Pages


Monday, March 29, 2010

Rasulullah SAW Pengsan Dengar Seksaan di Neraka - Petikan dari ruangan Pedoman di Harian Metro. (Ahad 28/03/2010)


Anas bin Malik RA berkata: "Jibrail datang kepada Rasulullah SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Baginda: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawab Jibrail: "Ya Rasulullah SAW, aku datang kepadamu di saat Allah SWT menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahanam itu benar, seksa kubur itu benar, dan seksa
Allah SWT itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat jahanam."

Jawabnya: "Ya Rasulullah, ketika Allah SWT menjadikan jahanam, maka dinyalakan seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih.

Kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang di sebut dalam al-Quran itu diletakkan diatas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

Demi Allah SWT yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya dari orang lelaki dan perempuan."

Baginda bertanya lagi: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawab Jibrail: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu kepintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda."

Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang munafik dan orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS serta keluarga Firaun sedang namanya al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar, pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah, pintu keenam tempat orang Nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam kerana segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terankan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawab Jibrail: "Di dalamnya orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum bertaubat."

Maka Baginda jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu sehingga Jibrail meletakkan kepala Baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali.

Sesudah sedar, Baginda bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawab Jibrail: "Ya, iaitu orang berdosa besar dari umatmu." Kemudian
Rasulullah SAW menangis, Jibrail juga menangis.

Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang. Bila sembahyang, Baginda sering menangis dan meminta keampunan kepada Allah SWT.


Saturday, March 27, 2010

Kiriman di Alam Maya.



Hari ni Sabtu, Nabilah dan 'Ain bertanyakan menu masakan di rumah untuk hari ini..
Memandangkan minggu ni mereka tak pulang mereka sesaje minta kirimkan masakan Ummi tapi apakan daya jauh nak menghantar..

Hai anak-anakku ...seperti biasalah masakan Ummi ni biasa-biasa je.. tak de yang istimewa.. Okaylah nak sangat, Ummi mampu kirimkan melalui alam maya je..hehehe!!

Tak leyh cium bau dan rasa, tengok gambar pun jadilah ya.. masakan yang biasa kamu makan juga. Minta maaf ya anak-anak Ummi.. nanti balik bolehlah kita makan bersama.


kangkung goreng

Asam pedas ikan gegerut


Hari ni Eiman (anak saudara ~ setahun 6 bulan) jadi peneman Ummi di dapur... ehehe!!

Sesekejap dia nak "bi-kam" ~ bermaksud biskut.. kemudian main di mesin pengering ni.. dia nak masukan muka dia dalam mesin tu pulak.. kekejap dia ke ruang tamu kemudian dia masuk lagi ke dapur... bila dah habis makan biskut dia nak "num" sebab tekak kering... okay..minum bebaik jangan tersedak ya Eiman...

Suka tenguk keletah dia... bila Ummi dah siap masak... dah tak nampak lagi kelibat dia.. rupanya Ieqa dah bawak balik ke rumah Ieqa.


Sekian ;))

Friday, March 26, 2010

Mood

Foto 2009 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka


Tengahari tadi Firdaus pulang dari sekolah... tapi dengan muka yang mencuka.. apalah yang tak kena ni... dia cium pipi Ummi pun sikit je...

Ummi : "Nape ni Firdaus?"

Firdaus: "Firdaus mana ada merajuk... Malam tadi Ummi cakap Firdaus merajuk".

Air muka yang masih muram lagi...

Ummi : "Lor.. itu ke.. perkara malam tadi pun masih terbawa-bawa sampai ke siang hari..... okay..okay lah Firdaus tak merajuk Ummi silap".

Adalah berlaku sikit salah faham antara Firdaus dan kakaknya Syima.. Di sebabkan dia masuk tidur awal malam tadi.. dengan muka di tutup dengan bantal.. Ummi pun menyangka dia merajuk.. Rupanya dia terdengar apa yang ku cakapkan..
Sebab tu berlarut-larutan sampai balik sekolah... mudah tersinggung si bujang seorang ni...


Firdaus ceria bersama Ummi Februari, 2010


Ummi: "Macamana dengan ujian hari ni?"

Firdaus: "Ada yang Firdaus tak sempat jawab.."

Ummi: "Nape pulak tak sempat jawab kan dah beri masa.."

Firdaus: "Firdaus fikir sebelum jawab".

Dalam hatiku berkata.. "memanglah nak menjawab kena fikir dulu... Firdaus, Firdaus!! Tentu fikir terlalu lama sangatlah ni.."

Ummi: "Lain kali jawablah soalan yang senang dulu kemudian baru jawab yang
susah.. dah buang masa kat situ lama sangat berfikir kan".

Firdaus hanya mendiamkan diri..

Ummi: "Meyh makan dulu..."

Firdaus hanya mengambil seketul ayam saja.. tanpa makan nasi..

Ummi: "Nape tak makan nasi?"

Dia diam lagi... isk..isk..isk.. susah betul nak memujuk bila mood dia masih tak baik lagi ni.

Bila ummi bertanya lagi... barulah dia menjawab... "Dah kenyang!"

Ait .. dah kenyang ke hanya dengan makan seketul ayam... tentu hatinya belum sejuk lagi la ni..



Ummi dah hidangkan sup ayam bersama cendawan, hidangan berkuah semestinya ada sebab anak-anak suka makanan berkuah.., ayam goreng dan tauhu goreng juga sambal belacan berserta ulam kacang botol. Hidangan yang sungguh simple saja.. untuk 5 beranak makan hari ini (Nabilah di Sabak Bernam dan Nurul 'Ain di Melaka - tiada dalam senarai di rumah minggu ini). Tapi nampaknya dia tak menyentuh makanan yang lain...







Firdaus bersiap untuk ke sekolah agama pula pada jam 2.00 petang.. Dia meninggalkan rumah tanpa makan tengahari... Sedihnya Ummi bila anak ke sekolah tak makan tengahari.. Cuma seketul ayam mengalas perutnya.. Adeih..siannya anakku.. Panjang betul rajuknya.. tapi bagi dia tu bukan merajuk... Isk..isk..isk.. hero ku yang seorang ni.. susah betul nak jaga hati dia. Harap-harap waktu petang dia balik sekolah agama dah kembali ceria seperti biasa.

Jam 6.20 petang Abah dia ambil di sekolah (Hari biasa pulang jam 5.40p.m tapi sejak berada di tahun 6 ni setiap hari Selasa, Khamis dan Jumaat ada kelas tambahan)... Setibanya di rumah wajahnya dah mula tersenyum dengan menyalami dan memeluk Ummi..
Oooohh lega.. Pulang sekolah terus dia makan hidangan tadi untuk makan malamnya.. Alhamdulillah!! Tentunya sepanjang pulang tadi Abahnya ada menasihati dia.


Funny face ~ di Gunung Machinchang, Langkawi Ogos, 22, 2007

Berbagai-bagai kerenah anak ni.. harap-harap dia boleh menjadi orang yang tenang dan sabar. Umminyalah perlu banyak bersabar dan juga berdo'a menangani kerenah anak-anak yang bermacam ragam ni..

Thursday, March 25, 2010

Brunei Lebih Takut Laknat Allah - petikan berita Harian Metro



Tajuk berita ini sungguh menarik perhatian saya dan ini adalah antara petikan dari berita tersebut yang bertarikh 24 Mac, 2010 (Rabu). Renung-renungkan...!!!



BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti di laknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini."

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak".

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino.Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya - AP



Begitulah tegasnya pendirian mereka tentang hukum Allah.. Ianya patut di contohi... Bolehkah ia di praktikan di Malaysia?
Kes Kartika telah membuka mata banyak pihak, tapi ada juga yang membela untuk membebaskannya dari hukuman sebat sedangkan dirinya sendiri merelakan untuk menerima hukuman tersebut.. Kerana beliau sedar akan seksaan Allah yang lebih hebat di akhirat kelak... Bagaimana nasib orang yang mempertikaikan hukuman ini sedangkan dirinya bergelar Islam? Wallahu'alam.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) ". ( al-Quran, al-Maidah : 90 )


Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Penjelasan mengenai hukum arak boleh di baca di blog Prof. Madya Dr. Ishak Sulaiman di sini dan juga di ruangan ini.

Tuesday, March 23, 2010

Menemankan Ayahanda membuat rawatan di Hospital






Raza4u.com Get -Graphics



Pada hari Isnin, 22hb. Mac, 2010, saya dan Anis (adik ipar) telah bawa Abahku ke hospital untuk temujanji dengan doktor pada pukul 10.00 pagi di Kompleks Rawatan Harian Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..


htar4

Tiba di hospital jam 9.30 pagi. Kami terus ke Kompleks Rawatan Harian dan meletakan surat temujanji di meja pendaftaran... Menjadi kebiasaan di hospital kerajaan ni..memang ramai pesakit untuk mendapatkan rawatan.. Jadi memang perlu banyak bersabar menunggu giliran walaupun appointment pukul 10.00a.m. (bermakna perlu menunggu antara jam tersebut sehinggalah giliran tiba) Pegawai pendaftaran, nurse dan doktor memang cuba melaksanakan tugas sebaik mungkin melayan pelbagai kerenah pesakit dan juga pengiringnya. Masing-masing sudah faham dengan situasi di hospital dan di sinilah kesabaran di tuntut... walaupun dalam keadaan sakit tapi pesakit lebih bersabar dari orang yang mengiring.

Lebih kurang sejam kemudian nama Abahku di panggil... baru dapat nombor giliran.
Kena tunggu lagi untuk giliran masuk pula... sabar, sabar...ramai lagi pesakit awal tiba belum di panggil lagi.. Doktor untuk merawat pesakit pun ramai juga... semua bilik doktor di klinik tersebut di buka...tak perasan pulak berapa banyak tapi rasanya berbelas juga.

Setelah lama menunggu lebih kurang jam 11.30a.m barulah giliran nombor Abah di panggil.. Saya dan adik ipar menemankan Abah bertemu doktor.. Sebenarnya Abah mengalami sakit perut sejak hariraya Aidil Fitri 2009 yang lalu.. Ia seperti membengkak besar dan adakala akan menyusut... Sejak itu Abah tak de selera makan dan hanya jamah nasi atau roti sedikit atau adakala langsung tidak mau makan.... badan semakin susut dari timbangan 60kg lebih sebelum itu kini tinggal 50kg. sahaja. Kami amat runsing dengan kesihatan Abah.. dan cuba terdaya yang mampu berusaha memberi makanan kesihatan, minum Air dari bacaan Ayat-ayat Suci Al-Qur'an, madu untuk Abah kembali pulih seperti biasa.

Kasihan kami tenguk... anak-anak pujuk Abah untuk dapatkan rawatan Abah tetap tak mahu kerana menunggu jadual rutin yang perlu di tunggu setiap 3 bulan sekali... lama tu. Kali ni selepas membuat rawatan mengikut jadual rutinnya dan doktor bertugas di Klinik Kesihatan memberi jadual untuk ke hospital barulah Abah akur.
Abah yang menjangkau usia 79 tahun kelihatan sangat uzur ketika ini.

Doktor bertugas bertanyakan Abah apa masalah sakit yang di hidapi.. Abah kata angin selain dari itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis ... kemudian seorang doktor pakar datang check perut Abah... dan kemudian di arah membuat x-ray.. Kami berharap tak de lah yang serius berlaku pada penyakit dalam perut Abah ni.. Kami temankan Abah ke bilik x-ray dan keputusan x-ray tersebut saya serahkan kembali kepada doktor.. Doktor beritahu ada sedikit kebengkakan di perut Abah...

Sementara menunggu doktor memberi arahan seterusnya Abah tunggu di luar klinik. Abah kesejukan...mungkin kerana air-cond yang begitu kuat.. Terlupa pula nak bawakan Abah baju sejuk... kasihan Abah menggigil kesejukan... Saya cuba mencari selimut untuk menyelimuti badan Abah .. dan seorang wanita India menunjukan satu bilik yang menyediakan selimut untuk pesakit di stor berdekatan. Saya mengambil sehelai dan membalut badan Abah.. yang masih menggigil kesejukan.

Selepas itu Abah di panggil untuk mengambil ujian darah pula.. Saya temankan Abah ke bilik tersebut manakala Anis mengambil ubat di farmasi..
Abah masih menggigil.. kasihan Abah..Saya cuba beri semangat pada Abah supaya tenangkan diri.. dan memeluk Abah agar dapat mengurangkan kesejukannya.
Doktor lelaki India yang bertugas di bilik tersebut cuba mencari urat di tangan kanan untuk mengambil darah Abah... 3 kali cubaan gagal... Aduh.. sakit bapaku.. kasihan sungguh ku lihat Abah menahan kesejukan dan sekaligus menahan sakit.. Agaknya tulah penyebab ramai kalangan warga emas ni kalau boleh tak nak ke hospital bila sakit..
Kemudian seorang doktor perempuan Cina masuk dan mengambil alih tugas doktor lelaki tersebut...Saya balutkan Abah dengan selimut dan peluk erat Abah supaya tidak terlalu menggigil mungkin itu penyebab susah untuk mengambil darah... Kali ini sekali cucuk Doktor tersebut telah dapat mengambil darah melalui tangan kiri pula.. Alhamdulillah.. legaaa.. Doktor memberi temujanji akan datang pada 5hb. April untuk mengetahui keputusan ujian darah tersebut..

Rawatan untuk hari tersebut selesai... Kami pulang jam 1.00 tengahari. Setibanya di rumah Abah merehatkan diri berbaring... sebelum menunaikan solat dan makan tengahari.. Kami anak-anak dan cucu-cucu sentiasa mendo'akan kesejahteraan Abah agar segera sembuh.


Si Meow..Meow dan Nasib Si Anak Merbah



Inilah Si putih dalam kisah ini yang suka beraksi depan kamera
...pandai posing.. comel kan!!!


Si Anak Merbah di pohon ciku
~ ini hanya gambar hiasan dari koleksi album gambar 2 tahun yang lalu




Pagi tadi 23/03/2010 -Selasa~ sewaktu hendak menyidai kain di halaman rumah tetiba 2 ekor burung merbah berterbangan dan berkicau-kicau seperti berada dalam kecemasan... Ku lihat pohon inai di hadapanku bergoyang kuat..


Sarang burung di pokok inai yang menjadi intaian Si Putih


Rupa-rupanya.., Si Kucing Putih sudah mendapat mangsanya.. Anak-anak Merbah itu...
2 ekor anak merbah telah terjatuh dari sarangnya..



Ini juga gambar hiasan 2 ekor anak merbah dari koleksi album gambar di pohon ara
(pepohon rendang di sekitar kawasan rumah kami ni menjadi kegemaran burung-burung merbah membuat sarang)


Apa lagi.., Si Putih dan ibunya (Si Kelabu) pun terkam anak-anak burung ini dan menjadi habuan untuk hidangan sarapan paginya..


Anak burung merbah yang baru menetas di pohon ara yang sedang menanti kepulangan ibunya ke sarang..
~ dari koleksi album gambar yang lalu


Sewaktu dalam gigitan Si Putih .... terdengar lagi cicitan anak burung tu... eeeeeee tak sampai hatii.. kasihan sungguh....tapi nak buat camne ...tak boleh nak selamatkan anak burung itu sebab dah berada di taringnya.. lagipun memang makanan meow..meow pun.. Geli-geleman tenguk dia makan dan simpati pula dengan Si Anak Merbah pun ya juga....

Kalau tanya Si Putih tu... "Tak kesian ke dengan anak burung tu?"
Tentu dia akan jawab.. "Memang makanan aku..memang makanan aku!!"


Bukan main lagi Si Putih ni merenung kamera kannn!!!


Owh gitu ya... ya la tu!!! Binatang mana ada dosa membunuh kannn... Memanglah dah menjadi lumrah alam begitu adatnya.


Ini adalah ibu Si Putih (Si Kelabu) bersama adik-adik barunya 7 ekor semuanya...
banyak nyerrr!!! ~ kus semangat!!!
(pertama kali saya dapat lihat kucing yang beranak lebih dari 3 atau 4 ekor)


Si Kelabu (ibu Si Putih) pula memberikan anak burung di gigitannya buat anak-anaknya yang masih kecil... tapi hanya seekor aje dari 7 ekor yang yang mendapat habuan.


Si kecil yang garang... bila mendapat habuan ini.. tak padan dengan kecilnya!


"Grrrrrrr...jangan dekat ini aku yang punya.. jangan kacau aku..."
Kasihan yang lain hanya memerhati saja


EEeeeeee.. Siannn!!! Twit..twit..twit.. anak burung itu masih bernyawa lagi... bila telah senyap barulah dia meratah anak merbah dengan lahap ...grrrrrrrrrrrrrr... garang bunyi si anak kucing itu.. dia kedekut!! Langsung tak nak berkongsi... Tidak seperti ibunya yang mengutamakan anaknya.. lebih dari diri sendiri.. Si kecil itu terus meratah-ratah anak burung itu tanpa menghiraukan adik beradiknya yang lain.. Yang lain hanya memerhati saja...


Nyum..nyumm..mmm dah tinggal sikit lagi..
seekor lagi memerhati je dari bawah mesin basuh tu...

(Anak-anakku tak sanggup melihat gambar-gambar ini)
Umminya pun sebenarnya rasa kasihan
tapi nak jadikan bahan N3 snaplah juga..foto-foto yang tertera ini..


Ini adalah makanan harian kucing-kucing tersebut...
manakala kucing yang sudah mendapat habuan daging burung tadi
dah tak heran untuk menyentuhnya..
kerana kekenyangan dan mungkin rasanya lebih lazat lagi..


Pengajaran dari sini, binatang juga mempunyai sikap kasih sayang yang mendalam pada anak-anaknya dengan cuba sedaya upaya mereka untuk memberi perlindungan yang sewajarnya... Ibu merbah cuba melindungi anaknya tapi apakan daya dia tidak berkeupayaan kerana tubuhnya yang kecil..., Si ibu kucing pula mengutamakan anaknya dari diri sendiri!!
Tapi mengapa di kalangan manusia sendiri ada yang sanggup membuang anak dan mendera?? Di manakah nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang telah Allah anugerahkan akal fikiran? Keruntuhan akhlak dewasa ini juga amat menakutkan..

"Ya Allah, berikanlah perlindungan kepada kami dari perbuatan yang sia-sia dan kekalkanlah sifat kasih sayang sesama manusia." Amiin.


Ibu burung merbah hanya termenung jauh
tak dapat menyelamatkan anaknya..

Telur burung merbah dan sarang yang sungguh kemas dan cantik sekali.
Begitulah kekuasaan Allah memberi keistimewaan
dan kebolehan mengikut kategori makhluk yang telah Allah tetapkan kejadiannya.

~Always Be There~

-Always be there, By Maher Zain-

Allahu Akbar (many times)

If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It's everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE's the guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)

So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...

Allahu Akbar (many times)

Monday, March 22, 2010

You're Not Alone My Dear Baby, Nabilah 'Izzati.





Duhai anakku, Nabilah 'Izzati janganlah bersedih hati.... Ummi, Abah dan keluarga sentiasa mendo'akan kebahagiaan Nabilah.. Hapuskanlah airmata mu... Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar... Janganlah kau berduka dengan peristiwa semalam... Mungkin esok akan lebih baik dari hari ini...
Ujian hari ini adalah untuk mematangkan diri dan mengorak langkah lebih jauh lagi kehadapan..



Janganlah bersedih duhai anakku, Allah sentiasa disisi dan mohonlah ketenangan dan kekuatan diri dari Allah, kerana hanya kepada Allah jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.. Allah sentiasa mendengar do'a hamba-hambaNya.

Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia disebalik peristiwa itu, kita manusia insan yang lemah dan selalu berbuat kesilapan... maka perbaikilah kesilapan itu dengan menginsafi diri dari kesilapan lalu..

Ummi & Abah minta maaf atas apa yang telah berlaku, ini adalah kerana kesalah fahaman, mungkin dia tersalah tafsir diatas teguran yang bukan itu maksud sebenar.. dan dia berprasangka sebaliknya. Teguran itu adalah untuk kebaikan atas nama agama.. Seharusnya dia faham. Tapi apa boleh buat dia dah mengambil keputusan.

Hadapilah dengan tenang anakku..
semoga akan datang sinar bahagia...

Allah kasih pada hambaNya... hadapilah ujian ini dengan tabah dan redha dengan apa yang berlaku..

Tumpukanlah pelajaran dengan sebaik mungkin dan Ingatlah Allah SWT sentiasa..
Kerana Allah sahaja yang dekat dihati dan paling layak di ingati. Serta banyakanlah berzikir dan bersalawat keatas Nabi Muhammad SAW. Semoga hati menjadi tenang.



Salam sayang dari Ummi & Abah buat Nabilah yang amat dikasihi...

Don't be sad, okay, Ummi & Abah love you sooooo much...
Take care & May Allah Bless you.




Sunday, March 21, 2010

Utara dan Selatan



Stesen Bas Klang Sentral, Jalan Meru

Hari ni Ahad, Nabilah akan kembali ke teratak sewanya di Sabak Bernam (arah utara) selepas seminggu bercuti manakala 'Ain pulang ke Melaka (arah selatan).. Rumah kembali sunyi tanpa suara-suara mereka.. Che' Abang, Ummi, Nabilah dan Muhammad Firdaus menghantar 'Ain di Klang Sentral yang jaraknya hanya lebih kurang 1 km dari rumah. Sesampai sahaja di stesen bas jam 1.55 p.m. 'Ain terus menuju ke platform bas Transnasional untuk destinasi ke Alor Gajah, Melaka berjadual jam 2.00p.m.

Sempat bergambar lagi tu dengan adik kesayangan

Setelah bersalaman dengan ahli keluarga 'Ain menaiki bas, dia adalah penumpang terakhir menaiki bas tersebut. Bas bergerak memulakan perjalanan tepat jam 2.00p.m. 'Ain selamat tiba ke destinasi jam 4.30p.m. Alhamdulillah.


"Yang, tepi sikit beri laluan..", Che' Abang menegur...
Ini lah gambar kandid yang sempat di rakam dalam bangunan
Klang Sentral ..
errr... segannya leka mengambil gambar tak perasan sudah menghalang laluan..
sebenarnya saya ni penyegan orangnya untuk merakam gambar di tempat awam..
tapi buat-buat tak tau jer.. dapat dua tiga snap cukuplah.. untuk kenangan.

Setelah menghantar 'Ain di stesen bas kini giliran Nabilah pula. Jam 5.00 p.m Che' Abang dan Ummi menghantar Nabilah ke Sabak Bernam bersama dengan Norehan (sepupu Ummi) dan rakannya, Rozana yang sama-sama menuntut di PSIS.


Pemandangan indah dalam perjalanan...
sawah padi di Sekinchan

(koleksi foto)


Kenangan bersama Abah dan Emak waktu
menghantar Nabilah di asrama PSIS 2 tahun yang lalu



Tepat jam 7.00p.m tiba di perkarangan kompleks asrama untuk menurunkan Norehan bersama dengan rakannya manakala Nabilah ke rumah sewanya tak jauh dari PSIS.

Persekitaran dalam kawasan Politeknik Sultan Idris Shah,(PSIS)
Sabak Bernam


Sebelum menghantar Nabilah kami makan malam dulu di warung terdekat dan selepas Che' Abang selesai solat Maghrib barulah menuju ke rumah sewa dimana Nabilah tinggal bersama 7 orang rakannya.


Rumah sewa 3 pintu pelajar PSIS di kelilingi pepohon kelapa
dan rumah penduduk tempatan
Kemudahan lengkap di sediakan oleh tuan rumah untuk para pelajar termasuk WiFi


Waktu senja di Sungai Parit Baru, Sabak Bernam 21/3/2010

Nabilah bersama adik-adiknya di dalam rumah tersebut.
Foto ni koleksi bulan Februari sewaktu 'Ain sedang bercuti
..
dapatlah dia meluangkan masa menghantar ketika itu.

Di sebabkan kedudukan PSIS yang jauh dari bandar dan tiada kemudahan pengangkutan kami mengambil berat untuk menghantar sehingga ke muka pintu tempat penginapan mereka. Tetapi untuk pulang ke rumah mereka tiada masalah kerana terdapat kereta sewa untuk ke stesen bas di Pekan Sungai Besar atau Bandar Sabak Bernam. Keselamatan mereka yang kami utamakan.

Manakala 'Ain tiada masalah pengangkutan untuk ke hostelnya kerana banyak kenderaan awam mudah di dapati di sana.

Meneroka Khazanah Alam Ciptaan Allah ~ Bukti Kebesaran Allah SWT~

The Angelita Cenote dive Part One




The Angelita dive and the Gran Cenote Part Two



Place: Buceo en el Cenote Angelita, Quintana Roo, Mexico.

Hujan Rahmat!!!


Alhamdulillah! Cuaca hari ini hujan dengan lebatnya pada waktu petang.. Angin bertiup dengan kencang.. dan menyejukkan bumi yang telah kering dan panas sejak beberapa hari lalu..

Jangan mengeluh ya bila cuaca panas atau hujan... kerana ini semua adalah Rahmat dari Allah s.w.t. Jadilah kita hambaNya yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah di berikan kepada makhluk dan penghuni di muka bumi ini.

Friday, March 19, 2010

"Tadaaaaaaaa I'm Home"

Abah di kelilingi anak-anak gadisnya yang manja....





Knock..knock!!! "Assalamu 'alaikum"...

"Wa'alaikumusalam",... Suami yang baru masuk rumah pulang solat maghrib dari masjid menjawab salam.

Belum sempat Abah bangun untuk buka pintu, pintu dah terkuak....

"Tadaaaaaaa...." , 'Ain mendepakan tangan terus meluru kat Abah datang terus salam, peluk dan cium Abah..

Saya yang baru nak bersolat terkejut dengan kepulangan yang tak di duga tu.... Ait.. balik jugak budak bertuah ni... kata minggu ni sibuk.

"Surpriseeeeeeeeee!!!!! Saja tak nak bagi tau..eheheee"... dengan perasaan girang.

'Ain datang menerpa terus salam peluk dan cium Ummi pulak... Mmmuahhh pipi kiri, mmuaah pipi kanan.... uikkkkkkkksss... rindu bebenor la dia ni..

Dia cuba nak hide dari kakaknya Nabilah yang berada di dapur.. konon nak kejutkan kakaknya pula.. tapi kakak dah perasan dia balik bila terdengar suara.. ahaha tak dapat nak sembunyi.
Ummi terus mengerjakan kewajiban dulu... 'Ain tunggu dulu ya..

Selesai solat terus ku menghampiri 'Ain yang duduk di sebelah Abahnya sedang bersembang. Manja anakku!!!!!
Ku lihat matanya berair (tidaklah sampai menitis) di sebelah Abah melepaskan rindu sambil memicit-micit bahu Abah yang bersusah payah bekerja keras selama ini.. Abah yang sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri demi mengutamakan keperluan keluarga.. Abah yang menitik beratkan solat dan bertegas dengan anak-anak. Walaupun bersikap tegas tapi anak-anak senang dengan sifat kasih sayangnya terhadap keluarga. Anak-anak teramatlah bertuah memperolehi Abah yang kacak lagi ambil berat... chewaaaahhh. (Jangan Abah terbaca ni.. nanti terperasan pulak...hehehe)

Ummi bertanya, "Ain tak de kelas ke esok? Hari Khamis dah balik."

"Heeeeeee, ada 1 kelas je!", dia tersengih...

"Nape tak masuk kelas esok?", Ummi bertanya lagi.

"Kelas petang nanti lambat, tak de bas pulak. Kelas hari Sabtu tunda, tu yang balik jugak, sebab minggu-minggu seterusnya ada kelas hari Sabtu jadi tak dapat balik. Sampai termimpi-mimpi dah ada kat rumah semalam. Dah rindu nak balik...lama tak jumpa semua. Ni pun tadi tiket bas dah habis.. Bila bas dah nak gerak, driver bas panggil.. bayar tiket dapat lah naik.. duduk tempat duduk conductor." Ceria jer 'Ain bercerita.

Seronok la dia tu dah sampai rumah... kerinduannya dah terubat berjumpa Ummi, Abah dan adik-adik beradik semua... Adik-adik dia apalah lagi..

Bila dah bersua dengan adik-adik riuh rendah la rumah pada malam tu.. dengan gelak tawa mereka..

Selepas makan malam, Kami berkumpul di ruang tamu. Sambil menonton dan bersembang...
Kemudian apalagi dia pun mulakan lah agenda dia dengan notebooknya sambil melayan kerenah kakak dan adik-adiknya. Melepaskan kerinduan pada rakan-rakan melalui cyber pulak kerana line internet di tempatnya belajar amat la lembab jadi di rumah la dia melepaskan gerammm.. eheh!

Tersangat la happy dia dah berada di keliling orang-orang tersayang. Tu yang tak sabar-sabar nak balik... Kami pun gembira juga dapat bertemu tapi yang tak sedap tu dia ponteng kelas semata-mata nak balik rumah.. 'Ain...'Ain.. Macam-macam kerenah anak ni.

Alhamdulillah... Sifat rindu, adalah satu dari sifat semula jadi naluri manusia...anugerah dari Allah.. semoga sifat kasih sayang ini akan berterusan sehingga ke penghujung usia.



Teringat mereka yang sanggup mengabaikan ibubapa bila dah berumahtangga dan hidup senang... Sanggup meninggalkan mereka terlantar sakit tanpa perhatian... yang paling sedih ada pulak meletakkan ibubapa di pusat kebajikan.. dan membuang orang tua sendiri di tepi jalan...Astaghfirullahalazim...Nauzubillahiminzalik. Tergamaknya!!! Di mana sifat ihsan mereka???

Apalah perasaan mereka yang sanggup mengenepikan ibubapa sendiri.. Dimanakah naluri lembut kasih sayang itu pergi agaknya... Kita yang kalau tak jumpa ibubapa pun dah rasa resah dan gundah gulana... walaupun pernah di marahi, di tegur bila buat kesilapan... itu adalah kerana sifat kasih mereka pada kita untuk mengingatkan tingkah laku kita.. Sebab sayang lah mereka menegur.. Kita harus terima semua teguran.. takkan nak berdendam dengan benda-benda remeh seperti itu... Jikalah mereka tahu bahawa dengan hanya memandang orang tua dengan penuh kasih sayang itu juga adalah ibadah yang mendapat ganjaran.. Mengapa perlu melepaskannya begitu sahaja.. Alangkah ruginya..

Jauhilah kami dan lindungilah kami Ya Allah dari bersikap derhaka pada kedua-duanya yang telah memelihara kita dari kecil hingga dewasa dengan mengenepikan keperluan diri sendiri terlebih dulu untuk memastikan keperluan anak-anak didahulukan.


"Ya Allah kau lindungi lah kami dari sifat alpa dan tidak bertanggungjawab.. Jadikan lah kami dari hamba-hambaMu yang bersyukur, terpelihara akhlak dan bersifat kasih sayang pada kedua ibubapa kami juga sesama manusia. Cukupkan la rezeki kami dan kesejahteraan tubuh badan untuk beribadah ... Ya Allah! Selamat sejahterakan la keluarga kami dan hindarilah kami dari azab api neraka yang sungguh mengerunkan. Tetapkan lah kami dalam Iman dan beramal dengan suruhanMu dan meninggalkan segala larangan. " Amiin.


Wednesday, March 17, 2010

Rindu Itu Anugerah Dari ALLAH


Sambil baca N3 sambil dengar alunan Nasyid dari Hijjaz ni...


" 'Ain rindu Abah ngan Ummi".... suara 'Ain..tersekat-sekat dalam perbualan di telefon malam tadi menahan sebak selepas dia habis berbual dengan Abahnya kemudian Abah serahkan telefon bimbit pada Ummi. Bila dia dengar suara Ummi bertambah-tambah lagi kesyahduannya.

"Rindu sangat anak Ummi ni ya.. !!!", Ummi cuba pertahankan suara kesayuan bila dengar suara anakku yang sedang menebal kesedihannya..

"Ya la... lama tak jumpa...sob..sob..sob"., dengan suara yang makin tertahan-tahan dengan sendunya.

"Ni kan dah dengar suara Ummi, udah jangan menangis lagi ya sayang.. okay, jangan sedih-sedih", Ummi cuba memujuk....

"Tapi tak sama... tak de depan mata...", nada suara 'Ain dah makin jelas kedengaran.

Setelah berbual beberapa minit dan akhirnya dapat buatkan 'Ain tertawa kecil di hujung talian..

Ummi: " 'Ain jangan risaukan Ummi, Abah dan keluarga kat rumah ni... semuanya okay! okay tumpu pelajaran tak mau runsing-runsing dan jangan fikir benda lain.. Do'akan kami kat sini... Ummi, Abah sentiasa do'akan 'Ain kat sana. Sayang 'Ain.. jangan menangis lagi ya. Jaga diri bebaik. Hujung minggu ni nanti kitorang gi Melaka la!"

Ain: "Tak pe Ummi, tak payah susah-susah.. 'Ain okay!.. Insya-Allah..! sayang Ummi, Abah ngan semua yang ada kat rumah. Assalamu'alaikum!" kedengaran suara dah semakin ceria.. Alhamdulillah.

Ummi: "Wa'alaikumusalam warahmatullah! Okay.. kalau camtu tak pe... jaga diri." Kami mengakhiri perbualan. Harap dia lega bila dah dapat berbual dan melepaskan rasa rindu yang terbuku.


Ku dapat menyelami perasaannya kerana diriku begitu juga bila berjauhan dengan orang-orang yang di kasihi. Kakaknya Nabilah pun sama gak pernah menangis-nangis telefon menyatakan kerinduan... semasa tinggal di hostel PSIS. (Politeknik Sultan Idris Shah).
2 minggu kami tak bersua muka rasa seperti bertahun lamanya. Sebenarnya mereka ni rindu dengan leteran dan bebelan Ummi la tu...

Di bandar Alor Gajah, Melaka bersama Ummi & Abah

Bukan jauh mana pun Alor Gajah, Melaka dan Klang lebih kurang 144 km melalui lebuhraya PLUS dan perjalanan mengambil masa sejam lebih jika tiada kesesakan. Jadual program di hujung minggu mengikat kaki dia dari pulang ke rumah.. Tak pe la Nak, berkorban demi menuntut ilmu.

Kolej Tun Teja (UiTM, Melaka) hostel tempat 'Ain menginap



Kami pun rindu gak pada 'Ain... terutama cuti sekolah ni semua anak-anak di rumah termasuk Kakak yang sedang cuti semester di Politeknik, tu yang dia terasa teramat rindu sesangat. Disebalik kerinduan itu sebenarnya ada sesuatu yang menyedihkan hatinya sehingga tak dapat membendung perasaannya dari menahan air mata dari mengalir. Sabar ya 'Ain. Jangan risaukan situasi kami di sini.. Sesungguhnya kita berharap hanya pada Allah dan yakin Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya.



Tabahkan hati kuatkan semangat ya 'Ain.. Jangan lupa baca Al-Qur'an, jaga solat awal waktu dan banyakan berzikir pada Allah. Kita kena sentiasa ingat pada Allah tak kira dalam keadaan senang atau susah.. Sesungguhnya Allah kasih hambaNya yang mendekatkan diri padaNya serta berdo'a dan meminta kepada Allah dan bukan mengharap pada makhluk. Di situ akan datang kemanisan iman dan hati menjadi tenang.

Setiap kesukaran itu ada jalan keluarnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Do'a, usaha dan tawakkal pada Allah s.w.t.

Kita di galakan berdo’a memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah s.w.t.
Dalam al-Qur'an Allah berfirman ; "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. "(Qur'an surah al Baqarah: 186).

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri (tawakkal) bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Qur'an surah at-Talaq: 3)

Setelah berusaha dan berdo’a, kita harus bertawakkal... jangan sesekali berburuk sangka terhadap Allah SWT (atas segala ketetapan-Nya).
Bersyukur kehadratNya bila berjaya, dan harus sabar sekiranya menghadapi kegagalan.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Saya kagum dengan keadaan orang Islam, semuanya istimewa; ketika berjaya mereka bersyukur, dan ketika gagal mereka bersabar" (HR. Muslim).

Insya-Allah.

Semasa menjaga Ummi di hospital ketika terlantar selama 5 hari di hospital
10.10.2008 - 14.10.2008

~Kisah dalam gambar~

(Walaupun SPM 2008 tinggal sebulan lagi ketika itu dia sanggup ambil cuti untuk temankan Ummi walaupun dia hanya tidur atas kerusi.. tak sanggup Ummi tengok walaupun ia tidak merungut tapi faham ketidak selesaannya - terharu diatas kesanggupannya dan Ummi ajak dia tidur atas katil pesakit bersama selepas dua hari dia tidur di kerusi, masa itu badan Ummi dah agak pulih. Nasib baik masa tu kedua-duanya, badan masih comel lagi... muat-muat untuk dua orang...ehehe!!! Ada peristiwa lucu yang mengemparkan menjelang Subuh hari bila dia sedang tidur dia tak sedar tertendang troli di depan katil dan troli terjatuh dengan bunyi yang kuat.. sehingga kelam kabut misi dia sangkakan pesakit jatuh dari katil atau ada pesakit terjun bangunan.. Bunyi yang begitu kuat memecah kesunyian pagi tu pun boleh dia tak sedar.. keletihan gamaknya... Ummi kejutkan 'Ain untuk bersedia mengerjakan solat Subuh.. dan beritahu apa yang dah berlaku..
'Ain dengan muka bangun tidur tersipu-sipu..."oh ya ke Ummi.. tak sedar la Ummi".
Nasib baik misi yang bertugas baik-baik belaka tak de la dengar mereka merungut tentang kejadian tu... Ya la sepatutnya katil hanya untuk pesakit... Merekalah yang tolong angkat dan betulkan kembali.

Inilah kenangan bersama yang tak kami dapat lupakan.

Jika tidak mereka nak juga bergilir adik beradik menjaga Umminya yang memang masa tu tak mampu untuk bangun berjalan (pitam) kerana kehilangan banyak darah di sebabkan keguguran anak ke 6....tapi 'Ain sendiri berkeras nak jaga Ummi sehingga Ummi di benarkan keluar dari Hospital. Terima kasih sesangat sayang... Hanya Allah s.w.t saja yang akan membalas jasa baik anakanda.. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati segala urusanmu untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amiin)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails