arif di bidang ilmu agama dan tiada sijil kelayakan pun namun mana ilmu yang saya perolehi dan baca dari rakan-rakan di alam maya ni setelah mendapat izin dari tuannya untuk di kongsi bersama di ruangan yang tidak sepertinya ini buat peringatan diriku dan akan ku kumpulkan sebagai koleksi ilmu supaya dapat ku baca berulangkali kerana diriku ini insan yang lemah dan alpa. 

Semoga Allah S.W.T  mengurniakan kemuliaan buat Ustaz Amal Rahman yang telah banyak menyumbangkan ilmu yang bermanafaat untuk sama-sama kita renungi dan sebaiknya di amalkan. (Amat mudah berkata tapi untuk beramal inilah perlukan pengorbanan dan kesungguhan).

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke Syurga." (Riwayat Muslim)

Walau bagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim) 


10 LALUAN YANG BAKAL DI LALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA


1.  LALUAN MENUJU KE KUBUR

a.  Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji.
b.  Hindarkan perasaan irihati (benci)
c.  Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d.  Sucikan kadha' hajat dengan istibra' (berdehem selepas buang air kecil)


2.  LALUAN UNTUK BERTEMU IZRAIL

a.  Bersihkan diri dengan bertaubat.
b.  Gembirakan hati orang Mu'min.
c.  Bayar semula kadha' (solat dan puasa) yang tertinggal dengan kasih sepenuh hati kepada ALLAH Ta'ala.


3.  LALUAN UNTUK BERTEMU MUNKAR NAKIR 


a.  Mengucap dua kalimah syahadat.
b.  Suka memberi sedekah.
c.  Berkata benar.
d.  Bersihkan dan perbaiki hati.


4.  LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

a.  Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat.
b.  Sucikan perkataan dan pakaian.
c.  Bersyukur dengan yang sedikit.
d.  Suka dan redha dengan yang di datangkan oleh ALLAH S.W.T.




5.  LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN


a.  Jauhkan perkataan yang sia-sia.
b.  Pendekkan cita-cita dunia.
c.  Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH Ta'ala.
d.  Banyakkan sedekah dan khairat.


6.  LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

a.  Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala.
b.  Berbaktilah kepada kedua ibubapa.
c.  Berpegang teguh dengan hukum syara'.
d.  Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.


7.  LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA.

a.  Banyakkan membaca al-Quran.
b.  Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu.
c.  Tinggalkan perkara yang maksiat
d.  Jauhkan segala yang haram.


8.  LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA.

a.  Membuatkan kebajikan seberapa banyak yang boleh.
b.  Kasihi orang yang soleh.
c.  Kerjakan segala suruhan ALLAH.
d.  Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH.


 

9.  LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

a.  Kasihilah Nabi ALLAH.
b.  Kasihi Rasulullah S.A.W.
c.  Tuntutilah yang di fardhukan oleh ALLAH Ta'ala.
d.  Banyakkan selawat Nabi S.A.W


10.  LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH TA'ALA

a.  Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH Ta'ala.
b.  Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH Ta'ala.
c.  Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH Ta'ala.
d.  Bencikan segala yang di haramkan-NYA.



"Ya Allah, ampunilah aku, berilah hidayah kepadaku, kurniakanlah aku dengan rezeki, beri afiat kepadaku, aku mohon perlindungan-Mu daripada kesempitan tempat berdiri pada hari akhirat kelak."
(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn. Majah)






Wednesday, October 20, 2010

HADITH QUDSI ~ Keutamaan Berdo'a~



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdo'a kepada-Ku maka Aku memenuhinya.  Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.' "


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, October 17, 2010

CATATAN MEMORI 1 ~ IN LOVING MEMORY OF NICK DANIEL EKHWAN ~ OCT. 15, 2007 - OCT. 15, 2010 ~ Nick Daniel ~ Nama mu masih segar mewangi... Walaupun sudah terpisah 3 tahun yang lalu~ Semoga kau abadi di bawah limpahan rahmatNYA .. Damai DI SANA~

Berikut adalah catatan Journal, mesej dari Allahyarham Nick Daniel, Jake Austin dan juga catatanku ~ memoriku yang tak dapat kulupakan hingga kini... mengingati orang yang di sayangi.. yang telah kembali ke pangkuan ALLAH yang MAHA ESA,  pergi buat selama-lamanya ke Alam abadi, 3 tahun yang  lalu.. (Memori bersama Allahyarham di N3 yang lalu - MEMORI RAMADAN 1)



Okt 1, 2007 8.56 PM

Hello Ummi,
Thanks for your well wishes and prayer. I really do hope my parents will arrive sooner than I expected coz I really miss them so much. About celebrating Eid in Switz, well... I really do hope I won't have to be there coz there's no feel of Eid Fitr in that country. Besides, it'll be freezing there.


CELEBRATING RAYA!
Oct 9, 2007, 9:21 am



It's been a while since I log in into my journal. We'll the latest news is that my parents arrived from Malaysia and met me here. Me and my parents will be flying off to Switzerland on the 11th of Oct for Raya.
So to all my friends out there, I'm gonna miss you especially to my big brother Fir, Ummi Nora & family, my bestfriend Jake. We'll keep in touch very soon. To all my Muslim friends, I would like to wish you all a SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN for everything.
Catch you later.


Hari raya tahun 2007 kami sekeluarga beraya di Pontian, Johor dan Muar iaitu di rumah saudara mara sebelah suami selama 2 hari.. Cuaca adakala panas dan adakala hujan.  Pada 15/10/2007 (HARI RAYA KE 3) selepas waktu hujan, cuaca berkabus dan agak dingin... walaupun jam masih pukul 4.00 petang..  Ku merasakan hari tersebut amat berbeza dari hari-hari kebiasaannya.. tak tau mengapa.. Waktu itu teringat sesuatu... satu rasa yang amat pelik..


Sekembali berhari raya dari Johor pada 16/10/2007 bila ku melayari internet dan buka e-mail terdapat beberapa mesej dari Nick Daniel bertarikh 15/10/2007 menunjukkan mesej di hantar di waktu pagi..., sudah tentu perasaanku sungguh ceria bila menerima berita dari beliau setelah beberapa hari tidak online kerana beraya bersama keluarga di Johor dan beralih ke profile Tagged Nick Daniel, terdapat timeline di profilenya,  ku tertanya-tanya apa yang dah berlaku dan ku terbaca 'Obituary' dari Jake Austin di journal Allahyarham Nick,bila ku menerima berita sedih yang disampaikan Jake ini sudah tentu ia amat mengejutkan dan bagai tak percaya bahawa Danny (panggilan manja) yang di kasihi telah kembali ke Rahmatullah. Ya la siapa sangka beliau yang berada dalam keadaan sehat walafiat dan terlalu happy sebab dapat bersama kedua ibubapanya.. Dalam kegembiraannya beliau di timpa kemalangan yang tidak di duga.. Apa pun redha atas kehendak NYA. ALLAH LOVES HIM MORE.... Anak yang baik hati dan perasaannya sentiasa di kasihi..

Airmataku tak putus mengalir selepas menerima berita yang amat menyayat hati ini.. Setiapkali mengenangkannya pasti airmata akan menitis ... namun ku titipkan do'a sentiasa mengiringinya.. Takdir Allah lebih berkuasa atas segalanya.. Kita sebagai makhluk tiada hak menafikan ketentuanNya.. Dengan kesayuan dan kesyahduan kami terima dengan Redha atas pemergiannya.. Apatah lagi kedua ibubapanya kehilangan anak tunggal satu-satunya yang paling di kasihi... Hidup berjauhan selama dua tahun dan percutian bersama kedua ibubapanya di Switzerland merupakan saat akhir beliau dapat bermesra bersama..


Obituary
Oct 15, 2007, 7:12 pm



I'm Jake Austin, former room mate and friend to Nick Daniel Ekhwan. I hate to be the bearer of bad news but after talking to Nick's parent by phone, I felt it is my responsibility as his friend to let you know and I was given permission by his parents to inform you all that Nick Daniel bin Ekhwan had pass away on the 15th October 2007 in Switzerland after a tragic accident which involves an avalanche on the slops of the Swiss Alps while he was snowboarding. He was pronounce dead on his arrival at the hotel by the nearby physician due to suffocation and pro-long hypothermia.
His body was flown back to Malaysia for proper burial on the same day.



To Nick Daniel, we'll gonna miss you.


I MISS YOU NICK!!!!! ~~UMMI NORA~~ :'(



Inna lillahi wa inna illai hi rojiun. "AL-FATIHAH" for my 'belated son' Nick Daniel Ekhwan. MAY ALLAH BLESS HIS SOUL TO REST IN PEACE AND GRANT HIS PLACE IN HEAVENS. Ameen.




IN LOVING MEMORY OF NICK DANIEL EKHWAN
 
Nick Daniel Ekhwan who was born in Malaysia on January 20, 1987 and passed away on October 15, 2007 at the age of 20 in Switzerland. We will remember him forever.

His parents Ekhwan and Sarah, love and miss him so much and know nothing will be the same without him because he was their only child. He brought light and laughter to everyone who had the luck to meet him. Nick Daniel was everyone's "Love Child".

Nick Daniel had so much to live for and so much more to give to this world. He was taken from us suddenly in a tragic accident involving an avalanche in the Swiss Alps of Switzerland. We will remember him always, and we will carry him with us in our hearts forever.

He had an amazing personality and had such a wide variety of interests and talents. . We all feel his loss deeply, forever and always. ~JAKE AUSTIN~





(NICK'S BEST FRIEND ~ JAKE AUSTIN)
 
Journal yang di catat pada Sept 27, 2007 adalah tanda-tanda beliau akan pergi buat selamanya tanpa kami duga.. Kami tertanya-tanya apakah petanda ini yang sebenarnya pada mulanya... Mimpi ini berlaku pada bulan Ramadhan 3 malam berturut.. Hanya Allah SWT yang lebih Maha Mengetahui..



Sep 27, 2007, 10:18 pm


Last night, I had a dream. The most weirdest dream I've ever dreamt coz I had the same dream for 3 days in a row. In that dream, I was falling and I was calling to my family and friends for help but no one came. They just ignore me as if I'm invisible or something. Then I saw a light.... and then coldness swept over me as if I'm in a freezer. Then, I woke up.
Puzzling isn't it? Whatever it was, it sure give me the creeps to think about it. What do you think? Is it a sign? If it is, then what's it about? I'm sure glad that's over.....I hope!


Foto terakhir Allahyarham di St. Moritz, Switzerland.

Sebelum beliau bermain "Snowboarding" dan di timpa kemalangan di hari tersebut (15/10/2007) beliau sempat online dan mengirimkan ku lagu nasyid ini... "UMMI - nyanyian HADDAD ALWI dan SULIS.


Menitis airmataku setiap kali mendengar lagu ini... SEMOGA KAU DAMAI DI SANA "ANAKKU".. Kasihsayang AYAHBONDA kandungmu lebih dari segala-galanya.

Dedicated to my Ummi. Enjoy! 


Your loving son,
~Nick Daniel~Smile Oct. 15, 2007

Friday, October 15, 2010

Pengalaman memori perjalanan 10.10.10 di Lebuhraya PLUS arah selatan.

10.10.10 ~ 15.10.10 - Tarikh tragedi berdarah di KM 223, Lebuhraya Plus, sudah 5 hari berlalu. Namun masih segar dalam ingatan setiap penduduk di Malaysia peristiwa yang amat memilukan itu.  Kemalangan ngeri berhampiran persimpangan tol Simpang Ampat, menjadi satu sejarah sedih seluruh rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.. Takziah buat keluarga mereka.. dan kepada yang beragama Islam kita do'akan agar roh mereka di cucuri rahmat dan di himpunkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. (AL-FATIHAH).


Sebenarnya masih ada lagi kenangan pada hari tersebut belum tercatat dalam diariku...Sambungan dari catatan ringkasku sebelum ini..

Catatan yang ini agak terpanjang sedikit kot... banyak sikit nak kisahkan.. (sebagai simpanan koleksi memori sendiri dan keluargaku untuk tatapan akan datang- jika blogspot ni tak de masalah seperti blog 360 dulu lah..)

10.10.10  - 8.25 p.m. ~ Kami sekeluarga (kecuali Nabilah tinggal sendirian di rumah kerana akan bekerja keesokan harinya) bertolak dari rumah di Meru, Kelang menuju ke Lendu, Alor Gajah, Melaka.


8.50 p.m. ~ Berhenti sebentar untuk menunaikan solat Isya' di R & R Dengkil, ku sempat membeli 2 botol air minuman juga sedikit halwa buah kering dan gula-gula.  

9.15 p.m ~ Kami meneruskan perjalanan.   Perjalanan di lebuhraya lancar  sehinggalah melepasi R & R Seremban, trafik mulai perlahan sebelum Exit Pedas-Linggi-Rembau.. waktu itu lebih kurang hampir jam 9.40 p.m. kami fikir tentu ini hanya kesesakan sementara atau ada kemalangan kecil dihadapan sahaja.. Suamiku mengambil keputusan untuk memasuki jalan lama di Exit tersebut jika kesesakan itu memakan masa yang lama.. Tiba di persimpangan Exit Pedas-Linggi-Rembau kelihatan kesesakan teruk di laluan Exit tersebut manakala lebuhraya berjalan lancar.. jadi serba salah mana satu jalan yang okay ni.. akhirnya kami mengambil keputusan meneruskan perjalanan mengikuti lebuhraya.. 

Anak-anak dah happy kerana tak de lagi kenderaan jalan tersengguk-sengguk (terhenti-henti).
Suamiku pula berkata, "Jangan terlalu suka sangat.. selagi belum sampai.."  Che' Abang berharap akan tiba di Lendu dalam lingkungan pukul 10.30 malam.. (kerana badan beliau sudah mula keletihan bekerja sehari suntuk.. tambahan jalan dah jem gini..kepala pun dah mula berdenyut. (migrain). Apa taknya tiba di rumah selepas beliau selesai mengerjakan solat maghrib di masjid langsung bersiap untuk menghantar anak ke Melaka pula... Apa yang boleh ku bantu hanya menyapukan minyak angin di tengkuk dan memicitkan kepala suamiku..)


Semasa perjalanan mulai lancar...ku berkata, "Tak de apa pun yang berlaku... kemungkinan sesak tadi sebab ramai nak masuk simpang tol Pedas kot!"

Betullah cakap Che' Abang..... kelancaran tu hanya sementara, setelah berjalan beberapa ratus meter keadaan trafik mulai perlahan semula.. 

"Apa sebenarnya dah jadi ni.. jem teruk sangat.. kenapa tak de pengumuman mengenai laporan trafik kat radio." Ku mula merungut.. (tapi masih sabar lagi... hehehe)
Biasalah dalam perjalanan selain mendengar keriuhan suara anak-anak, radio menjadi teman sepanjang perjalanan..  Kemungkinan sudah ada pengumuman di radio tapi di sebabkan anak-anak suka tukar-tukar channel radio terlepas dengar... sekitar jam 11.00+ malam barulah terdengar pengumuman di radio Sinar FM mengenai 2 kemalangan yang berlaku di lebuhraya arah laluan yang sedang kami ikuti... di kawasan selepas tol Pedas dan juga kemalangan teruk berhampiran tol Simpang Ampat.. Pengumuman mengarahkan agar pengguna lebuhraya mengikuti jalan alternatif memasuki Exit tol Pedas...


Ain:  "Baru Ummi sebut.. dah ada pun pengumuman"


Ummi: "Tapi dah terlewatlah...kita dah terlepas laluan tadi.. tu lah tak ikut cakap Abah tadi kann.. Pengumuman radio pun lambat sangat.       
Suami menoleh kearah ku.. "Patutnya kita masuk jugak jalan dalam tadi.. ni dah terlepas tak boleh nak berpatah balik.. Tak de lagi jalan susur keluar lepas ni".

Masing-masing akur, tak boleh nak kata apalah kann..
Ku lihat meter tangki minyak pun dah kurang dari separuh. Kebiasaannya Che' Abang isi penuh tapi hari tersebut hanya dibiarkan berapa baki minyak yang ada saja dan plan akan isi di dalam perjalanan.. tapi lalu di kawasan R & R Seremban tak singgah stesen minyak pun....  Ya lah siapa sangkakan... akan berlaku situasi yang tak pernah di duga dan  jarang di alami sebelum ni.. 

Jem terukkkk yang teramatttttt sangat... Kereta dah berderetan (ratusan atau ribuan agaknya) pengumuman radio tadi mengatakan kenderaan tersangkut dalam kesesakan lebih kurang 7 km.. Tapi rasanya lebih lagi dari itu...Sungguh panjanggggg..  tapi syukurlah tak de yang membunyikan hon kecuali kenderaan polis, JPJ dan ambulan ... 

Bagus sikap pemandu Malaysia yang berhemah ni kannn ... TAHNIAH!!!!!
Malam tersebut banyak juga kenderaan dari Singapura memenuhi lebuhraya... dan juga motor-motor besar.. tapiiiiiiii.... jalan 3 lorong dah jadi 4 lorong... termasuk laluan kecemasan.. Pehak polis pun  nampaknya cool je... masing-masing akur kannnn!!!


Kalau jalan sebegini asyik berhenti-henti dengan enjin sentiasa on, cukup ke minyak ni sampai ke Alor Gajah..? huhuhu...perjalanan jauh lagi...  Adakala kenderaan langsung tidak bergerak selama hampir 10 minit atau lebih..  kalau berhenti nanti pukul berapa pula nak sampai.. anakku yang kecil rajin bebenor nak ke sekolah juga walaupun UPSR dah berlalu.. Adalah sebabnya ...kerana dia terbabit dalam game futsal.. Hannah dan Syima masih cuti sekolah kerana pelajar PMR sedang menjalani peperiksaan lagi.. tak menjadi hal buat mereka..


Salah seorang anakku dah bersuara.. "Wah! macam ni pukul berapa kita nak sampai? Tidur di lebuhraya je la nampaknya". 
Anak-anak ada yang dah merungut "tangki air" pun dah penuh.. kawasan rehat jauh lagi... grrrrrrr.. "Tahan jer la ya... sabor..sabor..."

Ada juga ternampak beberapa pengguna jalanraya (lelaki dan kanak-kanak...ooppss sorry) yang berhenti di tepi-tepi jalan...mencari kawasan agak gelap sedikit tapi... cahaya lampu banyak dowh!!

"Dah tak tahan sangat nak terkucil *tett* la tu...",  ishhh sapelah tu yang bercakap...
"Jangan toleh... tak baik! kawal pandangan tu"... 
"yup..yup..yup.. tak tak tak!!!"... 
Tak habis-habis gelak anak-anakku usik mengusik.. menghilangkan keboringan...


Di hadapan sudah mula kelihatan cahaya lampu kecemasan biru di  sebelah kanan di lebuhraya selepas tol Pedas, polis sedang menunggu mayit yang terkujur di tepi jalan untuk di uruskan.. kemalangan ini tiada di highlightkan di akhbar. Kemalangan ini membabitkan penunggang motor dan lori... kelihatan rangka motor yang dah remuk.. tapi lori sudah tak kelihatan lagi..


12.00 a.m. - 11.10.2010 ~ Masih di lebuhraya.. Tempat kemalangan pertama sudah di lepasi... ada satu lagi yang perlu di tempuhi..Che' Abang dah mula tak dapat nak menahan sakit kepala (migrain), anakku 'Ain mengambil posisi memandu.. memberi ruang Abah berehat dan melelapkan mata seketika... Ubat pula tak de dalam kereta ni..

Jam sudah hampir jam 1.00 pagi.. kesesakan masih belum berkurangan.. 5 km lagi ke kawasan rehat Pedas yang hanya ada tandas dan wakaf.. Anak-anak dah mulai resah kerana nak kosongkan "tangki air" masing-masing terasa teramatlah lama dan jauh.. Tangki minyak pun dah makin berkurangan.. Aircond di matikan untuk penjimatan minyak.. Harap-harap sempat jumpa stesen minyak.  Risau juga dibuatnya jika sekiranya kehabisan minyak di lebuhraya... Nasib baik suhu pada malam tu tak berapa panas dan terasa bayu malam menghembus lembut memasuki ruangan tingkap yang terbuka...

Sesekali bersaing dengan lori itek yang meninggalkan aroma bau itek yang semerbak dan menyesakkan ini yang dah sememangnya sesak, masing-masing terpaksa menutup hidung.. bulu-bulu itek halus pula berterbangan di ruang udara.. setiapkali bersaing dengan lori tersebut terpaksa tutup skrin tingkap.. Pemandu bas pula suka merapatkan kenderaannya dengan jarak yang terlalu hampir mencium belakang kereta.. Adeih cuak rasanya.. Taulah body bas tu besar janganlah nak gandingkan dengan body kereta yang kecil ni... isk.. pemandu-pemandu bas ni cubalah prihatin dan bertimbang rasa sikit... (Namun  tidak semua pemandu begitu ada juga yang berdisiplin - tidak suka nak menyalahkan orang)

Inilah gambaran kesesakan lebuhraya di hari yang malang tersebut (10.10.10)

Kenderaan bergerak seperti kura-kura.. tinggal lagi 500meter ke kawasan rehat, kelihatan telah banyak pengguna memberhentikan kenderaan di tepi jalan merehatkan enjin sambil merehatkan badan ada juga yang berbaring di atas rumput beralaskan kotak, tikar dan ada juga yang membuka bekalan juadah yang ada.. seperti berpiknik pulak... Kasihan juga melihat ada anak-anak kecil yang dah terlintuk-lintuk di bahu orang tuanya... lebihkurang 200 meter untuk sampai ke kawasan rehat.. kami memberhentikan kenderaan dan mengambil keputusan untuk berehat.. dan berjalan ke kawasan rehat Pedas untuk mencari "kamar kecil"... heheeh.. Suamiku pula tunggu di kereta, cuba melelapkan mata dan masih menahan sakit kepala..


Jalan masuk ke tempat rehat pun dah sesak dengan kenderaan di penuhi manusia pelbagai bangsa.. masing-masing nampak tenang sahaja.. tiba di "kamar kecil" ramai sedang menunggu giliran.. mengikut peraturan beratur dan berdisiplin... bagus..bagus!!!


Terdengar perbualan sesama mereka mengenai kejadian kemalangan di persimpangan tol Simpang Ampat yang menyatakan 12 orang terbunuh.. 2 bas antaranya 1 bas terbalik... 1 van, dan beberapa kereta. Rangka-rangka dan serpihan kenderaan berselerakkan di tengah jalan, mayat bergelimpangan.. Innalillahi wa inna ilaihiroji'un... Astaghfirullah alazim.. Terkedu bila ku terdengar berita yang sungguh mengharukan tersebut.. Oh.. patutlah.. baru ku tahu keadaan sebenar.. Dalam ramai-ramai tu ada juga yang sempat rakam situasi ditempat kejadian tersebut.. dan anak-anakku sempat mencelah menjenguk gambar-gambar yang di ambil... memang tak sampai hati melihat keadaan tempat kejadian..


Peniaga yang berniaga di van bergerak di situ pun dah kehabisan stok minuman.. wah laris nampaknya.. 


Kami kembali ke kenderaan.. dan berehat sementara menanti laluan pulih.. tapi nampaknya dah hampir pukul 2.00a.m tak de perubahan.. kami mengambil keputusan meneruskan perjalanan..


Kenderaan bergerak tapi masih perlahan lagi.. namun legaaaa bila sudah ternampak lambang stesen minyak Petronas di seberang jalan PLUS laluan ke utara.. (rasanya dah masuk kawasan Rembau)..  Kena beli juga minyak dengan apa cara pun sebab meter tangki dah hampir ke E.. Tapi yang ada dalam kereta hanya sebotol bekas air mineral yang kosong.. cukup ke?  Ku suruh anakku 'Ain mencari beberapa botol kosong jika ada di Petronas untuk mengisi bekalan minyak. Rupanya ramai juga yang berhenti menyeberangi jalan untuk tujuan yang sama.. Ku berpesan pada anak-anak untuk berhati-hati melintasi lebuhraya.. kerana ianya agak merbahaya kerana laluan ke arah Utara kenderaan di pandu agak laju.. berbanding ke arah selatan yang telah mulai bergerak seperti itik berjalan pula..hehehe!!! 


Bila ku keluar dari kereta ku terlihat banyak botol-botol air mineral kosong di tinggalkan di tepi-tepi jalan.  Semua berbau minyak petrol..  ku mengambil 4 botol dan arahkan anakku Syima memberikan pada kakaknya di seberang jalan.. tapi seriau juga melepaskan mereka melintasi jalan tersebut.. tapi tawakkal je kerana tangki minyak perlu di isi... Suamiku masih menahan sakit kepala lagi..


Akhirnya anakku dapat mengisi 8 botol  (12 liter) ~ 1 botol @ 1.5 liter minyak petrol termasuk 3 botol air mineral yang di beli dan buang airnya untuk di isi minyak... membazir juga tu.. tapi tu saja caranya... keadaan terdesak.. 

Bas Delima yang telah remuk itu telah di tarik dan di tempatkan sementara di stesen minyak tersebut.. Dahsyat keadaan rupa fizikal bas tersebut kata anak-anakku yang sempat pergi melihat bas tersebut dari dekat..

Setelah tangki minyak sudah berisi.. lega sedikit rasa hati.. dengan penuh harapan agar sempatlah sampai ke Alor Gajah..  Suamiku menelan 2 biji paracetamol yang di beli oleh anakku 'Ain.. 
'Ain meneruskan pemanduan ke destinasi di tuju... Hampir jam 3.00 pagi akhirnya sampai sudah di tempat kejadian.. Melintasi laluan tersebut kelihatan segala serpihan kenderaan di atas jalanraya sudah mulai bersih...Petugas dari PLUS masih lagi bertungkus lumus membersihkan sisa-sisa serpihan yang masih ada dan kelihatan kenderaan-kenderaan yang terlibat remuk teruk telah di alih ke bahu jalan..  Kelihatan ramai lagi pegawai-pegawai polis, JPJ sedang mengawal keadaan lalu lintas di kawasan kemalangan...

Gambar di ambil dari internet.. kenderaan masih belum di alihkan


3.00 a.m ~ Memasuki jalan ke tol simpang Ampat laluan sudah agak sepi... 
3.20 a.m ~ Akhirnya kami selamat tiba di UiTM, Lendu. Setelah menurunkan anakku 'Ain.. kami meneruskan perjalanan pulang ke Kelang.. Ku cuba mengambil alih memandu,  tapi seperti biasa suamiku tak membenarkan.. dia kata sakit kepala pun dah berkurangan sikit.. (Walaupun sudah lama mempunyai lesen memandu... ianya sekadar syarat ..  "simpan dalam frame je"). Sewaktu jalan keluar dari kampus tu  adalah juga terserempak  dengan beberapa kenderaan masuk terdiri dari keluarga yang turut sama menghantar anak mereka.. Masing-masing tiba lewatkan.. Nasib baik pagar kampus masih di buka lagi.. 

Melalui jalan PLUS kearah utara perjalanan selesa seperti biasa.. dan kelihatan laluan tempat kemalangan masih lagi lesu... masih sesak tapi tidaklah seteruk sebelumnya... Kami singgah di stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak lagi... ya la ada lebih kurang 120km lagi untuk mengharungi perjalanan.. Sambil tu sempat melihat rangka bas Delima yang remuk teruk di situ.. Taklah jauh mana antara tempat kami berhenti untuk isi minyak dengan simpang ke tol Simpang Ampat tu..

Dalam perjalanan pulang ku dan anakku Hannah bergilir mengurutkan tengkuk Abahnya dan sapukan minyak angin.. agar merasa sedikit segar dan menghindari dari terlelap.. Risau gak sebab seharian suamiku tidak mempunyai rehat secukupnya.. Matanya pun dah kelihatan bengkak... ku berdo'a agar tiba di rumah dengan selamat.. 


Ku menahan diri dari terlena.. untuk menemankan suami yang sedang memandu.. tetapi sesekali tak tertahan juga mata ni.. ada sekali ku terlena dan terjaga bila tersentak kereta bergoncang seperti terlencung sedikit.. Alhamdulillah tak de apa yang berlaku.. Ku bertanya pada suami.. apa yang berlaku.. "Abang terlelap ke?"
Che' Abang hanya menggeleng kepala.. "Tak de apa". Selepas tu mataku terasa segar sedikit dan ku sentiasa mengawasi suami takut dia terlelap ketika memandu..

Ku bertanyakan Hannah ketika tu dia baru nak menyandarkan badan katanya selepas penat memicit Abahnya.. "Huh nasib baik lori kat depan tu jauh..."


"Kenapa Hannah? Hannah nampak Abah terlelap ke?"... ku bertanya lagi tak puas hati..


"Tak de apa.."... sambil tersenyum.. 
Okaylah masing-masing nak berahsia.. ku pun mendiamkan diri dan berdo'a agar cepatlah selamat sampai di rumah.. Kesian suamiku yang sudah terlalu keletihan.. tapi demi anak dia sanggup berbuat apa sahaja.. 


Tepat jam 5.00 a.m ~ Alhamdulillah selamat tiba di rumah.. 


Suamiku membersihkan diri dan tidur.. ku pula sementara menunggu sehingga masuk waktu Suboh, sambil online sempat update blog dan search Google mengenai kejadian hari yang paling tidak dapat ku lupakan ini.. Banyak sudah informasi mengenai peristiwa tersebut..  Masuk waktu subuh ku pun mengejutkan suami.. Selepas tu...Zzzzzzzzzzzzz.. Keletihan... 

Sebenarnya kejadian tersebut menjadi iktibar buat semua..
"Malang tidak berbau".. itulah ungkapan yang biasa di guna dalam bidalan melayu di atas apa juga kejadian buruk yang tidak terduga oleh manusia samada di dalam rumah atau di luar rumah..


Kadangkala dalam berhati-hati pun kemalangan masih boleh berlaku.. Inilah di namakan takdir yang telah di tetapkan oleh Allah sejak azali lagi.. Sebagai manusia selalu diingatkan mengenai ibadah.. persiapan dalam meningkatkan amal, beriman, bertaqwa dan patuh setiap ajaran Allah juga sunnah Rasulullah SAW dan menjauhi segala laranganNYA.  Kita ni makhluk yang lemah perlu kerapkali di ingat-ingatkan.  Jika lalai atau lupa ada orang lain pula tolong ingatkan.. Bab ibadah tidak boleh di tangguh kerana itulah bekalan kita di akhirat kelak.. Alam yang abadi..


Maut itu pasti.. tiada siapa dapat mengelak dari kematian.. Orang sehat pun boleh mati bila berlaku kemalangan yang tidak terduga seperti ini.... Kematian juga berlaku dalam keadaan sedang tidur dan dalam keadaan mengejut.. Manakala ada juga orang yang sakit bertahun-tahun tapi Allah masih panjangkan usia mereka.. Cuma kita tak pasti bila dan di mana.. dan bagaimanakah pemergian kita. Sentiasalah berdo'a kematian kita kelak dalam keadaan beriman dan memperoleh "khusnul khotimah" .. pengakhiran yang baik 
di sisi Allah SWT. 

(Sebagai iktibar) Video kemalangan berhampiran Exit Tol Simpang Ampat.. Ihsan dari MyMetro.

Monday, October 11, 2010

Tragedi 10.10.10 ~ 2 kejadian kemalangan ngeri di Lebuhraya PLUS

10.10.2010 ~ Update ringkas... Menghantar anak ke UiTM Lendu, Melaka..bertolak dari rumah jam 8.25p.m dari Kelang dan tiba di Melaka jam 3.25a.m.(11.10.2010). Balik semula ke Kelang dan tiba di rumah jam 5.00 a.m. (Lihatlah perbezaan masa yang di ambil antara perjalanan pergi dan balik... hari ini dalam sejarah hidupku bersama keluarga dan beribu-ribu pengguna lebuhraya PLUS menghala ke selatan yang terlibat dalam kesesakan yang tidak terduga di tarikh yang menjadi sebutan ramai seluruh dunia 10.10.10).

Selepas melepasi kawasan R & R Seremban beberapa km lagi hampir Exit Pedas-Linggi-Rembau perjalanan trafik mulai perlahan.. Sewaktu perjalanan kami tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di hadapan sehingga jalan begitu menyesakkan dan ada masa langsung tidak bergerak..untuk mencapai jarak 500m makan masa lebih setengah jam sehinggalah terdengar pengumuman khas perjalanan trafik di radio sinar FM jam 11.00+p.m. mengenai kejadian kemalangan ngeri ini.



Dua kejadian kemalangan maut di Lebuhraya PLUS di laluan yang sama arah selatan..

Tragedi ngeri 10.10.10 di Lebuhraya PLUS .. Pedas-Linggi
kemalangan maut penunggang motor terbabit dengan lori .. & satu lagi kemalangan maut melibatkan ramai mangsa di Simpang Ampat antara bas express Delima & beberapa lagi kenderaan ..
Takziah kpd keluarga mangsa.. Semoga roh mereka di himpunkan bersama
para solehin.. Pengalaman yg tak dapat di lupakan terkandas selama 6
jam di lebuhraya .. perjalanan dari Kelang ke Melaka..

Berita penuh boleh di rujuk di link ini..

Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Oktober – 12 Maut, 40 Cedera di Tol Simpang Ampat

Sunday, October 10, 2010

Diari hari ini 10.10.10 ~ mengenang kembali peristiwa yang berlaku di tarikh ini 2 tahun yang lalu

Hari ini Ahad, 10hb. Oktober, 2010 atau lebih cantik bila di catat  10.10.10 merupakan tarikh unik berkaitan dengan digit..
Pagi tadi sewaktu mencatat N3 di blog diari ni catatan tersebut tak de kena mengena pun tentang tarikh hari ini tetapi secara tak sengaja N3 tersebut terpost pada jam 10.10 a.m.
Lebih cantik lagi bila di catat begini... 10.10.10 @ 10.10 a.m.
Tersenyum ku sendirian.. hehe.. "menghiburkan hati sendiri.." bila boleh tercipta sejarah sendiri tanpa perancangan. Alahai catatan yang tak seberapa pun.. ish!!

Tapi N3 yang satu ini memang ada kena mengena dengan tarikh 10.10. Sebenarnya tarikh hari ini ada catatan sejarah dalam hidupku.. ianya sudah berlalu dua tahun yang lalu.. pada tarikh 10.10.2008. 


Di tahun tersebut entah mengapa hatiku terdetik berkata, "Dah bertahun tak pernah berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan.. kan seronok kalau tahun ni dapat berpuasa penuh.. "  Sebab semasa mengandungkan anak dan menyusukan anak terdahulu pernahlah beberapa kali di hadiahkan Allah dapat berpuasa penuh.. 

Bagi wanita sehat untuk memperolehi puasa penuh memanglah sesuatu yang mustahil kerana fitrah tubuh wanita itu sendiri yang telah di jadikan Allah SWT melalui *kitaran khas* setiap bulan. 


Di takdirkan Allah selepas 10 tahun ku tidak mengandung pada tahun tersebut dengan kekuasaan Allah tanpa ku duga dua bulan sebelum ketibaan bulan Ramadhan ku mendapati diriku mengalami tanda-tanda tersebut.. Alhamdulillah ku rasa bersyukur atas kurniaanNya.  Ku rahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga kecuali suamiku yang paling awal mendapat kesan.. Konon nak bagi surprise laaa.


Seperti biasa menjadi amalanku sewaktu mengandung akan membaca Al-Qur'an surah Yusuf pada awal kandungan (3 bulan pertama) dan beberapa surah lain.. Ku sentiasa memohon ke hadrat Allah agar kandungan sehat dan sempurna tubuh badannya disamping memohon di kurniakan anak yang soleh.. dan selamat dalam kandungan.  Setiap ibu akan berdo'a begitu..


Alhamdulillah ku lalui Ramadhan tahun itu dengan rasa seronok dan tenang sekali. Pertengahan Ramadhan pembantuku kurang sehat.. jadi segala tugasan rumah ku lakukan sendiri.. 

Mengandung di usia 40 an memang tak sama semasa usia 20 an atau 30 an.. Mudah keletihan dan tidak boleh melakukan kerja terlalu berat, ku perlukan bantuan anak-anak.. jadi rahsia tak boleh di sembunyikan lagi... rahsia terbongkar. Biasalah ada masa perangai anak-anak ni menguji kesabaran juga.. jadi ku pesan pada anak-anak supaya berperangai sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan stress pada Ummi mereka ni.. Jadi ku jelaskan hal sebenar pada anak-anak.. Mereka amat gembira dengan berita tersebut terutama anak paling kecil, Firdaus.. memang lama dia menanti kehadiran seorang adik..  Kakak-kakaknya apa tah lagi.. ku sangka mereka bila dah besar tidak berapa suka mendengar khabar tersebut kerana pernah terjadi bila ibu yang sudah berusia dan anak-anak sudah besar mereka merasa malu bila mendapat tahu ibu mengandung dan mereka akan mendapat adik kecil lagi... Alhamdulillah anak-anakku tidak begitu malah merasa girang dan tak sabar menanti kelahiran adik barunya..

Bila hampir menjelang hari raya sudah pasti banyak tugasan yang nak di lakukan.. Alhamdulillah ku masih mampu berpuasa walaupun waktu berbuka dan bersahur tak begitu berselera untuk makan.. ku berdo'a sentiasa agar kandungan berkeadaan baik.. kerana ku belum buat pemeriksaan doktor sejak mengetahui diriku mengandung.. dan mengambil keputusan akan berbuat demikian selepas hari raya..

Dua tiga hari sebelum raya ku merasakan perut begitu lembut dan merasa sakit seperti senggugut.. Ku beritahu pada suami... namun ku sangka tentu tiada apa-apa masalah.. Di hari akhir puasa (29.9.2008) ku bersiap untuk menyediakan masakan untuk menyambut Syawal.. Ayam telah ku bersihkan dan sementara tu ku membersihkan keliling rumah dahulu.. Tiba-tiba ku merasa ada sesuatu yang mengusarkan bila ada tanda-tanda yang ku tak pasti.. ku beritahu pada suami.. segera ku bersiap untuk ke hospital tengahari tu kerana ada kelainan pada kandungan ku kali ini.  Anak kecilku sedih bila mendapat tahu ada sesuatu yang tak kena berlaku.. dan mula menangis.. Dia berharap adik di dalam kandungan tak ada apa-apa..Ku mohon mereka berdo'a sementara mendapat keputusan dari doktor.


Tiba di hospital doktor melakukan  ultrasound dan mendapati jantung janin tiada denyutan.. ku merasa begitu sedih..namun sudah di takdirkan Allah tiada rezeki ku memperolehi anak ini.. Tapi janin masih berada dalam kandungan.. doktor memberi tempuh 3 minggu untuk datang kembali.. Oleh kerana usiaku doktor menyarankan agar janin ini gugur secara semula jadi tanpa melibatkan pembedahan kerana pelbagai risiko akan berlaku. 

Sepanjang hari raya ku masih beraya seperti biasa dan menanggung sedikit kesakitan.. Sepupuku seorang doktor mempelawaku untuk ke kliniknya untuk melihat keadaan janin yang masih dalam kandungan.. Beliau menasihatkan ku untuk mengambil ubat tambah darah kerana risiko keguguran adalah lebih menyakitkan dari kelahiran biasa dan kemungkinan kehilangan banyak darah itu besar..

Solat ku lakukan seperti biasa tapi ku perlu bersihkan diri setiap kali untuk bersolat.. Di fahamkan dari sesetengah pendapat yang di jelaskan oleh sepupuku selagi janin masih di dalam kandungan ia masih di anggap kita masih dalam keadaan suci untuk melakukan ibadah..

Kesakitan semakin kuat terasa pada 10.10.2008 selepas solat maghrib.. Kakak iparku yang duduk di sebelah rumah datang mengurut dan Alhamdulillah beberapa minit kemudian janin ku keluar dengan selamat di rumah dengan berlaku banyak pendarahan.. Umur janin ketika itu berusia sebelas minggu dan telah hampir lengkap anggota tubuhnya dengan tubuh yang sungguh halus sebesar jari kelingking. Kedua tangannya terletak elok di pipi kanan seperti orang tidur mengiring dan kedua-dua kaki yang sungguh halus dengan jari-jari yang telah lengkap...  Mashallah.. Doktor memberi pandangan sebelum itu bahawa bentuk janin seperti kelongsong yang panjang.. tetapi ianya telah tiada dalam karung lagi.. sebab tu ku dapat melihat dengan jelas bentuk janin tersebut..




 Bersambung...


Tarikh dan nombor yang cantik ni memang biasanya menarik hati sesiapa pun... jika kebetulan berlaku sesuatu peristiwa ianya menjadi satu kenangan manis atau pahit buat empunya diri.. dan menjadi sejarah dalam hidupnya. Ada juga yang mengambil peluang menggunakan tarikh unik seperti ini dengan mengikat tali perkahwinan dan pelbagai acara lagi.. 

Hari ini ku menanti berita gembira bila kakak ipar sulungku masuk wad untuk melahirkan anak ke 5.. Ku do'akan semoga kakak dan anak sehat dan akan di lahir dengan selamat.. 

(Berhenti di sini dulu ... untuk menghantar anak balik ke Melaka)

10.10.10.. jam 10.10 a.m.. (wow..wow.. baru terperasan N3 ini di post waktu ini.. memang kebetulan.. tak plan pun ) Panorama senja di lebuhraya SKVE

 Lebuh raya SKVE

16.09.2010 ~ Pertama kali melalui lebuhraya SKVE terpesona melihat keindahan tasik yang membiru di kiri kanan jalan berhampiran Kampung Lombong.. Kebetulan pula waktu tersebut hampir senja .. dapatlah ku rakam keindahan di kala mentari hampir mencecah di ufuk barat.. warna jingga melakari di kaki langit.. SUBHANALLAH.



Tidak dapat di gambarkan dengan jelas di foto-foto ini (lagipun kamera dah uzur - tapi syukur masih boleh berbakti pada tuannya lagi..:) )  Berbanding jika kita mengalami suasana sebenar.. memang indah. MASHALLAH.




Semasa kami mengikuti laluan ni dari PutraJaya menuju ke Klang jalan ni agak lengang tidak sesibuk seperti lebuhraya-lebuhraya yang lain di Malaysia ni.. Untuk pengetahuan, lebuhraya ini baru di buka pada umum pada bulan Julai yang lalu.



Bertuah bumi mu Malaysia.. telah banyak jalan penghubung untuk mendekatkan jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat sekarang .. Hanya perlu sediakan $RM$ sajalah kerana banyak tol yang perlu kita lalui..  Nak jalan yang cantik dan mudahkan perjalanan perlulah berkorban sikit kannn.. :)




SKVE ini adalah singkatan The South Klang Valley Expressway yang menghubungkan Bangi, PutraJaya, CyberJaya, ke Teluk Panglima Garang, Pulau Carey dan Westport Pulau Indah, Klang.  Maklumat lebuhraya tersebut boleh di dapati di Wikipedia.

Wednesday, October 6, 2010

IMPIAN NUUR CANOPY 1

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana segala aktiviti dan tugasan bulan syawal berjalan lancar.  Tempahan khemah untuk majlis-majlis kenduri kahwin dan rumah terbuka sempena hariraya pun sungguh menggalakkan. Terima kasih kerana menggunakan khidmat IMPIAN NUUR CANOPY.  

Langsir menari-nari mengikut alunan hembusan bayu..

Tuesday, October 5, 2010

'Copy and paste' ~ Mengenai pemakaian tudung....

Saya terjumpa nota ini di FB  jadi tertarik mengenainya sebagai rujukan saya copy dan tampal di sini. ((Terutama peringatan buat diri dan anak-anakku... Sila baca duhai anak-anakku))

Mana yang baik kita ambil dan jadikan panduan.  Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala buat mereka yang sentiasa memberi peringatan kerana sifat kasih sayang pada saudara-saudara Islam sedunia juga memberi hidayah bagi mereka yang belum menganut agama suci ini.. Semoga terbuka hati-hati kita untuk mengamalkan kebaikan dan memperolehi keredhaan dari Allah SWT juga bekalan di akhirat nanti.. Hidup di dunia ini hanya sejenak..

PERHATIAN!!!Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden....(SALAM PERINGATAN)

by Zameer Fisabilillah on Friday, October 1, 2010 at 11:08pm
Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...Mengapa saya BERANI MENGATAKAN SEDEMIKIAN???
(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

JIKA ANDA MASIH BELUM MENGENAKAN TUDUNG DAN SUKA TAYANG RAMBUT ANDA kerana INGIN KAN PERHATIAN MANUSIA LAIN,sila baca huraiannya pada salah satu NOTE saya yang bertajuk 
Manfaat Berjilbab jika ANDA masih belum MENGAMALKANNYA-kaitan ISLAM dan SAINS
(http://www.facebook.com/notes/zameer-fisabilillah/manfaat-berjilbab-jika-anda-masih-belum-mengamalkannya-kaitan-islam-dan-sains/130192303699897)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.


Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
Gambar yang sudi dikongsikan bersama antara saudara seISLAM untuk menyebarkan SALAM PERINGATAN ini...Sambutlah salam peringatan ini WAHAI WANITA YANG MASIH DEGIL!!!Ingatlah,ISLAM itu bukan hanya terletak pada nama sahaja, ISLAM itu bukan terletak pada keturunan sahaja...TETAPI Islam itu terletak pada PENGHAYATAN,PENDEKATAN DAN DIPRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SEPENUHNYA TERHADAP ISLAM......

Hayatilah maksud yang tersirat pada SURAH AL-WAQIAH berulangkali...Kerana Ia Menyedarkan kepada MEREKA yang Leka Permainan DUNIA(http://www.facebook.com/notes/zameer-fisabilillah/hayatilah-maksud-yang-tersirat-pada-surah-al-waqiah-berulangkalikerana-ia-menyed/130195997032861)



p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?
jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.
Rajin-rajinlah MENYELONGKAR "Older post" saya yang suatu ketika dulu telah saya tuliskan dari awal...
jangan sekadar MENYELONGKAR statement yang dituliskan sahaja,TETAPI teruskan usaha anda MENYELONGKAR segala COMMENT yang tersembunyi di bawah STATEMENT tersebut...
Sudahkah anda merantau apa yang saya post sejak dari awal saya menjejakkan jari menaip di alam maya ini???Saya juga manusia lemah macam saudara-saudari sekalian juga,boleh jadi saya lebih teruk dari saudara-saudara sekalian....Tidak mustahil Allah s.w.t sengaja mengilhamkan kepada naluri saya untuk mengirimkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan kepada manusia melalui kemudahan teknologi,dengan harapan ada manusia dapat memahami dan segera membuat pembetulan....

KEPADA ANDA SEMUA YANG ADA SEBARANG SOALAN/KERAGUAN/KEMUSYKILAN/TIDAK BERPUAS HATI MENGENAI SALAM PERINGATAN INI,JEMPUTLAH COMMENT DI BAWAH INI...KERANA KAMI DI SINI MENERIMA KEHADIRAN ANDA...

Berapa ramaikah di kalangan anda menyahut salam peringatan saya sejak dari awal lagi?Berapa ramaikah di kalangan anda yang menganggap negatif terhadap salam peringatan saya ini sebagai BUKAN SATU TEGURAN TETAPI SATU SINDIRAN?Berapa banyakkah antara anda yang menyebarkan SALAM PERINGATAN saya?sungguh bergembiralah malaikat yang mencatat amalan kebaikanmu dan sedihnya malaikat tatkala mencatat amalan keburukanmu…
Jika anda menutup aurat sepenuhnya(bertudung sebegini)..,TAHNIAH SAYA UCAPKAN...Moga anda selamat di DUNIA dan di AKHIRAT...Amin...Moga anda menjadi pengunjung syurga dan menetap di sana selama-lamanya...Berpesanlah kepada kaum anda juga,Moga mereka diberkati Allah seandainya berpakaian menutup aurat sepenuhnya..Bukan sekadar sedikit dan seketika cuma

Sunday, October 3, 2010

Siapalah "AKU"???

Bukan sekadar gelaran.... "bisikkanlah duhai hati"



Dakaplah  dengan penuh kasih dan sayang...

Saturday, October 2, 2010

Mengingati Mati - *Your Life... Your Choice.. * ~ PRAY YOUR PRAYERS~


Salam sejahtera,


Hari ini ingin ku bermuhasabah diri ini... kasihan pada diri ini.. dalam sepanjang hidup ini apalah sumbanganku selama ini..  Usia sentiasa bertambah dari hari kehari.. berapa lama lagilah ku akan menghuni di dunia yang fana' ini.. Rahsia usia hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Setiap detik  ada saja makhluk yang baru di lahirkan dan yang kembali pulang ke hadrat Illahi..

Sudahkah persiapan diri di lengkapi.. Lihat jauh kedalam diriku.. oh..masih jauh..jauh lagi tertinggal .. tangisi.. insafi diri.. 
Ayuh bangkit wahai diri.. apa di tunggu lagi.. 
Suami selalu berpesan "Cermin diri" ingat akan mati yang tak tahu bila akan datang menjemputmu nanti.. Pesanan yang sentiasa di sampaikan buat keluarga "Solat awal waktu"... kelekaan duniawi kadangkala mengalpakan tanggungjawab ukhrawi.. sikap bertangguh dalam amalan memang amat merugikan diri sendiri.. 
Bangkit... bangkit wahai diri.. jangan di ikut nafsu malasmu itu..

"Ya Allah... sedih rasanya... kerana masih banyak lohong kosong yang tidak berisi.." Biarlah ku meratapi diri sekarang sebelum ku meratapi setelah di panggil Illahi nanti.. "Ya Allah berilah kemudahan dan taufiq dan hidayahMu agar hambaMu sentiasa di pesan.. di ingati.. mahupun dimarahi.. terimalah dengan hati terbuka setiap bait kata peringatan..dengan pesanan walaupun teguran itu kadangkala menyentuh hati tapi itulah ubat hati yang paling ku kehendaki agar sentiasa mengingati Mu Ya Illahi.."


Biarlah peringatan demi peringatan... jangan jemu mendengarnya.. 
Kerana ada yang sayang maka ambillah setiap nasihat dan teguran sebagai penawar..


Bercakap memang mudah ... untuk mempraktikkannya bukanlah suatu yang senang.. Kadang kita ni boleh menasihatkan orang lain tapi dalam masa yang sama diri sendiri juga banyak kekurangannya.. dan banyak yang perlu di perbetulkan. Suamiku berpesan lagi.. "Cermin diri.. perbaiki diri sendiri". Renung-renungkanlah wahai hati.. pesanan dari insan yang kau sayangi..


"Ya Allah... Ampuni segala dosa yang ku lakukan.. hambaMu terlalu kerdil dan lemah Ya Allah.. ku mohon belas ihsanMu yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. Hanya kepadaMu hambaMu bersujud dan mengadu Ya Allah!! Segala puji hanya bagiMu Ya Allah Tuhan pencipta Sekelian Alam.. kesejahteraan serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. KekasihMu yang amat kau kasihi"


Marilah sama-sama kita menonton video di bawah ini sebagai pedoman agar dapat membantu menginsafi diri.. Mudah-mudahan Allah sentiasa membuka pintu hati hamba-hambaNya dengan memberi cahaya taufiq dan hidayahNya.. Agar kita sentiasa mengingati Allah dengan tidak meninggalkan solat dan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi laranganNya semoga hidup kita di Rahmati dan di RedhaiNya.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails